Sambal ikan bilis segera yang dijual di kedai sememangnya jadi pilihan kita sebagai penambah rasa dalam sajian kita. Ia sentiasa jadi pilihan kerana ikan bilis kekal rangup malah rasanya cukup sedap.

Nak tahu apa rahsia kerangupan sambal bilis itu? Selalu kita tertanya-tanya. Rupanya inilah rahsianya yang dikongsikan oleh Noriza Jaja. Tiada penambahan air dalam sambalnya. Patutlah kekal rangup. Jom cuba!

Sambal Bilis Kekal Rangup & Sedap, Sama Macam Jual Di Kedai, Ini Rahsianya!


Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari-hari tau. Makan dengan apa saja pun sedap. Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.

SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis -dibasuh dan di toskan hingga kering.
Bawang kecil -dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih -pun dihiris.
Cili kering -di basuh dan keringkan
Asam keping, garam dan gula
Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum @ Tepung Tempura Bestari

Sambal Bilis Kekal Rangup & Sedap, Sama Macam Jual Di Kedai, Ini Rahsianya!

Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye.

Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.

IKLAN

Panaskan api sederhana besar dan goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.

Sambal Bilis Kekal Rangup & Sedap, Sama Macam Jual Di Kedai, Ini Rahsianya!

 

Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.

IKLAN

Cili kering tadi digoreng dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye.

Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.

Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.

Sambal Bilis Kekal Rangup & Sedap, Sama Macam Jual Di Kedai, Ini Rahsianya!

IKLAN

 

Siap untuk dinikmati.

 

Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yang dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Ayam Goreng Dengan Gulai Sambal Belacan Nasi Ala Kak Wok Simple-Tapi Sedap Merecik!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI