Setiap kali makan di kedai makan Siam, tak sah rasanya tanpa memesan telur dadar sebagai pelengkap. Namun peliknya, bukan seperti biasa, telur dadar yang dihasilkan ini terlebih rangup dan cukup sedap.
Rupanya ada resipi khas untuk pastikan sedap dan rangup. Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @nurulyaacOb ini kena cuba. Memang lain dari yang lain!
Memang sedap makan ayam bakar seperti Kenny Rogers atau Nandos, tapi lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah makan dengan suami dan anak-anak. Boleh buat banyak-banyak anak-anak pun puas makan.
Ayam Bakar KENNY ROGERS
Bahan-bahan
1ekor ayam(cuci bersih)
2labu bwg beso
7ulas bwg putih
2inci halia
2sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
1senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
3sb majerin(cairkan atas api)
1biji ubi kentang(rebus empuk)
1ketui kiub pati ayam
1sk garam
2sb gula pasir
Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan sexy.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja brownies terbayang kesedapan rasanya ditambah pula dengan kedutan cantik di atasnya. Brownies Bite Mini ini lain dari biasa kerana saiz comelnya yang menyenangkan anak makan.
Resipi mudah perkongsian Azura Zuera ini memang senang. Paling menarik siap tip untuk nampak berkedut cantik. Jom cuba!
Saja try buat, biasa orang guna loyang, kita buat mini bite bagi anak-anak makan. Buat tak banyak pun, satu adunan je. Alhamdulillah anak-anak suka, kecik senang makan.
Bahan-bahan:
Minyak 50g
Coklat beryls 200g
Butter 50g
Gula perang 100g
Tepung 100g
Telur 2 bj
Serbuk coco 30g
Serbuk penaik 1g
** Sy tak letak essen vanilla, kalau nak letak pon boleh 1sk **
Kacau gula & telur sampai gula larut (kena larut baru jadi kedut).
Double boil coklat, minyak & butter sampai sebati. Campur bahan di atas kacau lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan tepung, serbuk coco & serbuk penaik yang dah di ayak ke dalam bahan di atas.
Kacau lagi hingga likat dan sebati
Bakar 15 ke 20 minit, suhu 150°c ikut oven masing-masing.
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu-ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah. Alang-alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri. Yang penting tiada gula dan bahan pewarna seperti biskut raya orang dewasa.
Biskut raya ini juga boleh dijadikan kudapan si manja pada waktu petang. Bagi yang ingin pulang ke kampung, buat biskut raya ini sebagai stok untuk kudapan si manja agar si manja tak lapar mahupun bosan ketika berhari raya. Ikuti resipi perkongsian daripada Puan Nurul Liyana.
BISKUT ALIEN (12m+)
Harum semerbak satu umah bau wangi susu. Alfateh pun tak dan-dan duk tunjuk nak-nak tahu lah rupa alien tu menarik minat dia sekali bagi bila dah siap bakar dia duk gelak mengekek pulak
1. Masukkan bahan2 * dah freshmilk sedikit demi sedikit sehingga satu adunan
2. Bentukkan dan letakkan coklat chip
3. Bakar 170c selama 20 atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
BISKUT FLORENTINE (12m+)
Since alfateh suka kunyah-kunyah so ibu buatkan lah tapi takleh lah selalu sebab kekacang tu mahal
BISKUT FLORENTINE (12m+)
– tepung jagung
– Puri kurma
– almond
– kuaci putih
– kuaci hijau
– bijan putih
– bijan hitam
– kertas cupcake yang licin (ada lapisan plastik di dalam)
1. Bakar kekacang 5-7min sehingga sedikit kekuningan suhu 160c
2. Tunggu sehingga kacang sejuk
3. Masukkan bijan, puri kurma gaul kacang bersama kesemua tepung
4. Masukkan sesudu besar dalam bekas cup. Pastikan xterlalu nipis ataupun tebal
5. Bakar 15min suhu 160c. Semua oven xsama so kena rajin2 tengok untuk yang pertama, dah kekuningan boleh keluarkan dari oven
6. Biar sejuk dahulu & tekan bawah cup untuk tanggalkan. Cup boleh digunakan semula untuk round seterusnya.
Versi dewasa cara yang sama just tukar pada tepung florentine. Semudah abc!
1. Masukkan bahan * . Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal/ dibentuk
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Sapu kuning telur dan tabur kacang di atas adunan yang telah dibentuk
4. Bakar menggunakan api atas bawah bersuhu 170c selama 15min/ mengikut kesesuaian oven masing2
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan puri kurma & kacau sebati
2. Didalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan * sedikit demi sedikit sehingga sebati
4. Masukkan pula almond & gaul rata
5. Adunan lembik ya so hanya bentukkan menggunakan tangan
6. Bakar biskut tersebut
BISKUT SUSU (7m+)
Semudah abc, hanya menggunakan 2 bahan mummy mudah kan? Berlemak manis susu. Rangup diluar dan cair didalam nyumss-nyumss
1. Masukkan bahan2 * kemudian masukkan pula freshmilk dan gaul sehingga menjadi satu adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan
2. Bakar pada suhu 180c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
1. Pukul butter sehingga kembang
2. Masukkan bahan2 lain kecuali tepung gandum dan gaul sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adunan tidak terlalu cair & sedikit pekat ya
4. Cedok menggunakan sudu dan bakar 170c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
1. Gaul kesemua bahan kecuali ub
2. Gunakan kaedah double boil gaul2 tanpa henti sehingga terhasil coklat yang pekat, gaul laju2 kemudian masuk butter
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu sehingga mummy-mummy berpuas hati dengan kepekatan coklat tersebut
4. Masukkan dalam piping bag & bentukkan mengikut citarasa
5. Sejukkan di freezer kemudian boleh diguna pakai untuk menu anak-anak mummy
1. Kupas kulit epal, kemudian blend sekali dengan 5biji kurma yang telah dibuang kulit & biji. Masukkan pula cheese & sedikit susu ya jika blender tidak bergerak
2. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing-masing
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2
* cup pakai standard measuring cup ya
KEREPEK UBI MANIS
KEREPEK UBI MANIS
– ubi keledek
– air
– kapur
– minyak
1. Kupas kulit ubi & rendam dalam air nak bagi hilang hitam2 ubi
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa & masukkan sedikit kapur untuk bagi kerepek rangup & kurang makan minyak
2. Sagat ubi menggunakan penyagat & masukkan didalam bekas air tadi
3. Panaskan minyak dengan api sederhana
4. Pastikan ubi sentiasa dikacau supaya tidak melekat antara satu sama lain
5. Apabila ubi kelihatan bertukar warna terus perlahankan api untuk mengelakkan ianya hangit
6. Angkat & toskan atas tisu serap minyak
1. Uli sebati kesemua bahan dengan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. Boleh tambah tepung jagung if adunan masih melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 30min bersuhu 180c atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
* gelek nipis2 untuk hasil texture yang sedap rangup
1. Pukul butter dan susu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli sehingga tidak melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 15min bersuhu 180c/sehingga masak
* resepi campak2 takde sukatan yang tepat
Sumber: Nurul Liyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!