Bila anak buat hal di pagi hari, moody dan sebagainya kita sendiri rasa tak selesa. Makin bertambah lambat jadinya. Jadi jangan rosakkan mood pagi hari anak. Biar anak tenang-tenang saja menikmati waktu paginya.

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim turut berkongsi mengenai hal ini. Ada baiknya mak-mak sedikit cool, tak perlu rushing terlebih. Nanti anak pun terkesan emosinya.

‘Rushing’ Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik, Jangan Biasakan, Biar Anak Cool!


Jangan rushing sangat di waktu pagi. Itu akan jadi bad habit pada anak-anak kita nanti. Antara punca di waktu pagi anak jadi,
– moody
– meragam
– berontak
– tak nak ke sekolah
– murung
– mengamuk
– buat perangai

Ini la sebabnya. Dia terpengaruh dengan morning habit kita yang duk kalut dan sentiasa rushing. Anak ada “mirror neuron” yang akan meniru setiap tingkah laku kita.

‘Rushing’ Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik, Jangan Biasakan, Biar Anak Cool!

Itu la, kasihan diorang terpaksa mirror yang negatif. Sepatutnya kita ambil peluang di waktu pagi ni untuk ber Me-Time dengan anak.
– tutup radio
– jauhkan telefon
– stop bebel
– stop jerit
– stop warning
– stop marah

Sebaliknya patut,
– banyakkan senyuman
– banyakkan ketawa
– banyakkan melawak
– banyakkan peluk & cium
– banyakkan memuji

IKLAN

‘Rushing’ Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik, Jangan Biasakan, Biar Anak Cool!

Jangan terkejut! Benda simple macam ni akan beri banyak impak besar pada anak di sekolah. Dia jadi lebih bersemangat, lebih tenang, lebih fokus dan lebih ceria sepanjang hari di sekolah.

Pikat hati anak setiap pagi, baru la dia ada hati nak belajar di sekolah.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim

IKLAN

Menarik: Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah, Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

‘Rushing’ Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik, Jangan Biasakan, Biar Anak Cool!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

IKLAN

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI