Selepas kejayaan mengungguli Terbuka China, Nur Izzuddin Rumsani, pemain beregu profesional negara, menerima khabar gembira yang lain apabila beliau dan isterinya, Mawar Mutiara, telah dikurniakan cahaya mata sulung mereka.
Berita menggembirakan ini dikongsikan oleh Mawar melalui Instagram, memaparkan gambar manis mereka bersama bayi yang baru lahir.
Lebih istimewa, pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka pada hari yang penuh bermakna—ulang tahun perkahwinan pertama mereka, 23 September. Dalam hantaran itu, Mawar menyatakan, “Setahun sudah kita dalam dakapan cinta, kini diberkati dengan anugerah kehidupan baru. Selamat ulang tahun pertama, sayangku.”
Ads
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah serta doa kepada pasangan ini. Salah seorang pengguna Instagram, wiena_153, menulis, “Gelaran Super 1000 (Terbuka China) rezeki anak rupanya. Tahniah kepada kedua-dua anda!” Manakala, nur_pyja pula mengulas, “Betullah orang cakap, rezeki anak itu luas. Tahniah!”
Izzuddin dan rakan gandingannya, Goh Sze Fei, telah meraih kejayaan yang memberangsangkan dalam arena badminton, dengan ganjaran keseluruhan mencecah RM892,000 dalam tempoh kurang sebulan. Kemenangan terbesar mereka sudah tentu di Terbuka China yang bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000, di mana mereka membawa pulang AS$148,000 (RM622,000).
Ads
Sebelum itu, mereka juga berjaya menjuarai Terbuka Jepun yang bertaraf Super 750, memperoleh AS$62,900 (RM264,000). Walaupun mengalami kekecewaan di Terbuka Korea Selatan dengan tersingkir awal, harapan masih tinggi untuk kejohanan seterusnya di Terbuka Hong Kong (Super 500) di mana mereka meraih AS$1,575 (RM6,622) selepas mara ke peringkat 16 terbaik.
Ads
Dengan berita gembira ini, kami mengucapkan tahniah kepada Nur Izzuddin dan Mawar Mutiara di atas anugerah kehidupan baru yang mendamaikan ini. Semoga keluarga mereka sentiasa diberkati dengan kebahagiaan dan kejayaan.
Kesihatan keluarga amatlah penting bagi setiap keluarga. Malah untuk mendapatkan rawatan, kita pasti akan memilih klinik mahupan hospital yang menawarkan perkhidmatan terbaik serta memberi keselesaan untuk mendapatkan rawatan.
Begitu juga apabila mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan sewaktu hamil. Ramai ibu hamil lebih selesa dan selektif memilih klinik yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kehamilan bagi memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan serta rawatan di satu tempat sahaja tanpa perlu dirujuk pada klinik atau hospital lain.
Tahniah! Klinik Dr Alyna merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma
Klinik Ibu Dan Anak Yang Moden Dan Serba Lengkap
Klinik Dr Alyna merupakan klinik swasta untuk seisi keluarga yang menyediakan rawatan dan perkhidmatan seperti rawatan perubatan am, ibu mengandung, kanak-kanak, pembedahan kecil, sakit kulit, sports injury dan lain-lain.
Memiliki tiga cawangan iaitu di Wangsa Maju, Kota Damansara dan Putrajaya, Klinik Dr Alyna menjadi pilihan kerana mempunyai peralatan perubatan yang serba lengkap dan moden.
Setiap alatan adalah mengikut spesifikasi perubatan terkini seperti mesin Scan 4D & 5D, mesin Full Blood Count, mesin periksa Jaundis bayi, mesin Glukos & Kolesterol, Denggi & Influenza rapid test bagi kemudahan pesakit-pesakit yang mengunjungi Klinik Dr Alyna.
Di sini juga anda boleh mendapatkan rawatan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kahak bagi yang berumur 2 bulan hingga 2 tahun.
Antara prosedur yang dilakukan untuk mendapatkan rawatan sedut kahak di sini adalah nebuliser dan terapi dada.
Pemeriksaan Ibu Mengandung
Bagi pasangan yang sedang menanti kelahiran cahaya mata, pasti anda inginkan pemeriksaan yang terbaik sepanjang kehamilan ini.
Di Klinik Alyna, anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Di sini anda boleh membuat ‘full checkup’ pada setiap bulan bersama DOKTOR WANITA dari awal kehamilan.
Pakej yang ditawarkan juga berpatutan kerana termasuk dengan Ujian darah asas, Detail scan & 4D/5D scan, Scan tumbesaran baby dan jantina serta vitamin untuk ibu mengandung.
Ramai pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan di Klinik Dr Alyna sangat berpuas hati kerana tidak perlu menunggu lama dan masa yang diberikan sangat fleksibel untuk pemeriksaan kandungan bulanan walaupun pada hari minggu dan selepas waktu bekerja.
Bilik scan yang disediakan sangat selesa. Bagi yang menggunakan perkhidmatan di Klinik Dr Alyna ini boleh ditemani suami dan anak-anak apabila melakukan pemeriksaan.
Perancangan Keluarga
Bagi pasangan yang sedang merancang keluarga, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat di Klinik Dr Alyna.
Setiap pasangan akan diberikan penerangan mengenai kaedah yang digunakan untuk merancang keluarga seperti pil perancang, suntikan hormon, pemasangan IUCD dan juga pemasangan Implanon.
Anak-anak Selesa dan Seronok
Di Klinik Dr Alyna, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan atau perkhimatan kerana bilik rawatan yang disediakan adalah mencukupi dan selesa.
Terdapat bilik menyusu yang sangat selesa khas buat anda yang mempunyai bayi kecil dan menyusu badan malah di Klinik Dr Alyna turut menyediakan ruang untuk salinan bayi sekiranya para ibu bapa ingin menukar baju atau lampin bayi.
Anda turut akan dibantu oleh pegawai perkhidmatan yang sangat professional yang akan membantu setiap pesakit bagi mendapatkan rawatan dengan sempurna dan terbaik.
Ruang menunggu yang disediakan juga sangat selesa malah memenuhi piawaian SOP yang ditetapkan serta sentiasa dibersihkan bagi memastikan tahap kebersihan dalam berada pada aras yang memuaskan.
Mesra Kanak-kanak
Di Klinik Dr Alyna turut disediakan satu ruangan khas buat kanak-kanak bagi mengelakkan mereka berasa bosan atau takut untuk berjumpa dengan doktar atau mendapatkan sebarang rawatan di sini.
Bagi yang tinggal di Wangsa Maju, anda boleh mendapatkan rawatan atau membuat pemeriksaan kandungan di sini pada bila -bila masa kerana waktu operasi di cawangan ini adalah 24 jam.
Untuk maklumat tentang jenama ini, anda boleh melayari sosial media Klinik Dr Alyna di Facebook, Instagram dan Tiktok. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi nombor berikut :
03-61507548 / 011- 26203689
03-88615608 / 013- 8606078
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bela kucing tapi bakal dapat baby, bahaya tak? Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu ayah yang sedang menantikan kehadiran si kecil, terutama apabila rumah turut dihuni oleh si bulus kesayangan.
Ada yang risau tentang kebersihan, jangkitan penyakit dan keselamatan bayi. Namun, menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, ibu ayah tidak perlu terlalu bimbang asalkan tahu cara penjagaan yang betul dan menjaga kebersihan, anak dan kucing sebenarnya boleh membesar bersama dengan sihat dan gembira.
Bagi pencinta haiwan, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan — tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Namun, sesetengah ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata memilih untuk menyerahkan kucing kepada orang lain kerana bimbang membahayakan bayi. Hakikatnya, tindakan ini tidak perlu jika rumah dijaga dengan baik. Malah, kehadiran si bulus sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada tumbesaran anak kecil.
Menurut Dr Nisa Khalil, pelbagai kajian menunjukkan bahawa bayi yang membesar dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing mempunyai risiko alergi dan asma yang lebih rendah. Satu kajian di Jepun mendapati, kehadiran si bulus di rumah mampu mengurangkan alahan terhadap makanan seperti telur, gandum dan kacang. Ini kerana pendedahan awal kepada bakteria semula jadi membantu memperkukuh sistem imun bayi.
Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa bayi yang membesar bersama haiwan peliharaan mempunyai 44% kurang risiko jangkitan telinga dan 29% kurang keperluan antibiotik. Ini membuktikan bahawa kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya membantu menguatkan daya tahan tubuh si kecil terhadap pelbagai penyakit berjangkit.
Selain kesihatan fizikal, haiwan peliharaan juga memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi anak. Kajian dari Children’s Hospital Colorado mendapati, mengusap atau bermain dengan kucing boleh mengurangkan stres dan kegelisahan, serta menstabilkan kadar degupan jantung. Anak yang membesar dengan haiwan peliharaan juga lebih ceria dan tenang kerana meningkatnya hormon serotonin yang membuatkan mereka rasa gembira.
Pernah tengok anak kecil ‘bersembang’ dengan kucing? Jangan anggap pelik! Kajian mendapati anak yang biasa berinteraksi dengan haiwan peliharaan menunjukkan kemahiran sosial dan komunikasi yang lebih baik. Mereka lebih mudah berkongsi, bekerjasama dan berempati. Malah, menurut Dr Nisa Khalil, bagi sesetengah anak kecil, arahan kepada kucing boleh jadi antara ayat pertama mereka!
Membesar dengan kucing juga mengajar anak tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Aktiviti mudah seperti memberi makan atau menyikat bulu bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Dari kecil lagi, anak belajar menghargai makhluk hidup dan berlembut dengan haiwan.
Walaupun banyak manfaatnya, Dr Nisa Khalil tetap menegaskan bahawa kebersihan perlu menjadi keutamaan:
Parasit ini boleh merebak melalui najis kucing, tanah, sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih atau daging mentah. Sebab itu, kebersihan rumah dan pemakanan keluarga sangat penting, terutama bila ada si bulus dan si kecil di bawah satu bumbung.
Jadi mama dan papa, tak perlu lepaskan kucing kesayangan hanya kerana bakal menyambut bayi. Dengan penjagaan rapi, vaksin lengkap dan amalan kebersihan yang betul, anak boleh membesar dengan si bulus dalam suasana penuh kasih sayang dan selamat.
Kucing bukan ancaman, malah boleh jadi sahabat baik pertama buat si kecil — teman bermain, peneman tidur dan pengajar nilai kasih sayang yang tiada ganti. 🐱💖
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.