Rupanya Ni Cara Goreng Telur Dadar Gebu & Garing Sama Macam Kedai Siam, Padu!

Share

Setiap kali makan di kedai makan Siam, tak sah rasanya tanpa memesan telur dadar sebagai pelengkap. Namun peliknya, bukan seperti biasa, telur dadar yang dihasilkan ini terlebih rangup dan cukup sedap.

Rupanya ada resipi khas untuk pastikan sedap dan rangup. Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @nurulyaacOb ini kena cuba. Memang lain dari yang lain!


Sebijik rasa macam kat kedai siam tu.

Bahan-bahan:
Telur
Garam
Serbuk kunyit
Kicap sotong

Pecahkan telur dalam mangkuk dan perasakan dengan garam.

Masukkan sedikit serbuk kunyit.

Kemudian sedikit kicap sotong dan pukul sampai buih jadi halus.

Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas baru tuang dalam kuali.

Biarkan sampai garing dan balikkan.

Siap!

Memang tak cukup nasi sepinggan!

 

@nurulyaac0b Sebijik rasa mcm kt kedai siam tu 🤭 #minyakurutmodenmmg #MMGFighters #bisnesonline #food #telurdadar @CEOofMinyakUrutModen ♬ Kutukan Mantan – Fhia.

Selamat mencuba!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN