Selepas anak pertamanya Ace disahkan mild austisme, Dr Say mula bimbang jika anak keduanya, Sef turut mengalami masalah yang sama.

Pun begitu, doktor selebriti itu kini mampu menarik nafas lega bila mana melihat perkembangan anak keduanya itu yang lebih baik.

Menurut kata Dr Say melalui Instagramnya, jika dibandingkan dengan perkembangan Ace waktu kecil sememangnya jauh berbeza.

“Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah” Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

“Walaupun penyebab autism tidak diketahui tapi genetik dikatakan play a major role. Pakar perkembangan kanak-kanak ada bagitau saya & bini untuk bawak Sef on Ace’s next appointment supaya dia boleh screen Sef sekali just to be sure.

“Next appointment Ace Februari tahun depan tapi as for now saya & bini boleh nampak yang Sef sangat berbeza dengan Ace pabila Ace kecik dulu.

“Sef baru masuk 3 bulan & social skill dia cukup astounding. Very good eye contact, social smile padu yang sampai gelak berdekah-dekah & he is just full of expressions.

“Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah” Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

“Saya bukan nak bandingkan anak-anak saya tapi at least saya & bini boleh tarik nafas lega knowing perkembangan Sef is normal as how it should be. Sebab ada jugak saya dengar kisah yang abangnya autistic, adiknya turut autistic,” tulisnya berkongsi.

IKLAN

“Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah” Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

Malah menurut kata Dr Say lagi, dia bukanlah ingin membandingkan kedua anaknya namun kini barulah dia melihat perbezaan besar itu dan sudah semestinya lega bila mana melihat perkembangan Sef.

Memuat naik video pendek Sef yang ketawa ketika di agah ibunya, Dr Azura Abas memang comel. Malah Sef pandai berinteraksi dengan ibunya. Bijak!

“Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah” Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

“Will this affect kasih sayang kami kepada anak-anak kami yang mana kami akan lebihkan Sef instead of Ace? Definitely not.

“Terus terang cerita lepas saya tahu ke-autistic-an Ace, saya tak kisah dah apa jua pencapaian dalam hidup saya ni. Saya hanya harap Ace membesar dengan sihat & at least close to a normal human being tu je.

IKLAN

“InsyaAllah bila tiba masanya akan saya cerita progress Ace dengan therapynya sebab so far tak sampai sebulan dia kat sekolah baru ni maka sabaq sikit naa? Apa yang saya boleh cerita, masukkan Ace ke sekolah with therapies ni was THE BEST DECISION EVER. Selamat ber-weekend peeps! Enjoy Sef berdekah ni k,” tulisnya lagi berkongsi.

 

Terdahulu, bapa kepada dua cahaya mata ini mendedahkan anak sulungnya, Ace mengalami mild autisme. Semoga si comel Ace terus menampakkan perkembangannya selepas mengikuti beberapa sesi terapi.

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

IKLAN

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

“Eye Contact Baik, Senyum & Gelak Sampai Berdekah” Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI