Makanan yang dibuat di rumah sememangnya adalah yang terbaik untuk seisi keluarga. Lebih-lebih lagi air tangan mama untuk anak-anak, mesti cepat je licin makanan yang terhidang.
Untuk sarapan atau minum petang bersama anak-anak dan keluarga, mama boleh cuba buat roti kukus cheese leleh yang sedap ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah untuk didapati. Langkah-langkahnya pun simple je.
Yang penting kalau makan mesti semua teruja dan tak cukup satu. Boleh juga dijadikan bekalan buat si kecil yang gemar makan roti bersama kaya dan cheese.
Perkongsian resepi oleh Amin Faiezah ini boleh dicuba, mana tahu jadi menu kegemaran semua. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
*Roti
*Cheese
*Buttercup
*Kaya
Ads
Cara-cara:
belah roti menjadi dua
2. sapukan buttercup dan lapiskan dengan kaya, lepas tu letak cheese atas roti
Bak kata Amin Faiezah sedapnya roti kukus cheese leleh ni bila makan memang tak pandang dah orang sebelah. Jadi mama-mama jangan lupa untuk cuba sendiri masakan ini di rumah ya!
Ada waktunya tekak mula terasa ingin menikmati sajian kek yang manis, lembut dan gebu. Menyediakan sendiri kek di rumah, barulah puas hati anak-anak dan suami makan di petang hari. Tercari-cari kek coklat yang enak dan rasanya sedikit berbeza, resipi kek coklat moist versi bakar ini wajib anda cuba.
Resipi asli dari Elly Halim yang cuba dihasilkan oleh Ika Zul ini nampak cukup sedap, moist dan padu. Nak tahu bagaimana rasanya kek moist versi bakar tapi cukup lembut sama macam kukus, jom kita cuba!
Kek Coklat Moist Versi Bakar. Memang sedap. Walaupun tak dikukus tapi moist dia memang tak boleh bawak bincang. Buat sehari awal lagi moist nanti. Nanti ada masa korang kena cuba buat jugak tau. Confirm tak menyesal.
MOIST CHOCOLATE CAKE
KEK COKLAT
BAHAN A
90 gram serbuk koko
200 gram gula kastor (saya kurangkan 190g)
200 gram minyak masak/minyak jagung
250 gram susu pekat (saya guna 243g)
1 tin susu cair (Susu Cair Dairy Champ)
BAHAN B
4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telur gred B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh chocolate emulco (saya tambah)
Campur semua bahan dan dipukul kembang menggunakan garfu/whisk sahaja
BAHAN C
150 gm tepung gandum/kek/superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Dicampurkan sekali dan diayak. (saya guna tepung gandum)
1.Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas periuk, kacau rata sampai sebati dan masak atas api kecil sahaja. Masak sebentar sambil adunan dikacau. Kacau perlahan sahaja tak perlu sehingga mendidih. Hanya sehingga adunan suam panas sahaja. Kalau bekas dah panas boleh terus tutup api.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A & kacau sebati.
3. Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang 9″ (atau jika mahu tebal loyang 8″) yang dah disapu dengan majerin & dilapik baking paper.
5. Panaskan oven dahulu 170°C selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar 150°C selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun bakar kek tetap lembap. Jika nak kukus pun boleh.
6. Bila dah masak sejukkan kek dulu baru curahkan chocolate topping. Saya sejukkan kek dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek.
1. Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel. 2. Guna kaedah double boiled. Bila coklat cair masukkan cream dan kacau sampai sebati. *Jika nak pekat sikit boleh guna 80 gram whipping cream.
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Pernah dengar mirepoix? Ia adalah masakan dari Perancis yang menggunakan hanya 3 bahan iaitu bawang holand, batang celery dan lobak merah.
Seperti bone broth, ia juga di gunakan sebagai “perasa semulajadi” masakan. Tanpa menggunakan penambah rasa yang dijual secara komersial, mirepoix ini pun dah boleh menyedapkan makanan yang anda sediakan.
Boleh digunakan untuk penyediaan makanan anak dan juga untuk seisi keluarga. Mirepoix ini juga menjadi pilihan Dr Nurhaya untuk hampir semua masakannya.
Ia kerap digunakan sebagai bahan menumis untuk membuat sup, asas perapan dan pelbagai lagi.
Potong dadu dan kecil-kecil untuk memudahkan urusan memasak.
Ratio bahan adalah 2:1:1
2 bawang
1 celeri
1 lobak merah
Panaskan kuali dan cairkan butter
Masukkan 3 bahan yang di dadu.
Masak sehingga kekuningan. Saya masukkan satu gelas air dan tutup kuali sehingga 15 ke 20 minit. Sesekali lihat untuk tidak rentung.
Tadaaa siap dah. Sekejap je dalam 30 minit. Kalau nak buat untuk masukkan dalam makanan bayi, boleh lah guna handmixer untuk blend atau masuk dalam blender/food processor. Nak lenyek pun boleh sebab lembut sangat.
Saya simpan dalam tempt penyimpanan begini. Dinginkan dan kemudian bekukan. Stok ni cukup untuk seminggu je kalau kegunaan saya. Semua masakan keluarga saya masukkan cube mirepox ni. Sekali pakai 2 atau 3 cube.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!