Anak-anak kecil kita yang baru mencuba pelbagai jenis makanan boleh dikatakan mengunyah sentiasa di rumah. Mereka seronok untuk mencuba apa sahaja jenis makanan terutama snek ringkas, jenis rangup dan bergoreng. Makan tanpa henti. Tapi sihatkah untuk anak-anak kita makan kalau kita beli di kedai?
Apa kata mama sediakan sendiri snek sihat tapi sedap buat anak-anak. Tak sukar pun nak buat sendiri, cuma harus lebih kreatif dan rajin mencuba.
Resipi ringkas daripada Puan Noor Kamilah Omar ni ringkas dan sedap. Anak-anak pasti teruja malah makan tanpa henti. Paling penting resipi ringkasnya ini dihasilkan daripada roti Gardenia yang sedap dan sihat. Ayuh cuba!
Kruk Krak Makan Tak Henti
Ads
Hari ni buat snack kat anak guna roti gardenia, disebabkan anak suka makan jenis size macam snack. Dari garlic bread tu saya transfer jadi snack macam ni. Mudah saja.
Bahan-bahan:
Roti gardenia
Unsalted butter
Mix herb
Bawang putih
Ads
Cara-cara:
1: Sapu butter, tabur mix herb dan bawang putih pada roti yang dipotong dua.
2. Masukkan dalam oven dan biar masak hingga sedikit garing.
3. Keluarkan dan potong dadu.
4. Masukkan semula dalam oven hingga jadi rangup macam keropok.
Ads
P/s: Bahan-bahan lain pun boleh guna, contoh kalau nak buat perisa kari, gantikan mix herb dan bwg putih tu dengan sedikit serbuk kari dan serbuk ikan bilis. Nak guna oat dan serbuk coklat pun boleh.
Selamat mencuba. Paling penting mama boleh kawal garam dan gula agar tak berlebihan pada makanan anak. Buat sendiri selamat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari minggu kadang-kadang mama pun buntu nak masak apa, tapi anak-anak selalu minta makanan kan? Apakata mama buatkan jemput-jemput sebagai juadah pagi ataupun petang.
Resipinya sangat mudah, tapi kalau nak hidangkan untuk anak bawah 2 tahun jangan masukkan garam ya.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Hi uols.
Hari ini saya nak share resepi jemput-jemput feveret anak-anak kat rumah. Korang boleh cuba menu ini anak-anak pasti suka
Menu ini sesuai untuk buat menu makan petang atau pagi pastu pakej sekali dengan air kopi 0 panas pasti tak pandang mertua lalu depan dah.
Kalau korang nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara Penyediaan;
-Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
-Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam
Selamat mencuba uols
Kredit: kongsi rezeki masakan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang tempoh PKP, perut asyik lapar saja. Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih-muih untuk dicuba. Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik.
Pn Ziela Lewis via grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) telah berkongsi resipi membuat doh untuk kuih seperti donat, rol sardin, roti Thai, donat sambal, roti sosej dan banyak lagi.
Donat pelbagai perisa. Warna pun macam-macam. Cantiknya!
Ikuti perkongsian resipi satu doh ini.
1 Resipi, Olah Jadi Macam-Macam Kuih
Hanya brbekalkn 1 rsepi… Macam² kta bole olah….😍😍😍 Lpas ni bole ibu² tkr² menu utk anak2 plk🤭🤭
Bahan-bahan:
½ kg tepung gandum (sya guna cap kunci)
3sb majerin
*½pack yis
*1sb gula
2sb susu pekat
1st garam
Air secukupnya
Roti Thai, inti boleh pelbagaikan. Sedapnya!
Cara-cara:
1. Satukan bahan yang bertanda * dgn air suam. Biarkan hingga kembang (asingkan).
2. Campurkan tepung & majerin ,susu pekat,garam. Ramas shingga menjdi serbuk roti.
3. Campurkn yis td uli lagi. Masukkan air sikit-sikit dan uli lagi sampai adunan sebati. (Air kena agak-agak sendiri ye).
4. Uli shingga doh tak melekat di jari.
5. Perap doh tadi dlm 45 minit. Lepas 45 minit, ambil doh buang angin sikit-sikit.
6. Kemudian bolehlah start bulatkan dan bentukkan doh tadi.
7. Bila da siap bentuk, tunggu lagi dalam 30 minit untuk dia mengembang.
8. Baru boleh menggoreng. Siap!
Selamat mencuba 🥰🥰👍🏻👍🏻…
Resipi ni boleh juga digunakan untuk buat rol sardin.
Tonton video ini untuk mengetahui tentang TERSEDAK SUSU:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi mudah selalu jadi pilihan di hujung minggu. Memasak menggunakan air fryer antara paling digemari kerana masa memasaknya amatlah pantas.
Apa kata kali ini mama sediakan Puff Pastry Sosej Cheese pula untuk sarapan atau minum petang anak menggunakan air fryer yang sudah semestinya cukup mudah malah menjimatkan masa. Jom cuba resipi perkongsian Pn Murni Mj ini.
Menu minum petang Day 1 PKP 2.0, Puff Pastry Sosej Cheese.
Bahan-bahan:
Puff Pastry Kawan
Sosej
Cheese
Telur (untuk sapu atas puff)
Suhu : 200 (10min)
Potong puff pastry dan cheese ikut saiz mini sosej.
Letakkan cheese di atas puff pastry dan kemudian letakkan sosej mini di atasnya.
Gulungkan kemas macam dalam gambar.
Jangan lupa sapukan kuning telur di atas puff yang siap digulung.
Susun jarak-jarak dalam Air Fryer dengan suhu 200 selama 10 minit (ikut AF masing-masing).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.