Amar Baharin dan anaknya Aqeef Anaqi mempunyai chemistry dan bonding yang kuat. Ini dia 5 cara yang digunakannya untuk bonding dengan Aqeef.
Memang jadualnya sebagai aktor selalu sibuk, tetapi itu bukanlah masalah baginya untuk meluangkan masa bonding dengan anak sulungnya, Aqeef Anaqi. Suami kepada Amyra Rosli ini suka sekali meluangkan masa dengan anak, nampak aura keseronokannya melayan Aqeef. Bertuahlah Aqeef ada daddy yang suka melayan!
Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik.
Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.
Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.
1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.
Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.
Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.
Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.
Dengar je anak menangis nak sesuatu terus kita rasa ‘panic’, risau anak ‘frust’ ataupun risau pandangan mata orang sekeliling.
“Biar anak belajar rasa frust tak dapat barang, itu masa terbaik mak ayah bentuk sikapnya.”
Jangan panik bila anak kita menangis nakkan sesuatu. Biarkan mereka belajar rasa FRUST tak dapat barang. Selagi tak memudaratkan, jangan dilayan kehendaknya. Sebab inilah salah satu teknik nak bentuk diri anak-anak menjadi manusia yang cekal dan tak putus asa dalam hidupnya.
Fahamkan perkongsian Occupational Therapist, Puan Maryam Jamadi mengenainya. “Baby bawah 2 tahun memang akan menangis bila tak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi.
“Tapi masalah bila, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tak nak anak menangis.
“Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk.
Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun. Bila dah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang.
Walaupun nampak dalam scope kecil, “alah, murah je mainan”, “alah, takpelah kecil lagi”. Tapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”.
Bila no means NO, ini kena train seawal bayi sebab masa inilah masa penting untuk develop kepercayaan.
“Frustration tolerance”, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar.
Kena ajar anak perasaan “frust”, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya.
Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tak menjamin kita akan dapat apa kita nak.
Situasi Frust Si Kecil Yang Mak Ayah Kena Tangani Dengan Cara Bertenang;
1. Anak Jatuh Sikit Sebab Terlanggar Meja Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.
2. Anak Menangis Nak Coklat Kinderjoy Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).
3. Anak Menangis Bila Kalah Main Game Biarkan dia. Bagi dia rasa “frust”, dan belajar sendiri cara kawal.
4. Anak Mengamuk Nak Ikut Kita Keluar Biarkan dia settle “luahkan” perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.
5. Anak Mengamuk Tak Nak Makan Sebab Nak Makan Junk Food Ok, tak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar.
Tak Perlu Takut Anak Menangis
Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab “developmental delay”, tapi sebab semua A-Z mak buatkan.
Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita “overprotective”, semakin kita membesarkan “adult baby”.
Tak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis, biarkan dia belajar untuk “pujuk” diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk untuk kita luahkan perasaan.
Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tak sayang, tapi sebab kita nak train mereka untuk cope dengan “frustration”.
Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja.
Itulah sebab kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Kerana apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.
Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.