Ads

Sambutan Hari Lahir Ke-5 Rina Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!

Sambutan Hari Lahir Ke-5 Rina Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim & Maryam Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!

Sambutan hari lahir anak sememangnya menjadi antara momen paling bermakna buat setiap ibu ayah. Tidak semestinya perlu mengadakan majlis besar-besaran atau mengeluarkan belanja yang banyak, cukup sekadar meraikannya bersama keluarga tersayang.

Begitulah cara pasangan pempengaruh popular, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae, meraikan ulang tahun kelahiran kelima cahaya mata kesayangan mereka, Nik You Rina, baru-baru ini.

Menariknya, sambutan hari lahir Rina kali ini mendapat perhatian dan pujian ramai kerana diraikan secara sederhana, tanpa acara meniup lilin mahupun dekorasi yang berlebihan.

Walaupun tidak mengadakan sambutan mewah, kemeriahan dan kegembiraan tetap terasa apabila hari istimewa itu diraikan bersama ahli keluarga tersayang.

Sambutan Hari Lahir Ke-5 Rina Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!Lilin!

Ryzal Ibrahim Kongsi Pengalaman Lima Tahun Bergelar Bapa

Menerusi perkongsian di media sosial, Ryzal turut meluahkan rasa syukur apabila genap lima tahun menjalani kehidupan sebagai seorang bapa.

Baginya, sepanjang tempoh membesarkan Rina, terlalu banyak perkara baharu yang dipelajari, selain tanggungjawab untuk terus mendidik dan membimbing anak menjadi insan yang baik.

“Tahun ke-5 menjadi Ibu bapa. Banyak saya pelajari dan perlu ajari.”

Ungkapan ringkas itu cukup menggambarkan perjalanan Ryzal dan Maryam dalam membesarkan anak perempuan mereka yang kini semakin meningkat usia.

Ads

Dalam tempoh lima tahun ini, pastinya pelbagai pengalaman dan kenangan telah dilalui bersama, daripada melihat perkembangan awal Rina sehinggalah menyaksikan anak kesayangan mereka semakin membesar.

Sambutan Hari Lahir Ke-5 Rina Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!Lilin!

Sambutan Hari Lahir Rina Tanpa Tiup Lilin & Topeng Hantu

Apa yang menarik perhatian ramai adalah cara Ryzal dan Maryam meraikan hari lahir Rina dengan mengekalkan konsep sederhana meskipun tarikh kelahirannya jatuh pada bulan yang sama dengan sambutan Halloween.

Menurut Ryzal, perkara itu sudah menjadi kebiasaan setiap tahun apabila tiba ulang tahun kelahiran anaknya.

Malah, Ryzal menjelaskan bahawa sejak Rina berusia setahun, mereka tidak pernah menjadikan acara meniup lilin, pemakaian topeng hantu atau sambutan berlebihan sebagai sebahagian daripada tradisi hari lahir anaknya.

Ads

“Setiap kali hari kelahiran Rina, sambutan Halloween jatuh bulan sama.”

“Alhamdulillah, 5 tahun berturut-turut saya kekalkan sambutan hari lahir tanpa lilin, tanpa topeng hantu, tanpa berlebihan.”

Bagi pasangan ini, sambutan yang sederhana tetap mampu mencipta kenangan indah, lebih-lebih lagi apabila diraikan dalam suasana penuh kasih sayang bersama keluarga.

Walaupun setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak, pilihan Ryzal dan Maryam ini memperlihatkan bahawa hari istimewa tetap boleh diraikan dengan penuh kegembiraan tanpa perlu mengikut kebiasaan sambutan yang meriah.

Sambutan Hari Lahir Ke-5 Rina Dipuji Ramai, Ryzal Ibrahim Pilih Cara Sederhana Tanpa Tiup Lilin!Lilin!

Ads

Ramai Puji Cara Ryzal & Maryam Raikan Hari Lahir Anak

Kesederhanaan sambutan hari lahir Rina turut menjadi perhatian warganet yang memuji pilihan pasangan berkenaan untuk tidak meraikannya secara berlebih-lebihan.

Walaupun Ryzal dan Maryam dikenali sebagai pasangan pempengaruh yang mempunyai ramai pengikut di media sosial, mereka tetap memilih untuk menyambut hari istimewa anak dalam suasana kekeluargaan.

Sebaliknya, masa yang diluangkan bersama keluarga dan kegembiraan anak pada hari istimewanya juga mampu menjadi kenangan yang cukup bermakna.

Selamat ulang tahun kelahiran yang kelima buat Nik You Rina! Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat, bijak, baik hati dan sentiasa menjadi penyejuk mata buat ibu dan ayah.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Thread 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Meroyan Bukan Sebab Ibu Tak Cukup Berpantang! Ini Penjelasan Saintifik Tentang...

Meroyan selepas bersalin bukan kerana tak cukup berpantang. Ketahui 7 fakta penting tentang hormon, kemurungan, nifas dan kesihatan mental ibu.