Selain diet seimbang, ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan minuman seperti air kunyit yang dapat membantu proses pemulihan. Ia mudah untuk dibuat dan modalnya juga tidaklah besar.
Sumber foto: www.freepik.com
Melalui grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), Pn. Suzy Honey telah berkongsi resipi air kunyit yang paling ringkas boleh dibuat.
Salah satu minuman yang sangat sesuai digunakan oleh ibu semasa berpantang ialah air kunyit.
Penggunaan kunyit dalam perubatan Melayu telah dirakamkan oleh Isaac Henry Burkill ahli botani Inggeris yang bekerja di India dan di Negeri-Negeri Selat . Beliau banyak membuat kajian dan menulis buku biologi tumbuhan, etno-botani termasuk di Malaysia.
Antara catatan beliau kunyit banyak digunakan untuk wanita bersalin dan penyakit lain berkaitan selepas waktu bersalin seperti tumpah darah, kencing tidak lawas, sukar membuang air besar, bengkak dan lain-lain.
Kak Suzy mahu berkongsi satu resepi mudah di amalkan oleh ibu berpantang:
Ads
Air Kunyit
Bahan-bahan:
Sedikit kunyit hidup
1 sudu kecil asam jawa
Sumber foto: Facebook Suzy Honey
Cara membuatnya:
1. Kunyit hidup diblend atau di tumbuk kemudian di tapis bagi mengambil airnya.
(atau boleh menggunakan serbuk kunyit asli tanpa campuran)
2. Dicampurkan dengan sedikit air asam jawa dan setengah cawan air.
Ads
Boleh diamalkan minum seminggu 2 ke 3 kali seminggu sewaktu dalam berpantang. Diambil selepas makan.
Bolehlah cuba resipi air kunyit ini, pastikan anak bebas jaundis dan cuba minum sedikit dahulu untuk lihat kesannya kepada si ibu. Jika tiada masalah, bolehlah diteruskan sebagai ikhtiar untuk membantu ibu pulih lebih cepat selepas melahirkan bayi.
Memesan Ayam Goreng Kyochon di rumah pastinya tidak sama seperti menikmati ayam goreng rangup di restoran berkenaan. Terasa tidak puas makan. Ubah kelainan dan cabar diri untuk menyediakan sendiri Ayam Goreng Kyochon ini yang rupanya cukup mudah hendak dimasak.
Nak tahu macam mana caranya? Jom cuba resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Oh Carol ini di facebooknya. Cukup sedap! Anak-anak pasti makan hingga menjilat jari!
Anak dara teringin nak makan ayam goreng ala-ala KyoChon. Nak bawak pergi MyTown, ibu tak confident dengan pandemic yang masih berleluasa. Ajar jer dia buat sendiri. Buat kudap-kudapan petang katanya. Siapa teringin, sila buat ye.
Bahan-bahan:
9 ketul kepak ayam
1/2 sudu kecil garam
Lada sulah secukup rasa
Tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
4 sudu makan madu
2 sudu cili flakes
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
Sedikit bijan -disangai
Bersihkan bahagian kepak ayam. Saya potong 3 bahagian ikut ruasnya. Beli 9 ketui je.
Taburkan setengah sudu garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati guna tangan jer.
Taburkan tepung beras. Gaul sampai bersalut. Tak perlu letak air. Tepuk-tepuk manja bagi bersalut gitew. Janji semua bahagian kena.
Goreng. Make sure minyak panas. Sebaiknya, deep fry. Sebab tu saya guna periuk.
Dah siap goreng. Makan macam ni pun dah sedap. Nak ayam rangup, goreng 2 kali. Orang Korea selalu buat macam ni.
Cara buat bahan sos
Ni untuk salutan sos. 1 cup air. Bila air dah merenih, masukkan anggaran 4 sudu makan madu.
Keenakkan puding kastard bersama kuah koktail sememangnya tak perlu disangkal lagi. Gabungan dua bahan yang membuatkan waktu berbuka menjadi begitu bermakna. Apa lagi dimakan bersama seluruh sanak saudara.
Jika dikunjungi tetamu atau sanak keluarga, hidangan yang satu ini jangan dilupakan. Resipi perkongsian Pn Noor Asmaa Hussin ini anda wajib cuba.
Pekat likat dan lembut pudingnya, ditambah dengan kuah koktail yang manis dan enak. Apa lagi kala dimakan ketika waktu sejuk. Memang terangkat!
Resepi Puding Kastard Kuah Cocktail
Untuk kastard:
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api. Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Kena sabar ya memang lenguhlah tangan mengacau sampailah kastard tu jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan.
Untuk kuah cocktail:
1 tin buah cocktail (premium)
2 tin susu ideal
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dlm 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Tapis buah cocktail dan ambil airnya. Campurkan dengan 2 tin susu ideal, air, esen vanilla dan gula. Masak di atas api.
Kemudian masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sampai menggelegak. Kacau sentiasa, last baru masuk buah cocktail dan tutup api. Sejukkan.
* Simpan dalam peti ais, potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk.
* Kalau nak guna laici pun boleh. Untuk sukatan di atas saya guna 2 tin laici menggantikan 1 tin cocktail. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan juga kalau asyik makan mi atau bihun goreng untuk minum petang. Nak buat sandwic pun tak terasa nak makan. Kadang-kadang kalau makan kuih tradisional pun sedap. Kuih talam atau bingka, memang menyelerakan. Modal nak menghasilkannya pun tak besar.
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.
Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah: 🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat 🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S 🍠1 cawan Gula Pasir 🍠½ sudu kecil Garam 🍠Sedikit Pewarna Kuning
Rugilah siapa tak cuba buat kuih sedap mcm ni..
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat. Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.
2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas. Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha. Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu.. Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..
3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.
4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan. Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa. Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼
6. Masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.
8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.
10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..
Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
Memang sedap makan kuih orang lama waktu minum petang. Pekena pula dengan kopi O panas, memang betul-betul layan! Biarpun mengambil sedikit masa untuk menyediakan kuih bigka ini, tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Ngam sangat!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI