Siapa kata anak kecil tak boleh makan sambal? Anak- anak kecil pun boleh makan sambal juga tau. Tapi bahannya haruslah sesuai dengan usia anak- anak. Tak boleh pedas seperti sajian biasa. Bimbang anak- anak akan sakit perut pula nanti. Cara nak buat pun senang je tau hidangan ini.

Para ibu boleh campuarkan banyak sayur untuk menambah khasiat dalam pes sambal untuk anak- anak supaya anak- anak lagi sihat tubuh badannya. Pes sambal boleh digunakan untuk makan bersama ikan, ayam, udang, sotong dan lain- lain. Satu pes sambal boleh dipelbagaikan. Mudah untuk para ibu yang bekerja. Tinggal panaskan je.

Jom lihat resepi pes sambal yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Efa di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.

RESEPI PES SAMBAL

Sambal Ikan Versi Baby, Masih Sedap Walaupun Tanpa Gula Dan Garam. Sedap Berkhasiat!
Sumber foto: Facebook Nur Efa

Menu anak 1 tahun 2 bulan | Corrected age (CA) 10 bulan. Sambal ikan versi baby… no salt and no sugar pun sedap.
Bahan- bahan:
– Capsicum merah 1 biji (buang biji- biji dalam tu)
– Bawang besar 1 biji
– Bawang putih 3- 4 ulas
– Carrot (separuh sahaja) *optional*

Cara- cara:
1. Kisarkan kesemua bahan dan boleh bungkuskan kecil- kecil dan simpan dalam peti sejuk.

IKLAN

Bahan- bahan lain:
– Ikan (ikut suka hati nak guna ikan apa) dan lumur dengan serbuk kunyit sikit.
– Serbuk ikan bilis saya beli jenama Izzly
– Sedikit minyak masak

Cara- cara:
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Kemudian, asingkan isi dari tulang. (boleh guna ikan tenggiri jika risau anak tertelan tulang)
3. Tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak.
4. Kemudian, masukkan serbuk ikan bilis, nak sedap lagi… boleh letak unsalted butter untuk buatkan sambal tu rasa lebih lemak.

Selamat mencuba!

IKLAN

Baca Juga:

Serawa Durian Dan Serabai, Kombinasi Yang Sedap Untuk Pencuci Mulut! Pasti Makan Bertambah.

Resipi Tauhu Pedas Dan Cendawan Telinga Kayu, Sajian Homemade Rasa Restoran! Pasti Berselera.

IKLAN

Rasa Berlemak Dan Tekstur Lembut, Resepi Puding Karamel Dan Telur, Penyejuk Tekak Cuaca Panas!

Mudah je resepi pes sambal versi baby ni. Jimat masa nak buat. Bahan pun tak terlalu banyak nak digunakan. Boleh beli di kedai berdekatan rumah je. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sambal Ikan Versi Baby, Masih Sedap Walaupun Tanpa Gula Dan Garam. Sedap Berkhasiat!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI