Rupanya Kena Simpan Cara Ini, Baru Kelapa Parut Tak Cepat Basi!

Share

Kelapa parut merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa dan juga untuk penyediaan kuih muih tradisional.

Namun jika penyediaan dan penyimpanan yang salah boleh menyebabkan kelapa parut cepat basi! Jom ikuti cara penyimpanan yang betul agar kelapa parut tahan lama.

Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama:
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen
yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.
5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Kredit: Ani Zam

 

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN