Yusuf Iskandar anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini rupanya ada kegemaran yang unik sampaikan Keknis belikan hair entension untuk Yusuf. Tapi kenapa hair extension pula?
Untuk anak, apa sahaja ibu sanggup lakukan. Kalau anak suka buat sesuatu untuk selesakan dirinya, ibu berkorbankan keselesaan dirinya.
Hanis telah memuatnaik gambar Yusuf tidur bersama hair extension berwarna hijau disisinya. Rupa-rupanya si cilik ini suka menggentel rambut mommy nya sebelum tidur sehinggakan kadangkala ibu ini sakit leher dan tidak boleh melakukan perkara lain untuk berada di sisinya.
Berikut ialah kapsyen Instagram yang telah dimuatnaik;
Ads
theyusufiskandar Yusuf dari kecik suka gentel rambut Mommy sampai dia tertidur. Mommy pun tidur dengan teleng2 (pastu pagi sakit leher) and tak boleh tinggal dia nak buat benda lain. So finally beli hair extension hijau ni and bagi dia time dia nak tidur dah tutup lampu. He didn’t even noticed and dozed off. Bila dah pagi dia bangun, dia raba2 pastu tengok rambut tu hijau dia jerit hergh! and campak sorokkan tepi katil HAHAHAHAHAHAHAHA
/ #TipsMommynis jangan beli colour hitam kalau taknak seram sendiri ?
Rupanya Hanis tidak bersendirian kerana ramai juga ibu-ibu lain yang menghadapi situasi yang sama.
Ads
Malah ada yang mengatakan anak kecil mereka menggentel bahagian lain seperti telinga, lengan, siku dan payudara ibu sebelum tidur. Perbuatan ini mungkin memberikan anak rasa selamat dan selesa berada di samping ibu.
Tip bercakap dengan anak bawah 2 tahun, rangsang kemahiran komunikasi awal. Bercakap dengan anak di bawah usia 2 tahun adalah langkah penting dalam membantu perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Pada usia ini, otak anak-anak adalah seperti span yang menyerap segala yang mereka dengar dan lihat.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa dan penjaga berkomunikasi dengan anak-anak kecil mereka dengan berkesan.
1. Gunakan Bahasa Yang Sederhana Dan Jelas
Gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Elakkan menggunakan perkataan yang terlalu kompleks. Contohnya, jika anda mahu anak anda mengambil bola, katakan “Ambil bola” bukannya “Boleh kamu tolong ambilkan bola itu?”.
2. Bercakap Dengan Nada Yang Menyenangkan
Nada suara yang lembut dan menyenangkan akan menarik perhatian anak-anak. Mereka lebih cenderung untuk mendengar dan memberi respons apabila nada suara anda mesra dan penuh kasih sayang.
3. Gunakan Isyarat Dan Bahasa Badan
Anak-anak kecil sangat responsif terhadap isyarat dan bahasa badan. Gunakan gerakan tangan, ekspresi wajah, dan isyarat visual untuk membantu mereka memahami apa yang anda katakan. Contohnya, tunjukkan objek sambil menyebut namanya.
4. Berikan Respons Kepada Cubaan Berkomunikasi Anak
Walaupun anak anda mungkin belum dapat bercakap dengan jelas, mereka tetap berusaha untuk berkomunikasi melalui bunyi, gerakan, atau mimik muka. Berikan perhatian dan respons positif kepada setiap cubaan mereka untuk berkomunikasi.
5. Bacakan Buku Kepada Anak
Membacakan buku kepada anak adalah cara yang baik untuk memperkenalkan mereka kepada perkataan baru dan struktur ayat. Pilih buku bergambar dengan cerita yang ringkas dan menarik. Arahkan perhatian mereka kepada gambar dan sebutkan apa yang dilihat.
6. Gunakan Lagu Dan Rima Kanak-kanak
Lagu dan rima kanak-kanak adalah alat yang hebat untuk membantu perkembangan bahasa. Melalui lagu, anak-anak belajar tentang intonasi, ritma, dan perkataan baru. Menyanyi bersama mereka juga menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan.
7. Berbual Sepanjang Aktiviti Harian
Gunakan setiap kesempatan untuk berbual dengan anak anda. Ketika memberi mereka makan, mandi, atau bermain, ceritakan apa yang sedang anda lakukan. Contohnya, “Sekarang kita mandi, airnya sejuk ya?” atau “Mari kita makan nasi”.
8. Berikan Pujian Dan Galakan
Berikan pujian dan galakan setiap kali anak anda berusaha untuk bercakap atau berkomunikasi. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka untuk terus mencuba.
9. Jadi Pendengar Yang Baik
Dengarkan anak anda dengan penuh perhatian. Tunjukkan bahawa anda menghargai setiap bunyi dan perkataan yang mereka cuba ungkapkan. Ini akan memberi mereka keyakinan bahawa komunikasi mereka penting dan dihargai.
10. Bersabar Dan Konsisten
Pembangunan bahasa adalah proses yang memerlukan masa. Bersabar dan konsisten dalam usaha anda. Teruskan bercakap dan berkomunikasi dengan anak anda setiap hari, walaupun anda tidak melihat perubahan yang cepat.
Komunikasi dengan anak di bawah usia 2 tahun adalah asas penting bagi perkembangan bahasa dan kemahiran sosial mereka. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, nada yang menyenangkan, dan memberi respons positif, anda boleh membantu anak anda membangun kemahiran komunikasi yang kukuh sejak awal.
Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik dan perkembangan mereka mungkin berbeza, jadi teruskan usaha dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Perkembangan kesihatan anak memang sentiasa menjadi keutamaan setiap ibu bapa. Sejak mereka lahir, setiap langkah penjagaan kesihatan amat penting termasuk memastikan anak mendapat vaksin yang lengkap dan mencukupi. Namun, tahukah mama papa bahawa selain vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), terdapat juga beberapa vaksin tambahan anak yang boleh membantu melindungi mereka daripada jangkitan serius?
Vaksin tambahan ini bukan sahaja memberikan perlindungan lebih luas, tetapi juga menyokong kesihatan anak dalam jangka masa panjang. Jom Pa&Ma kongsikan apa yang mama papa patut tahu tentang vaksin tambahan anak ini.
Selain vaksin wajib yang disediakan oleh kerajaan, berikut antara vaksin tambahan anak yang boleh mama papa pertimbangkan:
Melindungi bayi daripada cirit-birit teruk akibat jangkitan rotavirus yang boleh menyebabkan dehidrasi. Vaksin ini penting untuk bayi yang kerap mengalami masalah perut atau usus.
Membantu mencegah selesema teruk dan disarankan setiap tahun, terutama pada musim hujan atau cuaca sejuk bagi mengurangkan risiko komplikasi seperti pneumonia.
Mencegah jangkitan cacar air serta komplikasinya yang boleh menjadi teruk bagi sesetengah kanak-kanak. Anak yang sudah divaksin lebih cepat pulih dan tidak menyebarkan virus kepada adik-beradik lain.
Melindungi hati anak daripada jangkitan virus Hepatitis A yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang, terutama bagi anak yang kerap makan di luar.
Mencegah jangkitan otak dan saraf tunjang akibat bakteria meningokokus yang boleh membawa maut. Vaksin ini sangat penting bagi anak yang akan ke tadika atau tinggal di kawasan berisiko tinggi.
Setiap vaksin mempunyai jadual tersendiri bergantung kepada usia dan keadaan kesihatan anak. Sebagai panduan umum untuk vaksin tambahan anak:
Sesetengah vaksin boleh diberikan serentak dengan vaksin wajib lain. Namun, mama papa disarankan berbincang dahulu dengan doktor bagi memastikan susunan dos dan keperluan sebenar sesuai dengan keadaan anak. Klinik swasta dan hospital juga biasanya menawarkan pakej vaksin tambahan anak untuk kemudahan ibu bapa.
Walaupun vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan sudah melindungi anak daripada banyak penyakit serius, vaksin tambahan memberi lapisan perlindungan ekstra yang sangat bermanfaat. Antara kepentingannya termasuk:
Setiap mama papa pasti mahu yang terbaik untuk anak. Walaupun vaksin tambahan anak tidak diwajibkan, ia memberikan perlindungan tambahan yang berharga untuk kesihatan jangka panjang. Sebelum membuat keputusan, dapatkan nasihat daripada doktor pakar kanak-kanak bagi menentukan vaksin mana yang paling sesuai untuk si manja.
Ingat, pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan. Dengan vaksin yang lengkap, anak bukan sahaja dilindungi daripada penyakit, tetapi juga dapat membesar dengan lebih sihat dan bahagia. Lindungi anak hari ini, demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Anak sulung Eyra Hazali dan penjaga gol Haziq Nadzli, Hayder Qhalish, kembali mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya yang real dan penuh karakter. Dalam satu video TikTok terkini, Hayder dilihat merajuk sambil berkata, “tak suka abang dah semua!” – tapi yang paling lawak, dia terus lari sambil gelak!
Anak sulung oh anak sulung 😂🤍 1 malaysia suka awak tau !
Walaupun kononnya tengah merajuk, riak wajah Hayder penuh ‘drama’ dan senyum nakal buat ramai ibu dan netizen pecah ketawa. Reaksi comelnya itu terus mencetuskan ‘tsunami komen’ dari barisan penyokong setia—iaitu anak-anak sulung dari seluruh Malaysia (dan dunia, katanya)!
Setakat ini, video tersebut telah meraih 4.5 juta tontonan dan lebih 400,000 tanda suka, membuktikan aura Hayder bukan biasa-biasa!. Rata-rata netizen bersatu hati mengangkat Hayder sebagai ikon rasmi anak sulung. Ada yang bersorak, “Go Hayder gooo! Semua anak sulung support awak,” sambil yang lain pula berterima kasih kerana dia “tolong menyuarakan isi hati anak sulung.” Komen paling kena dengan jiwa tentulah yang kata, “Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam,” siap dengan emoji gelak berderai. Seorang lagi netizen pula tak dapat tahan semangat bila tulis, “Hayder mewakili anak sulung seluruh duniaaaa hahah!” dan ada juga yang bersemangat bersuara, “Kuat lagi Hayder! Anak sulung semua ada kat belakang!” – dengan lebih 51 ribu likes! Paling win, seorang pengguna siap umum, “WOW FESTAIM anak sulung berani suarakan pendapat bila dipinggirkan. Terima kasih, ketua.”
Paling mencuit hati ialah reaksi Eyra sendiri sebagai mama sporting. Bila Hayder buat ‘pengumuman’ merajuk tu, Eyra dengan spontan menegur sambil mengejar, “Astaghfirullahalazim abang, mana ada abang! Jangan cakap macam tu bang!” – penuh gaya mak-mak yang tengah kelam-kabut pujuk anak sambil tahan gelak. Memang lawak tak boleh bawa bincang, rasa macam tengok live show anak berlakon depan mata. Ibu-ibu yang tengok pun confirm geleng kepala sambil senyum: “Haaa… macam ni lah hari-hari aku kat rumah.”
Apa pun, Hayder memang ada aura tersendiri. Bukan kali pertama dia viral—sebelum ini pun dah pernah tular dengan gelagat comel dan respon spontan yang buat ramai tak kering gusi. Eyra Hazali pula selalu kongsi moment bonding bersama anak-anaknya, buat para ibu muda rasa dekat dan relatable.
Sumber Tiktok: @eyrahazali21
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.