Untitled design (7)

Tidak salah mencuba hasilkan sendiri resipi roti viral yang hangat dipasaran. Bila hasilkan sendiri, dapatlah anak dan suami makan sampai puas. Nak makan berapa biji pun tak jadi hal. Resipi perkongsian Atisha Kamaruddin ini memang awesome, malah cukup mudah hendak disediakan.

Langkah demi langkah yang dikongsikannya cukup mudah dan senang hendak disediakan. Nak tahu bagaimana menghasilkannya? Jom cuba!

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

 


Hari ni nak share resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread. Sedappp, rangup kat luar lembut kat dalam. Rasa garlic campur cream cheese cair makan panas-panas memang trbaik.

Untuk roti saya buat sendri. Setiap satu doh berat 65g tapi kalau nak cepat, boleh je beli bun yang dah siap. Bagi sapa-sapa yang nak buat roti sendiri, saya bagi resepi nya. Super lembut roti ni.

Resepi roti:
70g air
5g yis
38g gula
60g susu segar (sejuk)
Sebiji tlur sejuk (gred b)
250g tepung roti
Sedikit garam
40g majerin
*Satukan semua bahan kecuali marjerin. Lepas semua bahan dah sebati, baru masukkan marjerin. Uli sampai elastik..(saya guna stand mixer)

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

IKLAN

Lepas dah jadi doh, timbang setiap satu 65g, rounding atau bulatkan dan biar kembang dua kali ganda..then trus bakar suhu 180 selama 20 minit..ikut oven masing2 ye.

Resepi cream cheese:
150g cream cheese
20g gula halus
* sebatikan dua2 bahan ni sampai jadi creamy dan masukkn dalam piping bag atau plastic.

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

Resepi garlic butter sauce:
Sebiji telur (saya guna gred b)
Butter 100g (cairkan)
15 ulas bwg putih (cincang halus)
Madu 25g (blh gnti gula)
Whipping cream 20g (blh ganti susu)
2 sdb mayonis
3 sdb parsley kering
*Sebatikan semua, kalau butter keras, masukkan dalam microwave. Jangan bagi adunan cair..so senang nak celup.

IKLAN

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

Roti belah 4 kali, so akan ada 8 bahagian. Jangan belah smpai habis tauu, belah sampai bawah tapi jangan smpai kulit bawah roti tu.

Piping kan cream cheese dekat setiap belahan roti.

Celupkan roti dalam garlic sauce. Depan belakang atas bawah, bagi semua bahagian roti tu kena.

IKLAN

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

Lepas tu, piping kan cream cheese dekat bahagian atas roti. Ni kalau tak nka pun tak apa dan taburkan bread crumbs untuk bagi crunchyy.

Bakar roti pada suhu 160 selama 15 minit atau agak-agak la boleh dah nampak roti brown dan garlic pun dah bau kuat. Lelehan butter pun dah brown so kira masak dah la tu. Time ni sedap bau dia.

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

Lastly, dah boleh makannn..selamat mencuba!

Korean Cream Cheese Garlic Bread Paling Senang & Awesome, Anak Cornfirm Berebut!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI