Kuih ulat bulu ni bahan utama dia tepung pelut. Bila kuih guna tepung pulut, automatik rasa kuih tu kenyal-kenyal.

Resepi kuih ulat bulu yang berintikan kacang merah ni memang senang. Yang penting rasanya memang sedang sangat-sangat. Jom cuba!

Kuih simple.. Kuih ulat bulu 🐛

Rupa Yang Unik, Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah Yang Mudah

Bahan-bahan:

IKLAN
  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu air kapur makan
  • Sedikit garam
  • Pewarna ikut suka
  • Inti kacang merah – ready-made
  • Kelapa parut putih + sedikit garam

Rupa Yang Unik, Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah Yang Mudah

Cara penyediaan:

  • Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur, garam & air (air jangan tuang semua..sikit-sikit dulu..doh masih keras..tambah lagi air) Gaul/uli semua sehingga sebati..jadikan doh yang tak lembik & tak keras atau melekat ditangan
    (sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka)
  • Jika suka yang berwarna..bahagikan doh.. warnakan ikut suka
  • Bulat-bulatkan doh 28g atau ikut suka kesemuanya.. leperkan atas tapak tangan & letak inti kacang merah
  • Kemudian tutup doh & gentel bujur memanjang.. buat sampai habis
  • Didihkan air kemudian masukkan doh ulat bulu tadi..dah timbul angkat toskan air seketika
  • Gaulkan dalam kelapa parut putih dan sedikit garam.. golek-golekkan biar kelapa melekat rata
  • Sedia untuk dihidang & makan 😊

P/s: jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang

IKLAN


Kredit: Zura Zul

Rupa Yang Unik, Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah Yang Mudah

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

IKLAN

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

Rupa Yang Unik, Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah Yang Mudah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI