Sebagai ibu bapa, mencari lokasi untuk menganjurkan parti hari jadi untuk anak anda sememangnya satu perkara yang memeningkan. Jangan risau! Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah memikirkannya kerana pengendali pawagam terkemuka Malaysia, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah melancarkan pakej “GSC Play Birthday & Movie Party”, yang kini tersedia di 13 pawagam terpilih di seluruh negara.*
Dengan GSC Play, ibu bapa (dan kanak-kanak) boleh meraikan hari jadi mereka semuanya sebumbung dengan filem, makanan, pek parti dan deko menarik bersama Pakej “GSC Play Birthday & Movie Party” yang dilancarkan di seluruh negara!
Pengalaman yang menyeluruh dan menyeronokkan untuk si manja!
Sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak seawal usia tiga tahun, mahu pun sesiapa yang berjiwa muda, tidak perlu risau lagi kerana pakej ‘GSC Play Birthday and Movie Party’ ini menawarkan pengalaman menyeluruh bagi mereka yang meraikan hari jadi bersama rakan-rakan.
Pengalaman menyeronokkan selama tiga jam ini bukan hanya melibatkan tontonan filem bahkan termasuk masa bermain, ‘Play Meals’ yang didatangkan bersama aneka snek dan minuman, serta mainan misteri; stoking anti-gelincir bertemakan Jesse and Friends dan banyak lagi barangan dalam Pek ‘Take Home Play’ untuk tetamu bawa pulang!
Bercakap tentang impian kanak-kanak, mereka yang meraikan hari jadi akan dihadiahkan selimut ‘hoodie’ bertemakan Jesse & Friends. Selain itu, tetamu yang hadir akan dapat menonton filem yang mesra keluarga bersama-sama**! (**Tertakluk kepada waktu tayangan filem untuk bulan tersebut dan ketersediaan filem-filem yang lalu).
Ads
Anda hanya perlu menghantar jemputan dan kami akan uruskan semuanya!
Bilik dan ruang di sekitar GSC Play ini menawarkan suasana yang meriah, berwarna-warni dan selamat, menjadikannya ruang yang ideal untuk kanak-kanak bermain sepuasnya semasa di sana.
Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang hiasan dan deko untuk menceriakan ruang sambutan kerana pakej ‘GSC Play Birthday & Movie Party’ ini akan memasang latar belakang mengikut tempahan anda, ruang bergambar, semuanya untuk hari gembira anak anda.
Ads
Pada masa akan datang, GSC Play juga akan memperkenalkan persediaan bertemakan filem yang menampilkan karakter filem kegemaran mereka untuk pengalaman yang pastinya meninggalkan kenangan dan ingin dialami lagi oleh anak anda. Nantikan maklumat terkini tentang tema-tema yang tersedia.
Keselamatan Anak Juga Terjamin!
Di samping itu, keselamatan kanak-kanak merupakan keutamaan ibu bapa. Untuk itu, kami menyediakan kakitangan terlatih bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat semasa bermain dan bergembira. Seterusnya, semua bilik di GSC Play dilengkapi dengan kemudahan mesra keluarga seperti bilik air mesra kanak-kanak dan bilik persalinan bayi.
Ads
Bagi ibu bapa yang mahukan lebih banyak pilihan makanan yang mesra kanak-kanak, mereka yang meraikan hari jadi di GSC IOI City Mall 2 (East) layak untuk menambah aneka snek dan makanan seperti kepak ayam goreng, kentang goreng, sosej, spageti, dan banyak lagi, serta diskaun 15% daripada Menu Hari Jadi kami!
Lokasi yang menawarkan Pakej ‘GSC Play Birthday & Movie Party’ adalah seperti berikut:
Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Zaman sekarang ni bukan lagi zaman kita boleh sandarkan hidup pada harta mak bapak. Mak bapak kita, tak macam orang dulu, bukan jenis yang ada tanah berbatu-batu, yang boleh diwariskan sampai ke anak cucu.
Generasi mereka ni, kebanyakannya masih berjuang untuk cukupkan keperluan keluarga sendiri – ada yang masih berhutang dengan bank, rumah pun ada yang masih menyewa, hutang tak habis walaupun usia makin lanjut.
Sebagaimana perkongsian saudara Firdaus Shakirin ada benarnya untuk kita muhasabah diri.
Zaman sekarang bukan zaman mengharapkan harta mak bapak. Mak bapak kita tak berharta sangat pun mcm orang dulu.
Generasi dulu boleh la ada 2, 3 bidang tanah…tanah kebun, tanah sawah, tanah kiri kanan depan belakang rumah. Generasi mak bapak kita ni, tanah yg dok sekarang pun masih nama beberapa orang…ada juga mak bapak yg rumah masih hutang bank, bulan-bulan bayar ansuran…ada mak bapak yg rumah pun masih menyewa.
Umur dah 50, dah 60, hutang tak setel lagi. Kita yang anak-anak ni, andai sihat tubuh badan, andai dah meningkat dewasa, maka carilah kerja, buatlah harta sendiri walaupun harta tu sebiji motor, sebiji kereta.
Jangan letak sedikit pengharapan pun utk mewarisi harta mak bapak kita…Jangan… Org tua sekarang tak banyak harta yg nak ditinggalkan utk anak-anak kongsi dan guna bersama.
Kita cari sendiri, buat harta sendiri. Nanti Tada de apa-apa kekecewaan atau konflik bila kita tak dapat apa-apa daripada mak bapak. Kita sendiri sedar dan tahu yang diorang tu tak ada apa-apa unguk direbutkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bawah tiga tahun memang selalu suka mengamuk sampai hempas-hempas badan. Situasi itu tentunya membuatkan ibu bapa menjadi bingung. Tertanya-tanya mengapa anak mereka jadi begitu.
Bagi ibu bapa yang selalu sangat mengalami situasi ini bila berdepan dengan anak usia setahun ke atas, elakkan bertindak mengikut perasaan. Perkongsian dari Ibu Rose yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini sangat bermanfaat.
Anak 3 Tahun Ke Bawah Suka Mengamuk, Hempas Badan
Sayang, rileks ya. Jangan stress stress, nanti cepat tua. Abis susut kejelitaanmu. Baik, demi meredakan keresahan, biar ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Mama & Papa Jangan Bertindak Ikut Perasaan
PADA USIA 3 TAHUN BARULAH LAPISAN KEDUA ATAU OTAK TENGAH ANAK BERKEMBANG. BAHAGIAN OTAK INI MENJAGA EMOSI DAN KESIHATAN. PADA KETIKA INI BARULAH ANAK-ANAK MEMIKIRKAN ORANG LAIN DAN SEDAR LEBIH MENGENAI KEWUJUDAN ORANG LAIN. PADA MASA INI JUGA BARULAH EQ ANAK MULA BERKEMBANG DAN DIA MULA FAHAM UNTUK BERTOLAK ANSUR.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun ke atas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Haa..sekarang dah faham tak kenapa anak 2 tahun mengamuk? Selepas ini ibu ayah jangan bertindak ikut perasaan tetapi terus tegur dengan cara betul agar anak boleh memahami secara berperingkat mengikut usianya.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...