Untuk ibu yang pening anak tak suka makan bubur nasi, boleh cuba bagi makan bubur oat ayam. Bukan sahaja sedap tapi berkhasiat. Satu hidangan yang lengkap mempunyai sumber nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anak seperti karbohidrat, protein dan fiber. Nak buat pon senang je, bahan juga senang dapat.

Jika anak berusia bawah satu tahun, boleh buat bubur oat ayam ini mengikut tekstur yang bersesuaian dengan anak. Tak terlalu kasar dan tak terlalu halus. Karbohidrat berfungsi menjadi sumber bahan bakar bagi bakteria baik di dalam tubuh yang membantu memproduksi vitamin B kompleks hingga pencernaan anak dapat berfungsi dengan baik.

Protein bagi tubuh anak adalah untuk pembentukan immunoglobulin atau yang sering disebut sebagai antibodi yang berfungsi untuk mengelakkan jangkitan yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Antibodi ini juga akan memperkuatkan tubuh supaya tidak mudah diserang penyakit dari virus atau bakteria yang sama di lain waktu.

Fiber juga berperanan sebagai prebiotik dalam saluran pencernaan anak. Nutrisi ini merupakan sumber makanan bagi bakteria baik di usus, sehingga pertumbuhan dan fungsi bakteria tersebut akan selalu terjaga. Hasilnya, pencernaan anak menjadi lebih sihat dan terlindung dari gangguan pencernaan. Jom lihat resepi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Syazalwidad Bukhri di Kumpulan Facebook Happy Baby Foods Malaysia.

RESEPI BUBUR OAT AYAM

IKLAN
Sajian Lengkap Nutrisi, Bubur Oat Ayam Untuk Anak-Anak Tambah Berat Badan!
Sumber foto: Facebook Syazalwidad Bukhri

Lengkap karbohidrat, protein dan fiber. If anak mommy bawah 1y, mommy boleh buat ikut teksture makan anak mommy.

Bahan- bahan:
– Segenggam rolled oat
– Bawang merah / holland
– Bawang putih satu ulas
– Halia
– Brokoli dan carrot dicincang (sayur ni ikut kesukaan baby)
– Isi ayam dicincang
– Serbuk bilis
– Minyak
– Air 1 mangkuk kecil

Cara- cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan biarkan separa masak. Bila ayam dah separa masak, masukkan rolled oat yang telah dibasuh bersih dan gaulkan sekali sehingga sebati.
2. Masukkan air dan biarkan rolled oat kembang, bila dah kembang, masukkan sayur yang dicincang. Bila dah mendidih, masukkan serbuk bilis sebagai penambah rasa semulajadi masakan baby. Biarkan sehingga sedikit pekat.
3. Agak- agak dah pekat, mommies boleh tumis darat (tumis bawang merah sehingga naik bau dan masukkan dalam bubur), kemudian hiaskan dengan daun bawang. Siap!

IKLAN

Selamat mencuba mommies.

Baca Juga:

Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

IKLAN

Nasi Impit Goreng, Hidangan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga!

Nasi Ayam Hainan Rangup Ala- Ala Superdaddy, Sesuai Untuk Anak Yang Suka Makanan Rangup!

Memang sedap sangat rasa bubur ala mcd even guna rolled oat dan memang best. insyaAllah baby approve.

Mudah sangat resipi yang dikongsikan. para ibu boleh buat untuk anak- anak. Walaupun tak makan nasi tapi masih boleh dapat nutrisi lengkap dari bubur oat ayam. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI