Tak cukup sambal biasa, sambal bilis sentiasa menjadi pilihan untuk bercuti, lebih-lebih lagi bercuti ke luar negara. Namun macam mana nak hasilkan sambal bilis yang sedap dan kekal rangup?

Perkongsian resipi Sambal Bilis yang dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert’s Post ini memang lain macam. Rupanya ada cara nak kekalkan kerangupannya. Jom!

Sambal Ikan Bilis Kekal Rangup Dengan Teknik Ni, Memang Power & Sedap!


Masak sambal bilis garing bekal untuk suami naik off shore. Mudah dan sedap.
Resepi mudah cara saya.

Bahan-bahan:
500 gram ikan bilis halus (goreng sampai garing)
50 gram cili kering (saya guna chili kering thai tu, tersangat la pedas jadi 50 gram dah cukup bagi saya, nak pedas tambah la lagi ya)
2 ketul kiub ikan bilis,
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Saya buat proses mengoreng dua kali untuk bagi ikan bilis rangup. Goreng yang pertama toskan & biarkan sampai sejuk. Baru goreng kedua sampai garing.

IKLAN

Cili kering ni saya potong kecik-kecik, basuhkan dan goreng sampai garing. Krup krap gitu.

Bila dah sejuk kisar sekejap, jangan halus sangat. Ketepikan.

Sambal Ikan Bilis Kekal Rangup Dengan Teknik Ni, Memang Power & Sedap!

IKLAN

Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Tumis kiub ikan bilis, masukkan gula dan garam. (saya mengunakan sudu teh sukatan untuk buat kek tu).

Bila dah mencair masukkan ikan bilis goreng tadi dan cili kering tadi. Kacau-kacau sampai sebati.

Sedap dimakan begitu sahaja!

IKLAN

Menarik: Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Sambal Ikan Bilis Kekal Rangup Dengan Teknik Ni, Memang Power & Sedap!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI