Ads

Nak Bawa Anak Tengok Perarakan Merdeka, Ibu Ayah Semak Jalan Ditutup & Laluan Ke Putrajaya

Bagi ibu ayah yang merancang membawa anak-anak merasai sendiri kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, bolehlah mula merancang perjalanan dari sekarang. Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada Isnin, 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi.

Membawa anak menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan secara langsung tentunya memberikan pengalaman yang berbeza berbanding hanya menontonnya di televisyen. Anak-anak dapat melihat sendiri perarakan, anggota keselamatan, kontinjen, persembahan serta kemeriahan rakyat Malaysia berkumpul meraikan hari bersejarah negara.

Tahun ini, sambutan membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dan orang ramai turut diundang hadir bersama keluarga serta insan tersayang.

Namun, sebelum keluar rumah bersama anak-anak, ibu ayah perlu tahu bahawa beberapa jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup secara berperingkat bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2026 bagi memberi laluan kepada sesi latihan, raptai dan sambutan rasmi Hari Kebangsaan.

Dengan kehadiran pengunjung yang dijangka mencecah sekitar 80,000 orang, perjalanan juga mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa. Jadi, elakkan keluar pada saat akhir terutama jika membawa bayi atau anak kecil.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026: Penutupan Jalan Bermula 26 Ogos

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), penutupan jalan bagi sesi Raptai Skeleton bermula pada 26 Ogos hingga 28 Ogos.

Sepanjang tempoh berkenaan, Persiaran Perdana akan ditutup sepenuhnya bermula dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari.

Bagi sesi raptai pada 28 dan 29 Ogos, lapan jalan utama pula akan ditutup dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Fadil Marsus berkata, penugasan itu membabitkan kawalan keselamatan dan trafik di lokasi strategik, kawasan tumpuan awam serta laluan utama menuju ke lokasi sambutan.

“Kehadiran pengunjung pada sambutan kali ini dijangka mencecah 80,000 orang, justeru orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan tiba lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lokasi dan jalan yang terlibat ialah:

  • Dataran Putra
  • Persiaran Perdana
  • Laman Perdana
  • Jalan P2a
  • Jalan P2t
  • Jalan P2s
  • Jalan P2w
  • Jalan P2y

Jadi, bukan sahaja mereka yang mahu menghadiri raptai perlu mengambil perhatian. Ibu ayah yang mempunyai urusan lain di sekitar Putrajaya pada tarikh berkenaan juga disarankan merancang laluan lebih awal bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Ads

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

30 Hingga 31 Ogos, Penutupan Lebih Besar

Nak Bawa Anak Tengok Perarakan Merdeka, Ibu Ayah Semak Jalan Ditutup & Laluan Ke Putrajaya

Penutupan jalan secara lebih menyeluruh pula akan bermula pada pukul 5.00 pagi, 30 Ogos sehingga pukul 6.00 petang, 31 Ogos.

Dalam tempoh ini, kawasan Core Island Putrajaya akan ditutup sepenuhnya, termasuk beberapa laluan serta jambatan utama.

Antara jambatan yang terlibat ialah Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan.

Bagaimanapun, Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia akan kekal dibuka sebagai akses. Dua laluan ini boleh diberi perhatian oleh ibu ayah yang masih perlu bergerak di sekitar Putrajaya sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Beberapa jalan lain turut terjejas termasuk Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat serta Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAS).

Bawa Anak Ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026? Pengangkutan Awam Mungkin Lebih Mudah

Kalau membawa anak-anak, ibu ayah mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam berbanding memandu terus menghampiri kawasan sambutan.

Ads

Rapid KL akan melanjutkan operasi perkhidmatan rel dan bas terpilih kepada 24 jam pada 30 dan 31 Ogos. Operasi ini melibatkan semua perkhidmatan rel Rapid KL termasuk LRT, MRT dan Monorel.

Sebanyak 103 bas perantara percuma turut disediakan untuk membawa pengunjung ke kawasan sambutan.

Laluan MS01 akan bergerak dari Stesen Putrajaya Sentral ke Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, bermula pukul 2.00 petang pada 30 Ogos hingga 2.00 petang pada 31 Ogos.

Laluan MS02 pula bergerak dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Jalan Tun Hussein, Presint 3, dari pukul 4.00 pagi hingga 2.00 petang pada 31 Ogos.

KLIA Transit Pun Ada Diskaun 50 Peratus

Satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan keluarga ialah KLIA Transit.

Express Rail Link (ERL) menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang pergi balik KLIA Transit terpilih yang melibatkan Stesen Putrajaya & Cyberjaya untuk perjalanan pada 29 hingga 31 Ogos 2026.

Promosi ini antaranya melibatkan perjalanan KL Sentral–Putrajaya & Cyberjaya dan Bandar Tasik Selatan–Putrajaya & Cyberjaya.

Menariknya untuk keluarga, kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah boleh menaiki KLIA Transit secara percuma bersama pemegang tiket dewasa, tertakluk kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap penumpang dewasa.

Ads

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ibu Ayah, Buat Persediaan Awal Ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Jika mahu membawa anak melihat sambutan Merdeka, cuba datang lebih awal dan jangan lupa sediakan keperluan anak seperti air minuman, makanan ringan, topi, pakaian yang selesa serta barangan keperluan bayi jika ada.

Dalam suasana yang dijangka sesak, pastikan anak sentiasa berada dekat dengan ibu ayah. Bagi anak yang sudah boleh berjalan sendiri, ibu ayah juga boleh memastikan mereka menghafal nombor telefon ibu atau ayah, atau menyediakan kad kecil yang mempunyai nombor untuk dihubungi sekiranya terpisah.

PDRM turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan, tidak membawa barangan berbahaya serta sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan barangan peribadi.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai kawalan lalu lintas di Putrajaya, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Putrajaya di 03-8886 2222.

Membawa anak menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 boleh menjadi pengalaman yang cukup bermakna dan satu cara memperkenalkan semangat cintakan negara kepada mereka sejak kecil. Cuma dengan jumlah pengunjung yang ramai serta beberapa laluan utama ditutup, perancangan awal sangat penting supaya pengalaman Merdeka bersama keluarga kekal menyeronokkan dan tidak bertukar menjadi perjalanan yang memenatkan.

Sumber: MKN, Berita RTM1,2, 3, Klia

Nak Bawa Anak Tengok Perarakan Merdeka, Ibu Ayah Semak Jalan Ditutup & Laluan Ke Putrajaya

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Waspada Apabila Kepala Bayi Terhentak, Ini Tanda Bahaya Yang Ibu Ayah...

Bayi terhantuk kepala selepas terjatuh? Ketahui tanda bahaya, risiko gegaran otak dan keadaan yang memerlukan pemeriksaan perubatan segera.