Sambal Sotong Lagi Sedap & Power Masukkan Bahan Ni, Nasi Mesti Bertambah!

Share

Walaupun senang dan ringkas namun membuat sambal sotong adakalanya selalu kurang menjadi. Ada saja tak kena dengan rasanya.

Nak sedapkan sambal sotong anda? Resipi perkongsian Pn Zurina Zulkefli dengan penambahan bahan yang satu ini buat sambal sotong cukup sedap. Jom cuba!


Sambal sotong di dapur mertua.

Bahan-bahan:
Sotong
5 sudu cili kisar -ikut kuantiti sotong
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Asam keping
Garam gula secukup rasa

Sotong segar beli pagi tadi. Saya siang tak buang kulit. Cuma buang dakwat, mata dan bersihkan isi dalam sotong sebaiknya sebab taknak kuah ada rasa serpih-serpih.

Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau.

Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak. Cili kering kisar mak mertua memang sediakan. Cili kering di rendam dalam air panas, toskan kemudian blend dengan minyak masak.

Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.

Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air.

Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping.

Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula. Ya ampun, saya boleh buat termasin tadi. Jadi terpaksa guna sedikit gula untuk seimbangkan rasa.

Siap, mohon maaf andai terkurang.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN