Ramai ibu yang mengeluh anak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Adakah anak mempunyai masalah penghadaman dan sebagainya. Tapi ibu kurang mengambil tahu carta pengambilan makanan dan diet harian yang seimbang untuk anak-anak yang betul.
“Anak saya makan banyak. Tetapi berat susah nak naik.”
Ini adalah pernyataan kebanyakan ibu ayah apabila berjumpa saya atau lewat PM mereka pada saya. Apabila ditanya contoh pengambilan makan dan diet harian, kebanyakan anak-anak tidak mendapat protein yang cukup di dalam diet harian.
Seekor ikan sehari sahaja. Sebiji telur sekali sahaja sehari. Ayam secubit dua setiap kali makan.
Pengambilan lauk yang terlalu sedikit akan mempengaruhi status pemakanan anak. Darah merahnya rendah. Beratnya tidak naik. Anak sentiasa lapar dan cepat tantrum. Protein bertindak untuk mengenyangkan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Bagaimana memastikan anak mengambil protein yang mencukupi untuk keperluan hariannya?
Cuba lihat kembali kepada jumlah pengambilan lauk pauk yang diambilnya. Adakah mencukupi?
Ads
Lihat kembali kepada infografik di bawah.
Mengikut Malaydia Dietary Guidelines, anak berumur 3 tahun memerlukan separuh hidangan ayam, separuh hidangan ikan, separuh hidangan legume dan dua hidangan susu sehari.
Ini adalah jumlah hidangan yang sepatutnya diambil untuk anak-anak yang mempunyai berat badan yang normal dan sihat. Sekiranya anak mempunyai masalah kenaikan berat badan, seharusnya pengambilan protein adalah lebih lagi daripada jumlah ini.
Tujuan saranan mempelbagaikan pilihan makanan antara ikan, ayam dan legume kerana setiap satunya mempunyai zat yang pelbagai dan tidak sama antara satunya.
Ads
Ikan misalnya mempunyai Omega 3. Ayam mempunyai zat besi. Begitu juga daging. Kaya dengan zat besi dan vitamin B. Legume pula selain kaya dengan serat turut mempunyai pelbagai jenis mineral dan vitamin diperlukan tubuh.
Mengambil ayam sahaja menyebabkan anak kekurangan vitamin B, calcium, selenium dan fosforus yang boleh diperolehi daripada ikan dan makanan laut.
Jadikan setiap hidangan makan anak adalah berbeza pilihan lauk sebolehnya.
Satu hidangan ayam untuk tengahari, satu hidangan ikan untuk malam dan satu hidangan legume misalannya di sebelah pagi.
Infografik ini menunjukkan jumlah pengambilan untuk satu hidangan lauk pauk yang mempunyai 14g protein.
Ads
Sekiranya menurut saranan, pengambilan hanyalah 1/2 hidangan sahaja sehari bermaksud hanya 7g protein sahaja diperlukan untuk setiap jenis makanan. Atau separuh daripada jumlah hidangan di atas.
Sama juga dengan jumlah hidangan untuk daging dan ayam. Kebiasannya anak usia 1-3 tidak suka makan ayam atau daging kerana perlu dikunyah dan sedikit liat. Adakala ibu ayah yang jarang memberikan daging di dalam hidangan anak seharian.
Apa yang boleh dibuat sekiranya anak tidak mahu makan isi ayam atau hanya kunyah ayam dan kemudian meluahkannya kembali?
Ayam atau daging boleh dikisarkan dan dicampurkan ke dalam makanan atau sup untuk dihirup anak. Pastikan setiap hidangan yang diambil mestilah mencukupi saiz hidangannya.
Sekiranya hidangan mee atau bihun atau pasta dan sebagainya, ambil sesenduk mee sesuai untuk pengambilan anak sahaja. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama hidangan tadi. Bukan bersama hidangan untuk seisi keluarga. Ini akan menggalakkan anak mengambil protein dengan mencukupi.
Disebabkan ramai yang mengadu anak-anak dah start bosan dan ibu bapa dah kering idea nak buat aktiviti apa sepanjang #DudukRumah ni, Puan Adlil Rajiah, penulis buku keibubapaan berkongsi 37 cadangan aktiviti mudah yang korang boleh buat dengan anak-anak sampai habis PKP ni.
Post ini panjang. So boleh la baca sambil makan superring ke apa. Baca dan hadam perlahan-lqhqn, then pilih lah aktiviti mana yang sesuai dengan umur anak, keadaan rumah, dan tahap kerajinan korang. 😌
Yang penting, jangan mengeluh. Because PKP ni is actually the best opportunity untuk kita asah parenting skill.
So let’s do this together, parents!
1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas majong di seluruh permukaan dinding, dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.
2. Cari cawan atau mug yang plain, dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis dan deco. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis. Walaupun kadang2 tah pape je yg dia lukis. Tapi sebab saya tahu ini adalah salah satu cara paling mudah untuk saya bina self-esteem dia, so why not? Dan Haikal lebih pandai menghargai, bila nampak saya hargai hasil tangan dia. What we appreciate, appreciates. Kan?
3. Ada banyak tshirt plain? Haa apa lagi? Ajak la anak lukis atas tshirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas tshirt kita, dan kita lukis atas tshirt anak. Selesai lukis, bagi kering, dan sama2 pakai. 😊
4. Lukis dan warna sama2 atas plain blanket atau pillow case. Ya saya tahu, by this time, mesti korang rasa macam, DAH KENAPA SEMUA BENDA NAK KENA CONTENG NI? 😆 Macam yang saya cakap tadi, pilih la mana2 yang kau suka. Tak perlu pun conteng semua benda. Tapi kalau saya, buat je. Sebab, why not? 💁🏽♀️
5. Buat cupcake dan ajak anak deco toppings sama2. Kalau malas nak bake sendiri, beli je cupcake plain yang dah siap, then ajak anak deco toppings je. Settle. Cupcake boleh simpan dalam peti. Boleh buat breakfast keesokan harinya.
6. Buat pizza dengan toppings yang berbeza-beza. Beli je doh pizza instant tu. Takpun, guna roti keping je. Then hias dengan sos tomato atau sos bolognese, then tambah la sosej and cheese. Bakar. Settle.
7. Buat cookies pelbagai bentuk. Beli cookie mix yang instant tu. Pastu bentukkan guna cookie cutter. Takpun bentukkan sendiri guna tangan. Boleh buat bentuk alphabets dan numbers. Sambil buat cookies, sambil kenal huruf dan nombor. Agitcheww.
8. Buat aiskrim Malaysia. Yang ni tak payah ajar kot. Tapi buat lah yang unik sikit. Takde lah balik2 aiskrim milo je 😑. Cuba la buat Ribena laici ke, bandung cincau ke, air kathira ke. Pergh air bazar remdan terus hahah.
9. Ajak anak basuh kereta, atau basuh motor, atau basuh basikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak. Sebab do you know that water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga? Yass! Takpun, kalau taknak basuh kereta, basuh je bilik air! Life skill tuu.
10. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sort sama2, mana yang dia masih pakai, dan mana yang tak. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.
11. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kau akan lihat betapa terer nya anak berlakon jadi kau. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak. 😌
12. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa2 equipment. Pasang instrumental music rancak, then buat la apa2 movement yang senang anak nak ikut. Benda yang paling kita taknak berlaku masa PKP ni ialah badan yang TAK BERGERAK. Sebab inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!
13. Introduce anak dengan permainan tradisional. Contoh: congkak, ceper, batu Seremban, etc. Dulu saya tak pernah terfikir nak introduce Haikal dengan permainan tradisional. Sebab bagi saya, permainan tu semua bukan zaman dia. Tapi masa balik kampung beberapa bulan lepas, mak saya ajar Haikal main congkak, dan adik2 saya ajar haikal main ceper. And surprisingly, HAIKAL SANGAT SUKA. Dan sampai sekarang congkak dan ceper dah jadi aktiviti harian dia.
14. Main teng teng. Haa kalau rumah ada tiles yang petak2 besar tu, senang lah. Guna masking tape berwarna untuk tanda kotak yang nak digunakan. Teng teng is a good game untuk latih anak imbangkan badan.
15. Main khemah2 guna kerusi, cadar, selimut, dan sebagainya. Takut rumah bersepah? Takpe, bersepah sampai 14 April je 😆. Chill, parents. Fokus bina hubungan dengan anak sekejap. Lepas ni boleh fokus kemas rumah balik.
16. Stamping Art. Bentang kertas majong besar2 kat lantai dan sediakan 2-3 warna watercolour. Kemudian, buat stamping guna batang sawi, batang celery, bendi, corak daun, sweet pepper, lemon, etc.
17. Make socks puppets. Ambik sepasang stokin plain, tampal googly eyes atau 2 biji butang pada hujung stoking, lukis corak-corak sikit, masukkan tangan dan jadilah puppet. 😁
18. Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh ajak buat Vision Board. Minta anak imagine pencapaian atau impian dia 3 tahun dari sekarang. Minta anak lukiskan semua imaginasi dia pada sekeping kertas, dan jangan lupa letak tajuk “Impian saya pada tahun 2023”. Atau kalau tak reti lukis, boleh ajak anak google gambar2 yang berkaitan dengan impian dia. Contohnya, gambar basikal idaman, gambar tempat percutian idaman, gambar birthday cake idaman, gambar mainan idaman, apa saje. Dan bantu anak susun strategi macam mana dia nak capai semua tu. Contohnya, kena belajar berapa jam sehari, jaga solat setiap hari, simpan duit berapa ringgit setiap hari, etc. Latih anak untuk BERANI BERIMPIAN DAN BERANI SAHUT CABARAN!
19. Tengok balik gambar2 anak masa baby dan ceritakan pada anak the story behind every picture. Pergh to be honest, this is my most favourite thing to do with Haikal. Bila anak tengok gambar2 dia masa baby, dia akan faham hidup ni adalah satu proses, dan setiap hari kita grow jadi orang yang lebih berkebolehan dan lebih bermanfaat.
20. Build an “i can” box. Cari satu kotak tisu lama, deco lah sikit kotak tu kalau rajin, then setiap hari minta anak senaraikan 3 PERKARA YANG DIA BOLEH BUAT PADA HARI TU. Contohnya: Today, I can wash my own plate. I can make my own bed. I can tie my shoes. Kalau anak belum pandai menulis, parents boleh tolong tuliskan. Then masukkan nota tu dalam kotak tisu tadi. Bila2 anak rasa gagal atau tak yakin diri, tengok balik semua “I can” yang dia tulis sebelum ni. Manusia ni mudah rasa down atau rasa gagal bila dia lupa apa yang dia pernah capai sebelum ni.
21. Make a feelings chart. Ambil sekeping kertas, lukis beberapa ekspresi wajah yang menunjukkan emosi berbeza. Contohnya, muka sedih 😭, muka marah 😡, muka gembira 😁, muka excited 😍, muka terkejut 😱, muka kecewa 😫, etc. Then setiap malam sebelum tidur, tanya anak how does he/she feels today. And why. Maybe ibu bapa boleh mulakan dulu. Kongsikan perasaan anda dengan anak, dan explain. Contohnya, tunjuk kat gambar muka gembira, then explain “Mama gembira sebab papa belanja mama kfc tadi.” Then next, tunjuk pulak muka terkejut, then explain, “Mama terkejut sebab first time dengar haikal kentut masa solat tadi.” Hahah. Then, anak punya turn pulak untuk share emosi dia. Ingat, anak yang kenal emosi, akan eventually pandai kawal emosi.
22. Listen to your child’s fav song. Pick 1-2 lagu kegemaran anak, cuba hafal lirik dia. Dan ajak anak sing out loud dan menari macam orang gila bersama-sama. 😂
23. Berlakon. Anak berlakon jadi peniaga kedai makan, kita jadi pelanggan. So anak kena ambik order, siapkan order, hidang, letak harga, dan kita bayar. Order yg simple2 dah la. Roti peanut butter ke, biskut ke, air kosong ke. Jangan kau order siakap stim pulak. 😑
Then esoknya tukar suasana, anak berniaga kedai runcit pulak. Keluarkan la kejap segala stok sardine, susu pekat, kicap, maggi dalam almari tu. Sambil main, boleh ajar anak kira duit, operasi matematik tambah tolak, cara layan pelanggan, etc.
24. Buat greeting card. Beli beberapa keping kertas berwarna, dan ajak anak tulis atau lukis sesuatu untuk atok, nenek, dan sepupu2 dia. Mungkin boleh hias guna lace, beads, butang juga. Bila dah siap, boleh terus pos. Zaman semua orang berhubung guna whatsapp ni, bila dapat physical greeting card camni, confirm riuh sekampung hahah.
25. Kalau ada sesiapa yang bakal sambut birthday bulan April, contohnya birthday atok ke birthday nenek ke, boleh ajak anak buat wrapping paper sendiri untuk balut hadiah birthday tu. Bagi anak lukis dan tulis apa saje sampai penuh satu kertas majong, then balut hadiah guna kertas tu, then pos! Confirmmm, riuh lagi sekampung hahah.
26. Main cikgu2. Anak jadi cikgu, mak bapak jadi murid. Tak payah whiteboard bagai. Tampal je kertas majong kat dinding. Cikgu berdiri sambil pegang pembaris, murid2 duduk bersila sambil buat muka takut-takut hahah. Beri kebebasan kepada anak untuk pilih topik yg nak diajar. Percayalah, kau akan terkejut betapa banyaknya benda baru yg kau belajar lepas tu. Tetiba rasa tak percaya anak yg baru 4 tahun, dah tahu urchin itu landak laut. Kau yang umur 40 pun baru tahu. 😆
27. Finger painting guna kaki. Bentang kertas majong atau surat khabar lama besar-besar atas lantai, bancuh beberapa warna water colour dalam tray, then try finger painting guna kaki. This is fun weh! Tips: Buat kat car porch atau berhampiran bilik air, supaya senang nak cuci later.
28. Buat jigsaw puzzle sendiri. Print beberapa gambar keluarga atas kertas keras. Then potong gambar tu kepada 6-9 bahagian. Then suruh lah anak sambungkan macam main puzzle biasa. Nak lagi mencabar, potong gambar tu dalam bentuk random. Maksudnya bukan potong petak2. Tapi potong main bantai. Haa..habis PKP pun belum tentu settle puzzle tu 🤣
29. Make your own cookbook. Ajak anak senaraikan makanan favourite dia, then google resepi setiap makanan tu, dan tulis dalam 1 buku. Boleh tulis macam biasa, atau lukis bahan2 dan langkah2 nya. Then, ajak anak masak ikut resepi tu sama-sama. Activity yang melibatkan sequence atau langkah demi langkah (seperti memasak) sangat membantu dalam membina fokus anak.
30. Setiap malam, tanya anak apa 3 perkara yang buat dia gembira hari ni. And share yours too! Dalam keadaan sekarang ni, sangat penting untuk kita latih anak dan diri sendiri untuk fokus perkara yang best, dan bukan perkara yang tak best!
31. Main teka binatang. Buat bunyi atau pergerakan tertentu, dan minta anak teka apakah binatang yang sedang dilakonkan. Boleh buat bunyi harimau, gaya itik berjalan, gaya ular, bunyi anjing – apa sahaja. Nak jadi babi pun boleh. Ehh!
32. Buat banana split. Beli pisang, aiskrim, nuts, choc chips, choc rice atau apa saje untuk toppings. Balik rumah, ajak anak buat sama2, deco2 topping, pastu layan ramai2 sambil membincangkan isu covid19 yg sedang melanda. Pergh!
33. Main sambung perkataan. Contoh: Saya, ya apa? Yaman, man apa? Mana, na apa? Nanas, nas apa? Nasi, si apa? Siamang, mang apa? Mangkuk, kuk apa? Kuku, ku apa? Haa tengok, main sorang pun boleh. 😆
34. Game 5 seconds rule. Ok yang ni best. Cara main dia senang je. Setiap orang kena namakan 3 benda yang diminta, dalam masa 5 saat. Contohnya, “Namakan 3 benda yang berwarna pink.” Atau “Namakan 3 benda yang berbentuk bulat.” Atau “Namakan 3 benda yang kita tak boleh makan.” Apa sahaja! Dan bila kena jawab dengan cepat (within 5 secs), jawapan yang keluar dari mulut random gila dan tah pape. Hahah
35. Board game. This one is evergreen kot. I guess semua rumah kena ada at least one board game. Tak kisah la dam ular ke, chess ke, saidina ke, scrabble ke. This is the simplest way untuk buat aktiviti berkumpulan yang setempat, dan boleh main sambil baring.
36. Lego. Yang ni nak kena explain ke? Semua anak mesti ada mainan building blocks kat rumah kan? Paling common lego lah. Sangat berguna di kala anak2 tak boleh keluar rumah. To make it feels different everyday, beri tema berlainan setiap hari. Contohnya, hari ni tema kedai makan. So bina lah kedai makan guna lego tu. Esoknya, tema kapal angkasa pulak. So buat lah kapal angkasa dengan tempat launching dia sekali. Lusa, tema bengkel kereta, dan sebagainya. Paksa diri untuk kreatif berfikir. Jangan anak cakap bosan, kau pun tumpang bosan sekali.
37. Ok ni last pilihan yang korang ada, kalau rasa semua 36 aktiviti tadi menyusahkan. Download je PDF Haikal’s Game Book, yang ada 60 mukasurat untuk setiap game. Hanya perlu download dan print, dan buat lah sampai lebam. Boleh dapatkan kat sini: https://www.sogeliga.com/printables
Semoga apa yang saya kongsikan dalam post ni bermanfaat. Dan semoga kita semua survive PKP ni dengan cemerlang lah hendaknya 😌
Ingin tahu tip asuh anak supaya bila besar nanti tahu hargai dan hormat ibu bapa! Hakikatnya melentur buluh biarlah dari rebung. Ketahui kaedah asuhan berkesan untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia. Untuk membawa seorang anak kepada kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlu bijak untuk mengasuh anak dengan cara yang betul.
Jom kita baca 10 tip mudah ini. Amalkan dalam kehidupan seharian kita. Selamat mencuba!
1.Nama panggilan yang baik.
Jadi berikan nama anak dengan makna yang elok. Makna nama yang elok membantu membentuk peribadi mulia anak.
2.Pelukan setiap hari.
Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3.Pandangan kasih sayang.
Ia membuatkan anak anda lebih yakin diri. Anak yang mempunyai identiti yakin dan berani adalah ceminan ibu bapa yang positif dalam mendidik anak.
4.Penghargaan.
Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5Terima seadanya.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat silap.
6.Jangan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Biarpun mereka melakukan kesilapan atau anda dalam kepenatan. Cubalah memberikan senyuman buat anak anda.
7.Dengarlah cerita anak.
Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda mula bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
8.Tenangkan anak.
Jika setiap kali mereka melakukan kesalahan tenangkan dirinya. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh anda.
9.Cara tenangkan diri.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
10.Luangkanlah masa bersama.
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka merasa kepentingan kehadiran mereka dalam keluarga anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Self esteem setiap anak ini asalnya normal. Namun dia boleh jadi rendah apabila kita sebagai orang tua yang duduk di sekelilingnya gagal membangunkan dirinya.
“Jangan panjat, nanti jatuh.”
“Jangan lari-lari.”
Jangan keluar.”
“Jangan macam itu, jangan macam ini.”
Jangan… jangan… jangan… yang akhirnya kebolehan anak terbantut dan keyakinan dirinya rendah.
Akibatnya si anak akan selalu sebut, “abang tak pandai… abang tak tahu nak buat… susahlah.”
Solusinya latih anak dengan diberikan tugasan mudah yang mereka boleh bebas lakukan.
Misalnya, “ikan laga ini abah belikan untuk along, along jaga ye… bagi makan dan hiaskan ‘rumahnya’ ye.”
“Along teman abah pergi kedai jom. Nanti along tolong abah bayarkan ye.”
Beri mereka galakan dan sokongan. Jangan ditegah dan dihalang. Dan satu lagi, adakala gurauan kita yang suka menyakat anak kecil ini jangan sampai ‘berlebih-lebih’.
“Saja nak sakat. Nak tengok dia nangis dengan marah. Comel.”
Hati-hati ye. Kita sedang membentuk karakter pembuli dan amarah dalam dirinya. dan mungkin sedang membunuh semangatnya sehingga menjadi rendah diri kerana selalu dipermainkan dengan gurauan yang tidak sesuai dengan usianya. Anak-anak emosinya berbeza dengan kita. Lebih halus dan tenang.
Jadi jangan sebarang-sebarang dan langgar saja. Apatah lagi membentak dan memukul sesuka hati kita.
Ingat, anak-anak adalah anugerah dan amanah yang mesti dididk memgikut acuan Allah. Bukan mengikut acuan selera tekak kita.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...