Rupanya Tak Susah Nak Buat Udang Kering Homemade, Paling Jimat, Bersih & Berbaloi!

Share

Disaat kenaikan harga yang melampau kini, memilih untuk berjimat cermat adalah jalan paling terbaik. Menyediakan udang kering misalnya boleh dilakukan sendiri di rumah. Lebih jimat dan berbaloi.

Bukan sahaja harganya lebih murah bahkan lebih bersih penyediaannya. Nak buat macam mana? Apa kata jom ikuti tip perkongsian Pn Faizah Husain ini.


Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi. Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun RM20 ringgit.

Saya beli udang basah ni RM8 ringgit sahaja. Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.

Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.

Sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.

Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.

Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.

Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk2 di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.

Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedap.

Selamat mencuba!

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN