Kita biasa dengar dengan persekitaran tempat kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat seterusnya mengalami tekanan perasaan. Namun tanpa sedar bahawa sebenarnya bukan tempat kerja sahaja tetapi rumah anda sendiri!
Pernah rasa letih, asyik nak keluar dan stress bila balik rumah. Ini lah sebabnya! Tanpa kita sedar sebenarnya rumah boleh menjadi pencetus kepada persekitaran toksik buat anda. Tentu anda tak sedar kan!
Sebenarnya Barang-barang yang tidak lagi digunakan, pakaian lama, barang rosak, dan memori lama yang tidak relevan semuanya boleh mempengaruhi kesihatan mental, emosi, dan fizikal kita. Sebagaimana perkongsian daripada paparan Motivation bermanfaat untuk kita berfikir sejenak mengenai apa itu yang dikatakan persekitaran toksik di rumah!
1.Barang-barang yang anda tidak lagi gunakan. 2.Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak dipakai. Termasuk pakaian dalam yang rosak. 3.Barang-barang yang sudah rosak. 4.Kad dan nota lama. 5.Pokok-pokok yang mati atau sedang sakit. 6.Resit lama dan majalah usang. 7.Kasut yang sudah rosak. 8.Barang-barang yang memanggil memori lama yang tidak lagi relevan. 9.Jika anda ada anak kecil, mainan yang sudah tidak digunakan, tidak berfungsi, atau yang telah rosak.
Kelebihan Bila Anda Bersihkan Barang-Barang Ini:
1.Kesihatan anda akan bertambah baik. 2.Kreativiti akan semakin berkembang. 3.Hubungan dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik. 4.Kapasiti untuk berfikir secara rasional akan meningkat. 5.Mood akan menjadi lebih positif.
Ads
Soalan Yang Membantu Anda Membuat Pilihan:
1.Kenapa saya masih simpan barang ini? 2.Adakah barang ini penting untuk kehidupan saya hari ini? 3.Bagaimana perasaan saya jika saya lepaskan barang ini?
1.Kurangkan bunyi bising yang melampau. 2.Gunakan cahaya yang lebih lembut. 3.Pilih warna-warna yang lebih neutral. 4.Elakkan bau bahan kimia yang kuat. 5.Kurangkan memori sedih dalam rumah. 6.Selesaikan projek-projek yang tertangguh. 7.Wujudkan tenaga positif dalam rumah anda.
Langkah Bersih-Bersih: Buat pembersihan secara menyeluruh dengan menggunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci atau kabinet, dan selesaikan satu ruang pada satu masa mengikut kadar anda sendiri: a) Sampah. b) Barang yang perlu dibaiki. c) Barang yang boleh dikitar semula. d) Barang yang masih dalam pertimbangan. e) Barang untuk dihadiahkan. f) Barang untuk didermakan. g) Barang untuk dijual.
Semasa anda membersihkan, perhatikan bagaimana perubahan itu memberi kesan kepada diri anda. Membersihkan ruang fizikal adalah langkah untuk mengatur minda dan hati. Latih diri untuk melepaskan barang-barang material yang hanya memenuhi ruang, dan anda akan mendapati bahawa ia juga membantu anda melepaskan perkara yang lebih besar dalam hidup.
Ads
Dengan ini, dengan perkongsian yang dipaparkan ini, membersihkan rumah bukan sekadar mengemas ruang fizikal, tetapi juga cara untuk mengatur minda dan hati kita.
Dengan mengamalkan konsep melepaskan barang yang tidak lagi berfungsi dalam hidup kita, ia memberi ruang kepada tenaga positif, idea baharu, dan hubungan yang lebih harmoni.
Ambil langkah kecil, satu laci pada satu masa, dan rasai perubahan dalam diri anda. Ingat, kebahagiaan bermula dengan ruang yang tenang dan teratur. Selamat mencuba!
Saat kita disahkan hamil anak kedua selepas sekian lama mencuba, terbit rasa bahagia dalam hati. Bukan kita saja bahkan suami juga pasti merasa seronok. Sebenarnya, bila kita dah ada anak yang besar sedikit kemudian mengandung semula pasti ada sedikit rasa gusar. Yalah, bukan mudah nak jelaskan pada anak yang dia bakal mendapat adik.
Sesetengah anak sulung akan menerima perkhabaran itu dengan baik tapi ada juga yang sebaliknya. Ada saja perangai yang dibuat sebagai tanda protes. Kadang-kadang waktu mengandung tak ada masalah tapi bila dah bersalin, anak sulung mula rasa pelik kerana ada ahli baru dalam keluarga.
Seperti yang dikongsikan oleh akaun TikTok @lyana.naaa menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru balik ke rumah bersama ayahnya. Bukan main comel, bertanya khabar ibunya!
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah reaksi si abang yang teruja apabila ternampak adiknya yang baru lahir. Wajahnya penuh keceriaan sambil bertanpa pada ibunya “Apa ni?” bila ternampak baby.
Tidak lama kemudian dia tersenyum dan menyentuh adiknya. Apabila diberitahu ibunya bahawa itu adalah adik, si abang terus menyapanya.
“Hampir 3 tahun jadi anak tunggal. Tetiba ada adik. And his reaction sooo priceless..”
Menerusi kapsyen si ibu, rupa-rupanya dia sudah menjadi anak tunggal selama lebih kurang tiga tahun sebelum mereka sekeluarga dikurniakan rezeki cahaya mata yang kedua.
Antara komen yang ada;
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tanda suka. Melihatkan gaya kanak-kanak itu, dia akan menjadi abang yang terbaik untuk adiknya. Seronok betul dia dah dapat kawan! Semoga kedua-dua beradik ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk orang tua mereka.
Kendong anak cara Tok Ram, “Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.
Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.
Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.
“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”
“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.
Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.
Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.