Rumah Penuh Barang Tak Perlu, Boleh Jadi Beban Ibu Simpan Lama-Lama!

Share

Setiap rumah mesti ada satu “zon misteri” atau tempat simpan barang-barang yang dah bertahun tak disentuh tapi tetap juga tak dibuang. Katanya, nanti boleh guna tetapi hakikatnya tersadai bertahun-tahun lamanya.

Mak-mak memang ada satu kuasa istimewa iaitu kuasa menyimpan. Tapi kadang-kadang kuasa itu boleh jadi beban bukan saja pada ruang, tapi juga pada minda. Ubat dah habis tarikh, kabel entah untuk apa, bekas plastik tanpa penutup, semua masih ada dalam koleksi.

Perkongsian Public Health Malaysia ini patut mak-mak ambil perhatian demi kesihatan berpanjang sekeluarga. Jom intai apa barang yang wajib dibuang. Jangan simpan!

Cuba tengok sekeliling rumah hari ini. Mungkin dah tiba masa untuk ‘move on’ dari barang-barang lama yang dah tak beri nilai pada kehidupan kita.

 

1. Kotak-kotak kosong
• Kotak kasut, kotak telefon, kotak hadiah

2. Wayar dan kabel lama
• Tak tahu kabel apa, tapi simpan “mana tahu nanti perlu.”

3. Ubat tamat tempoh
• Disimpan dalam peti atau laci kecemasan, padahal dah tak selamat digunakan.

4. Pakaian yang dah lama tak muat
• Harapan untuk “kurus semula,” tapi dah bertahun tak dipakai.

5. Majalah dan surat khabar lama
• Nak baca semula kononnya, tapi akhirnya jadi tempat lipas bersarang.

6. Bekas plastik tanpa penutup
• Tupperware yatim piatu yang tak matching dah, tapi sayang nak buang sebab “elok lagi.”

7. Barang elektrik rosak
• Blender, kipas, toaster semua “nak hantar repair,” tapi dah 3 tahun tunggu.

Rumah yang lapang, jiwa pun tenang. Beranikan diri untuk buang, sedekah, atau kitar semula. Dah tiba masa kita buang semua, demi rumah yang lebih lapang dan kepala yang lebih tenang.

Asingkan Barang Sebelum Membuang

Sebelum mengosongkan rumah, bahagikan barang kepada beberapa kategori seperti masih digunakan, boleh disedekahkan, boleh dikitar semula dan perlu dilupuskan dengan cara khas.

Langkah ini dapat mengelakkan barang yang masih elok daripada dibuang, selain memastikan bahan toksik dan sisa elektronik tidak dicampurkan bersama sampah biasa.

Rumah Lebih Lapang, Fikiran Juga Lebih Tenang

Rumah yang lapang boleh membantu fikiran terasa lebih tenang. Beranikan diri untuk membuang, menyedekahkan atau mengitar semula barang yang sudah tidak diperlukan.

Namun, bagi ubat, bateri, racun, bahan kimia dan barangan elektronik, jangan buang sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan berbahaya. Lupuskan dengan cara yang betul demi keselamatan keluarga dan alam sekitar.

Dah tiba masanya kita lepaskan barang lama demi rumah yang lebih selamat, lapang dan menenangkan.

Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Published by
SRM