Keibubapaan

Sambil Jaga Anak, Fedtri Yahya Masak Pelbagai Menu Masa PKP. Kongsi Resipi Rempeyek Campak-campak. Semua Orang Boleh Buat!

Share

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular, Fedtri Yahya.

Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program yang ditugaskan, malah dia juga sangat dikenali dengan pengusaan bahasa puitis yang cukup indah.

Mengintai ke akaun Facebook milik ayah kepada empat cahaya mata ini, sepanjang musim PKP dilaksanakan Fedtri rajin masuk ke dapur dan mencuba pelbagai jenis resipi untuk dikongsikan kepada warga net.

Apa yang dikongsikan kebanyakkannya cukup ringkas dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Baru-baru ini sambil menjaga anak dengan berlatar belakangkan suaranya yang cukup petah menyusun ayat, Fedtri berkongsi resipi rempeyek yang rangup buat kudapan waktu petang bersama keluarga.

Fedtri dengan suara lunaknya cuba membuat rempeyek. Menurutnya resipi ringkas ini sesuai untuk dijadikan hidangan ketika Ramadan nanti untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.

Resipi Rempeyek Campak-campak Fedtri Yahya

Bahan-bahan:

Tepung Beras

Serbuk Jintan Putih

Serbuk Jintan Manis

Ikan Bilik – ditumbuk

Bawang Putih – ditumbuk

Telur

Sedikit Air

Serbuk Kunyit

Serbuk Cili

Kacang Tanah (Untuk ditabur kemudian)

Cara penyediaan:

  1. Gabungkan semua tepung gandum, serbuk jintan putih, jintan manis, bilis dan bawang putih yang ditumbuk bersama telur.
  2. Tambah Air dan gaul sekata
  3. Tambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili
  4. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Celupkan sudip atau senduk yang digunakan sebagai acuan dalam minyak
  5. Tuang adunan pada senduk tadi dan taburkan kacang tanah.
  6. Goreng sehingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
  7. Siap!

Sempat Fedtri berseloroh rempeyek yang dibuat ini hanya eksperimen pertama dan sesuai untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.

Jadi untuk siapa yang nak cuba dan teringin nak makan rempeyek boleh tengok video yang dikongsikan. Para suami pun boleh cuba buat macam Fedtri Yahya. Terbaiklah!

Sumber: Feidtri Yahya

 

 

 

IKLAN