Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama!
Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari punsudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.
TIP MENIARAP KEPADA BAYI
Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu ataudi atas bantal dan mengusap-usap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pasa permulaan ini).
Apabila bayi kelihatan lebih “alert”semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
Mulakan tummy time selama 3 hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
Meniarap bersama bayi dan berbual dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
Gunakan permainan berbunyi untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, ia menunjukkan bayi anda sudah mempunyaikekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah satu pencapaian untuknya!
KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI
1.RANGSANG KOMUNIKASI
Ads
Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.
2.KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
Ads
3.STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR
Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
Ads
4.ELAK ‘FLAT HEAD’
Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.
5.KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.
Ada yang menyatakan kalau tak mahu anak kerap demam, batuk dan selesema, ibu menyusu kena kawal pemakanan. Betul ke?
Ok berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Puan Ziela Juzaila, beliau menyatakan ramai yang belum faham tentang pantang makan minum ketika anak tidak sihat terutama demam, batuk dan selesema. Ramai yang pantang laksa bertahun-tahun, pantang pulut, pantang itu ini termasuk air kelapa sedangkan itu makanan sebenar ada khasiat tersendiri mengikut badan masing-masing. Jadi, saya akan berkongsi tentang hubungan penyusuan susu ibu dengan pengambilan makanan ketika anak tidak sihat.
Sekarang dilihat semakin bertambah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan banyak juga dilihat anak susu ibu yang mengalami batuk selesema hingga melarat. Sering kena warded sering berulang ke klinik untuk neb. Selalu tidak sihat, tumbesaran pun ada yang terganggu.
Kita ibu menyusu ni ada kelebihan menyembuhkan anak yang batuk selesema hanya dengan susu ibu. Menyembuhkan dengan mudah dan tidak melarat. Mudah saja sebenarnya merawatnya dengan syarat pantang makan minum dan boost imun. Mesti jelas setiap satu tindakan dan bukan ikut-ikut orang.
Sangat penting hentikan serta-merta makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan semua makanan yang diproses dan makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan sementara pengambilan semua jamu, maajun, pil-pil suplemen dan apa saja yang diproses, dibotolkan dan dikomersialkan.
Kita perlu mengambil makanan sebenar yang sesuai untuk meningkatkan imun badan. Dapur kita sarat dengan makanan yang boleh digunakan untuk boost imun. Bawang putih, halia, kunyit hidup penuh khasiat antiviral antibacterial antimucus. Memasak di rumah memberi peluang lebih cepat untuk menyembuhkan anak yang diserang batuk selesema kerana kita sendiri yang mengatur semua bahan memasaknya. Boleh melebihkan makanan yang meningkatkan imun badan.
Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang ibu makan tetapi pengambilan makanan sebenar yang tinggi antiviral antibacterial mampu mengurangkan pembentukan kahak.
Selain pantang makan minum dan boost imun, ada lagi yang perlu dipandang berat. Antaranya;
Cutilah di awal-awal anak tidak sihat kerana bonding yang kerap mampu mengimbangi emosi anak dan mengurangkan stress dalaman. Emosi anak stabil happy bersama ibu meningkatkan semangat melawan penyakit. Dapat susukan anak sekerapnya beri peluang batuk selesema cepat sembuh. Kita dewasa ni pun selalu dinasihatkan minum air kosong kerap semasa tidak sihat.
Apabila bercuti, peluang untuk menyusukan sekerapnya dan sentiasa offer anak menyusu mengurangkan risiko dehydration dan membantu melongkahkan kahak yang termendap di tekak dan dada anak. Bila anak menyusu kerap, badan akan kekal hydration.
Elak bersiaran di tempat awam. Ketika tidak sihat, kuarantinlah. Imun badan sedang merendah jika keluar bersiaran di tempat awam risiko untuk mendapat jangkitan lain memang tinggi. Anak-anak kecil tak perlu didedahkan di tempat ramai orang. Ramai yang pentingkan diri sendiri walaupun tidak sihat masih juga keluar di khalayak ramai meningkatkan risiko jangkitan.
Kebersihan juga penting kerana dikelilingi persekitaran yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan. Udara tidak sihat yang dicemari dengan asap rokok meningkatkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan menyebabkan batuk selesema boleh melarat.
Makanlah makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Kita mahukan anak menyusu dengan susu ibu yang fresh ‘terbaik dari ladang’ kan lebih bagus kita menjadi ladang yang tidak mengambil makanan yang diproses. Roti, biskut, coklat komersial, minuman 3 4 5 10 in 1 dan banyak lagi senarainya bukanlah menyihatkan malah menambah toksik dalam badan.
Walaupun ada yang berani declare sugar free sedangkan sugar ada lebih 60 nama lain. Belajar baca label. Makanan yang diproses makanan yang dibungkus dari luar ada gula putih garam putih MSG dan banyak lagi yang tidak diperlukan oleh badan.
Semoga memberi gambaran kepada ibu-ibu betapa penting kita makan makanan sebenar dan elak makanan yang diproses.
Baby buat macam kunyah-kunyah bila tengok orang makan seolah-olah terliur. Apakah benar si kecil sudah bersedia untuk ambil makanan pelengkap?
Ramai ibu yang mendakwa anak sudah memiliki berat badannya tertentu. Malah ada yang mendakwa bayinya telah tumbuh gigi. Bayi juga menunjukkan minat untuk makan apabila melihat orang lain makan di hadapannya dengan menggerakkan mulutnya seolah-olah mengunyah.
Ramai yang ambil keputusan untuk memberikan makanan pelengkap kepada si manja tanpa merujuk kepada pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan. Ini adalah langkah yang salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memudaratkan anak!
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, lazimnya gigi akan tumbuh apabila umur bayi mencecah antara 4 hingga 7 bulan. Ada juga bayi yang tumbuh gigi awal iaitu seawal 2 hingga 3 bulan. Sebaliknya ada juga bayi yang lambat tumbuh gigi, sehingga mencecah umur setahun barulah gigi susu mulai tumbuh.
MENGUNYAH TANDA BAYI SEDANG TUMBUH GIGI
Kebanyakan bayi melalui fasa ketika gigi keluar tanpa apa-apa masalah. Tetapi ada juga laporan-laporan daripda ibu bapa yang mengaku bayi mereka mengalami simptom-simptom seperti merengek akibat tidak selesa, air liur mengalir berlebihan. gusi bengkak dan sensitif, berkelakuan seperti mengunyah, kurang menyusu dan mengalami masalah tidur.
3 TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MAKAN
Makanan pelengkap seharusnya mula diberikan kepada bayi apabila umur mencapai 6 bulan. Ini kerana pada usia enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang dan boleh menerima makanan pejal seperti bijirin atau makanan yang dijadikan puri.
Mama dan papa perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya memberikan makanan pejal kepada bayi walau pun bayi masih belum bersedia. Menurut Dr Mohammad Nazir ada tiga tanda utama bayi mungkin bersedia untuk menerima makanan pejal iaitu;
1.Berada dalam posisi duduk dengan kawalan kepala yang tegak.
2.Koordinasi mata tangan dan mulut yang baik dan boleh lihat, ambil dan memasukkkan makanan ke mulut dengan sendiri
3.Boleh menelantanpa mengeluarkan makanan semula dan tidak terkumpul di luar mulut sahaja.
Menurut Dr Nazir, pada kebiasaannya semua perkembangan dan tanda-tanda ini jarang jarang berlaku sebelum bayi mencecah usia 6 bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia dalam keluarga Abby ibarat rezeki tak ternilai dari Allah.
Walaupun bukan dari darah daging sendiri, impian Abby dan suami untuk mempunyai bayi dimakbulkan Allah dan mereka sekeluarga sangat gembira dengan anugerah ini.
Malah menerusi posting Abby di instagramnya, Abby sentiasa memuatnaik aktiviti anak angkatnya dan semua peminat pun gembira melihat kedua-dua bayi tersebut menerima limpahan kasih sayang.
Abby juga turut menyatakan kesyukuran atas rezeki ini. “Alhamdullillah, Allah izinkan saya dan suami menjadi Mama dan Abah pada bayi-bayi ini. Doakan yang terbaik ya,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Abby juga menyifatkan Daiyan dan Dayana sebagai bantal busuknya dan tak puas nak gomol mereka berdua. Pergi mana-mana pun mesti ingat.
Tambah Abby, dia berharap netizen tidak cepat menilai dirinya dan sebagai ibu dia berjanji akan berusaha yang terbaik untuk membesarkan dua bayinya itu.
“Kami akan usahakan yang terbaik, Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat menilai, itu tak kena, ini tak betul,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby menerusi posting berbeza memberitahu dia menyifatkan kehadiran Dayana sebagai kembar kepada Daiyan.
Kata Abby, dia sudah lama mengimpikan untuk memiliki dan membesarkan anak kembar dan bersyukur ia dimakbulkan oleh Allah.
“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan Allah izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.
“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar… tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tapi Alhamdullillah, Allah bagi sebab Allah tahu Mama dan Abahnya mampu,” ujarnya.
Sumber: instagram Abby Abadi & Daiyan Dayana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.