
Bagi penggemar roti, resipi yang satu ini mungkin menambahkan lagi hidangan resipi roti anda. Roti dengan gabungan ringkas iaitu telur dan susu pekat manis buat rasa roti lebih lembut dan manis berlemak.
Malah gabungan dua bahan ini memang sedap rasanya. Tak percaya jom cuba resipi ini. Memang meletop. Ringkas tetapi cukup sedap. Anak-anak pasti makan berebut-rebut.
RESEPI ROTI GORENG LEMAK MANIS ALA FRENCH TOAST
Bahan-bahan:
Telur 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
1. Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.
3. Bila kuali dah panas, letak sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.
Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu letak garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.
Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!
Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?
Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.
Kredit : Ratna Sari Zain
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Nugget Nasi. Anak Pasti Suka!

Lebihan nasi jangan dibuang, sayang! Apakata mama papa buatkan anak-anak nugget nasi sendiri. Lebih sihat dengan tambahan sayur-sayur dan isi ayam di dalam adunan nugget. Kalau nak tahu cara penyediaan nugget nasi boleh ikuti artikel penuh dibawah.
Tengah hari ni buat homemade nugget nasi untuk anak.
RESEPI HOMEMADE NUGGET NASI
Bahan-bahan;
-Nasi(akak guna beras jepun, beras biasa pun boleh)
-Isi ayam
-Daun bawang(optional)carrot dan lain-lain
-Telur(untuk celup)
-Serbuk roti(salut)
Cara Penyediaan;
*Gaul nasi, isi ayam, sayuran
*Canai dan tekap dengan cetak kesukaan (lagi besar lagi baguslah) boleh sapu sedikit minyak dekat cetak dan permukaan nasi untuk tak bagi melekat
*Celup dalam telur*Salut dengan serbuk roti
*Lepas siap boleh frozenkan dulu sebelum goreng
Selamat mencuba!
#resepihani
Kredit: Hani NannyMAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik
Sumber: Yatie Eimra
Kredit foto (top image): Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedapnya, Kita Pula Teringin” Dayana Roza Kongsi Resipi Menu Anaknya Untuk Inspirasi Ibu Lain Memasak

Isi Kandungan
ToggleBila ada anak, semua ibu automatik jadi pandai masak menu untuk si kecil. Seawal usia enam bulan bila anak sudah mula makan makanan pejal, semua ibu berusaha gigih untuk mencari info pemakanan terbaik untuk si manja.
Tak kiralah ibu bekerja, suri rumah mahupun ibu-ibu kalangan selebriti tetap berusaha untuk menyediakan sendiri makanan untuk anak dan suami.
Pelakon Dayana Roza juga tak terkecuali sentiasa mencuri masa untuk memasak menu anak kesayangannya Astrid Aheeya yang kini berusia setahun.
Kerapkali juga Dayana akan berkongsi video resipi hidangan yang dimasak untuk Astrid di Instagramnya.
Menyedari ramai pengikut sering menghantar mesej peribadi bertanyakan resipi masakan tersebut, maka Dayana tidak lokek untuk berkongsi resipi tersebut dengan niat supaya lebih ramai ibu-ibu lain dapat mencuba untuk memasak menu hidangan anak mereka.
Usaha murni Dayana sekurang-kurangnya dapat menjadi inspirasi untuk ibu-ibu lain yang mungkin tiada idea apa menu untuk dimasak bagi hidangan anak berusia dua tahun ke bawah.
Resipi Egg Veggies Muffin
Egg veggies muffin for @astridraheeya dinner tadi. Sorry D takde time nak reply satu2 dm mommies yg tanya recipe. so D share mcm ni je la senang ye.
Bahan-bahan
– 3 biji telur ( D guna telur ayam kampung organic )
– tumis bwg holand potong dadu & sweet potato yg dipotong dadu dgn unsalted butter
– cherry tomato
-brocolli cincang halus ( steam kejap )
– baby spinach hiris halus (mommies boleh je guna any veggies okay )
– thyme 1 batang ambik daun dia je
– gaulkan semua bahan diatas dgn telur.
– d masukkan sikit serbuk perasa ayam utk baby. beli kat @mothercaremalaysia
– then masukkan dalam acuan ( D sapu olive oil sikit kt acuan sbb takut melekat)
– D letak cheddar cheese kat atas sikit
– masak dlm oven 15min dgn suhu 180
donneeee! menu ni senang sgt buat! sesuai utk breakfast or dinner
p/s : egg muffin buat lebih takpe, esok boleh panaskan makan utk breakfast
Resipi Creamy butternut squash chicken pasta
mommies takde idea nak masak apa utk baby? mama D nak share one of @astridraheeya ‘s favourite pasta. macam biasa la si debot ni makan memilih sikit. kalau tak suka dia tak makan ye. dia kepit mulut tu kuat2
creamy butternut squash chicken pasta with baby spinach for 7months+ babies
-rebus pasta letak olive oil sikit
-tumis bawang merah & bawang putih dgn unsalted butter, masukkan squash, letak air sikit biar cepat empuk, masukkan ayam, ikan bilis sikit ( mama D rendam 3 jam & tukar2 air biar hilang masin )
– masukkan susu ( breastmilk, formula milk or full cream milk ) utk baby setahun keatas boleh full cream milk. ni 1st time mama D letak full cream milk sbb doctor kata astrid dah ready. before this mama guna formula milk je.
-then masukkan cream cheese, baby spinach & fresh parsley sikit, masukkan pasta gaul2 then blend. mama D buat lebih then frozenkan. SIAPP!!
-yg purple batang2 tu baked sweet potato, potong ikut mcm mana mommies nak then rebus pastu gaulkan dgn dry herbs & olive oil boleh grill atas pan or oven baked.
Nampak begitu berselera sekali anak Dayana makan masakan air tangan mummy nya dan yang paling bagus juga, Astrid turut diajar makan sendiri dan berdisiplin duduk di kerusi makannya untuk menikmati makanan.
Itu juga salah satu kaedah pembelajaran si kecil dalam menguasai kemahiran motor halus seperti menyuap makanan sendiri, melatih otot-otot tangan memegang peralatan makan selain belajar mengenal kepelbagaian rasa dan tekstur makanan.
Sumber: Dayana Roza
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI