top ayu

Dalam hidup ini ilmu adalah penting. Bak kata pepatah kejarlah ilmu walau sampai ke negara China. Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi di Instagram miliknya bahawa walaupun dirinya bergelar seorang suri rumah, namun dia tidak mengabaikan kepentingan ilmu.

Ayu berharap tidak ada pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk jadi suri rumah. Malah dia sempat ingatkan para pengikutnya di Instagram bahawa ilmu itu penting dan menjadi salah satu jaminan untuk kehidupan yang lebih baik.

Rupanya Isteri Tomok Pemegang Ijazah Universiti. Pilih Tinggalkan Kerjaya Demi Nak Jaga Suami, Anak & Ibu Bapa. Tetap Ingatkan Ilmu Tu Penting!Artikel menarik: Asalnya bercakap pun tak boleh, suka hentak kepala. Sekarang hebat mengira & baca ABC!

Jelasnya lagi, dia tidak pernah meninggalkan apa yang telah dipelajari sebelum ini dan akan pastikan akan mengajar anak-anak, menolong suami dan keluarga dengan ilmu yang ada.

Sempat menitipkan nasihat buat semua di luar sana agar terus menimba ilmu setinggi yang mungkin tanpa memikirkan apakah yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai, MRSM Pengkalan Chepa.

Rupanya Isteri Tomok Pemegang Ijazah Universiti. Pilih Tinggalkan Kerjaya Demi Nak Jaga Suami, Anak & Ibu Bapa. Tetap Ingatkan Ilmu Tu Penting!“Jangan tanya dibu why i became housewife with those cert i had…

IKLAN

“Pengalaman bekerja memang banyak dari profesional sampai lah orang bawahan tetapi saya gembira gembira.

“Sekarang apabila menjadi seorang suri rumah saya dapat menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa saya.

”Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ingat! EDUCATION tu penting it is sort of our INSURANCE of life..

“Tidak kira kat mana kita berada ilmu tu berguna. Kita tak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.

Rupanya Isteri Tomok Pemegang Ijazah Universiti. Pilih Tinggalkan Kerjaya Demi Nak Jaga Suami, Anak & Ibu Bapa. Tetap Ingatkan Ilmu Tu Penting!“Saya tidak ‘membuang’ apa yang saya telah belajar sebelum ini tetapi saya akan pastikan untuk mengajar anak-anak saya, tolong suami dan keluarga.

IKLAN

“Tanpa ILMU saya tak rasa saya akan berjaya menguruskan kehidupan saya dengan baik. Ini adalah apa yang saya belajar menerusi pengalaman.

“Nasihat dibu untuk semua kat luar sana… Belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan.

“Tidak kira apa jantina atau status kamu tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan,” luah Ayu di Instagram.

IKLAN

Tomok dan ayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Arrianshah Akid, 8 tahun dan Andrashah Iman, 5 tahun.

Rupanya Isteri Tomok Pemegang Ijazah Universiti. Pilih Tinggalkan Kerjaya Demi Nak Jaga Suami, Anak & Ibu Bapa. Tetap Ingatkan Ilmu Tu Penting!Memang bijak-bijak anak-anak Tomok dan Ayu. Dari kecil memang suka tengok video-video yang dimuat turun oleh Ayu tentang cara dia mengajar anak-anaknya. Keputusan Ayu seharusnya dihormati semua, meninggalkan kerjaya menjadi suri rumah dan menjaga rumah tangga di samping membesarkan anak-anak adalah suatu pengorbanan yang cukup besar buat seorang wanita yang bergelar isteri.

Sumber: Gempak & Ayu Abas

Artikel menarik: Anak terpaksa ‘bersaing’ dengan handphone, berharap mak ayah pandang muka dia

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI