Sambal Penyet Pedas Menyengat Untuk Berbuka, Paling Senang & Sedap, Patutlah Share Sampai 36K!

Share

Makanan pedas sudah semestinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa bersama keluarga. Tak sah jika tiada menu bersambal mahupun sambal belacan pelengkap hidangan. Sajian Nasi Ayam Penyet yang lengkap dengan ayam, sambal dan sayur-sayuran ini sebenarnya menu paling senang malah menjimatkan masa ibu di dapur.

Jika anda memilih ayam penyet, resipi yang dikongsikan oleh Puan Jida Jat ini wajib anda cuba. Paling senang malah mendapat perkongsian sebanyak 36 ribu di facebook. Memang awesome!

Resipi wajib cuba: Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka, Punyalah Wangi dan Sedap, Patutlah Viral!


Resepi Cabai Penyet

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cabai merah
20 biji cabai melaka hijau
3 biji tomato
Belacan sikit (nak masukkan ikan bilis pun boleh)

Goreng bahan-bahan cabai penyet tuu, macam dalam gambar di atas. Dah layu toskan. Boleh blender atau tumbuk. Saya tumbuk jaa.

Masukkan perasa sesedap rasa.

Bahan Ayam Goreng

Bahan-bahan:
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Kunyit sikt
Rempah kari daging sikit
Sedikit perasa

Gaul-gaulkan ayam tadi dan goreng.

Bahan Tempe

Hampa p beli hat siap kat kedai, balik goreng ja. Tak yah dok rendam soya bagai nak buat pulakk.

Bahan-bahan ulamnya

Salad
Kacang Panjang
Timun

Ringkas-ringkas jaaa. Selamat Mencuba Gaiss

IKLAN