Hidangan pencuci mulut merupakan hidangan yang digemari rakyat Malaysia. Siapa je tak suka manisan? Kanak- kanak pun suka tau. Lagi- lagi manisan yang dihidangkan sejuk. Buat buat badan segar terutamanya pada cuaca sekarang. Para ibu boleh lah buat manisan untuk anak- anak makan selepas balik sekolah.
Antara manisan yang boleh dihidangkan untuk anak dan suami ialah puding karamel dan telur. Hidang sejuk- sejuk untuk family. Bahan nak buat pun senang je nak cari. Kos pun tak terlalu mahal. Jom lihat resipi puding karamel dan telur yang dikongsikan.
Resipi ini dikongsikan oleh Rose Aien Ramli di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI PUDING KARAMEL DAN TELUR
Sumber foto: Facebook Rose Aien Ramli
Puding caramel dan telur.
Bahan- bahan untuk bahagian bawah: – 5 sudu gula pasir (buat jadi caramel, cara sama macam nak buat gula hangus untuk puding) – 600mk air – 3 sudu gula pasir – ½ sudu makan serbuk agar- agar – 2 biji kuning telur
Ads
Cara- cara masak bahagian atas: 1. Masak semua sekali sehingga mendidih. 2. Kemudian, kacau kuning telur tuang dalam adunan agar- agar yang tengah mendidih tadi. 3. Kacau sekejap kemudian tutup api. 4. boleh tuang dalam bekas acuan (isi separuh sahaja).
Sumber foto: Facebook Rose Aien Ramli
Bahan- bahan untuk bahagian atas: – 500ml susu cair – 100ml air – ½ sudu serbuk agar- agar – 2 biji kuning telur – 6 sudu besar susu pekat (nak manis boleh tambah) – 1 sudu kecil esen vanilla – 1 sudu besar tepung kastard
Cara- cara masak bahagian atas: 1. Masak semua sekali hingga mendidih, kemudian boleh penuhkan acuan tadi.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. para ibu boleh cuba buat di rumah. Buat bersama anak lagi baik. Anak boleh belajar memasak walaupun hidangan simple sahaja. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba. Namanya tauhu bunga. Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang.
Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu putih, beberapa jenis sayuran dan inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali hendak menikmatinya, pasti tak akan menyesal kerana teksturnya ranggup di luar dan lembut di dalam.
Berikut perkongsian dari Puan Noris Nora dan patut anda cuba.
Sebelum viral tauhu bergedil, saya suka buat tauhu sumbat goreng @ tauhu terbalik @ tauhu bunga ni…
Tips – adunan inti tu macam cekodok lembut-lembut, jika kering sangat, sila tambah telur. Kegunaan telur tu untuk melekatkan semua bahan-bahan inti dalam kulit tauhu.
TAUHU TERBALIK (Tauhu Bunga)
* 25 biji tauhu kering
-potong X di atas tauhu dan terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
* 5 biji tauhu putih – di lecek.
* 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
* 2 pokok daun sup
* 1/2 batang carrot di sagat panjang
* 2 biji cili merah besar di hiris.
* 3 biji telur
* Serbuk perasa ayam
* Garam
* Lada sulah
(Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak)
Cara-cara membuatnya:
– Gaul semua bahan-bahan ni sampai sebati. Sumbat dalam tauhu terbalik tu..
– Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
– Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng. Tauhu ni sedap garing-garing. Rangup sangat kulitnya.
– Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan sayur yang direbus setiap hari, apa kata ubah selera berpantang dengan resipi yang cukup istimewa untuk diri sendiri. Blackpaper Roasted Salmon atau Salmon Panggang Lada Hitam ini antara menu istimewa untuk anda yang berpantang. Bukan hanya berpantang, bagi ibu yang sedang berdiet pun amatlah sesuai.
Namun bagi yang berpantang, gantikanlah kentang dengan bawang putih goreng dan nasi panas yang pastinya membuatkan tubuh lebih hangat. Resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini nampak cukup menarik. Jom cuba.
Haaa selalu dengar chicken roasted je kan kan. Pastu kalau sebut salmon mesti ramai yang grill grill aje. Kalini cheyah buat resepi paling senang atas muka bumi dan paling enak sekali. Jom terjah resepi.
Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
1/2 biji carrot potong memanjang
2 biji ubi kentang potong empat
1/3 brokoli
Secubit garam
1. Tumbukkan bawang putih, lada hitam bersama garam. Tumbuk bagi lumat dan biji lada hitam hancur tak berketul.
2. Lumurkan pada ikan salmon. Lumur bagi sebati dan kedua belah kena serta perap selama 2 minit sahaja.
3. Taburkan bahan-bahan sayuran lain tu. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius dengan api atas bawah.
4. Masukkan salmon kita tadi. Bakar selama 25 minit. Tak perlu terbalikkan dia. Biar je dia masak. Hihi
Waktu berpuasa ni, banyak betul rasa teringin nak makan macam-macam. Salah satunya kuih orang lama macam bengkang, kuih bakar atau bingka. Rasa lemak dan manis-manis manja kuih stail lama ni memang memikat selera. Baunya pula, kalau dibuat harum satu rumah!
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.
Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah: 🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat 🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S 🍠1 cawan Gula Pasir 🍠½ sudu kecil Garam 🍠Sedikit Pewarna Kuning
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat. Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.
2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas. Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha. Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu.. Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..
3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.
4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan. Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa. Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼
6. Masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.
8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.
10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..
Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
ALL THE BEST & SELAMAT BERPUASA!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.