Siapa kita hendak menolak takdir Allah. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak yang masih belum puas bermanja akibat kemalangan dan menyebabkan pendarahan dalaman di bahagian kepala sebelah kiri akibat hentakan airbag ketika sedang tidur dan dipegang ibunya di kerusi depan penumpang.
Berkongsi perasaan dan detik ketika berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa Naufal Hadi bin Saiful Hadi yang ketika itu berusia 1 tahun 8 bulan cukup buatkan Saiful Hadi Zamari dan Hairun Nisa Khamis rasa trauma hingga hari ini.
Hentakan airbag, pendarahan di kepala
“Sebelum ini arwah Naufal akan sentiasa duduk dalam car seatnya. Tapi pada hari kejadian seolah-olah macam ada yang tak kena dan dia asyik merengek serta nak dipeluk sepanjang masa.
“Disebabkan rasa kasihan, saya pangkunya atas riba dan dia tertidur semasa perjalanan balik ke rumah selepas kenduri. Apa yang membuat saya tertanya sebelum ni arwah tak akan tidur dalam kereta tapi pada hari tersebut sikapnya sangat lain.
“Dalam 200 meter nak sampai di kawasan rumah kami sekeluarga kemalangan kerana kereta terbabas sehingga menyebabkan arwah yang ketika itu sedang tidur terkena hentakan airbag dan tercampak ke kerusi bahagian belakang.
“Dalam keadaan kelam kabut, suami terus melihat keadaan arwah dan arwah buka mata dalam keadaan tak bermaya. Tiada sebarang kecederaan di bahagian badan cuma kesan lebam di dahinya.
Ads
Melihatkan keadaannya itu, kami terus di bawa ke hospital dan dalam perjalanan itu masih terdengar suara arwah seperti mengerang sakit dan tiba di hospital keadaannya tenat dan doktor tidak dapat memberi jaminan pada kami,” jelas pasangan ini.
Lepaskan Naufal pergi dengan tenang
Menurut Hairun Nisa, sepanjang dua hari ditempatkan di ICU Naufal memang tak sedar dan beberapa kali jantungnya terhenti.
“Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya minta kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
“Masuk hari kedua di ICU, sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan anak sehinggalah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir saya cakap di telinganya “Mummy lepaskan Naufal, halalkan susu mummy serta makan dan minum Naufal.”
Ads
Kehilangan yang cukup dirasai
Tambah Hairun Nisa, pemergian Naufal ini cukup dirasai oleh kami suami isteri hinggalah saya rasa macam tak mahu berjumpa orang dan suami pula trauma hingga tak boleh pandu kereta dalam tempoh beberapa bulan.
“Selepas beberapa bulan, kami berdua dapat semangat baru dan percaya apa yang berlaku dah ditakdirkan.
“Apa yang buat kami tak sangka, kehilangan Naufal telah digantikan pula dengan kehadiran orang baru dan adiknya kini seiras muka arwah. Bila tengok adik, terubat rindu pada arwah,” katanya.
Duit boleh cara, nyawa tiada gantinya
Ads
Sementara itu, menurut Saiful Hadi, walaupun kemalangan yang melibatkan arwah ini dah lebih dua tahun (27 Ogos 2017) namun memori itu masih kuat.
“Sebagai bapa yang pernah kehilangan anak, saya rasa penggunaan car seat sangat penting. Mungkin kita rasa anak menangis tak mahu duduk buatkan perjalanan terganggu tetapi demi menyelamatkan nyawa kena tahan telinga. Betul ajal maut di tangan Allah tapi kita boleh ikhtiar untuk menyelamatkan anak.
“Pengajaran bagi saya untuk anak kedua ini pun setiap kali masuk kereta, kami suami isteri akan meletakkannya dalam car seat.
“Saya dah tak mahu kehilangan anak buat kali kedua. Jika orang kata kerusi keselamatan kanak-kanak mahal itu sebenarnya bukan masalah besar sebab duit boleh dicari manakala nyawa tidak boleh diganti.
“Lepas ini buat ibu bapa Beli, Pasang & Gunakan kerusi keselamatan anak sebaik mungkin. Jangan setakat ada dalam kereta tetapi sebagai hiasan kerana anak tak mahu duduk. Biasakan dari awal lagi mudah untuk anak faham,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu kehilangan anaknya yang berusia antara tiga hingga empat bulan yang meninggal dunia akibat terlepas dari dukungannya. Ketika kejadian, wanita itu bersama bayi serta anak sulungnya sedang menuruni tangga eskalator tingkat tiga di pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.
Bayi Terlepas Dari Dukungan Ibunya
Semasa berdiri menuruni tangga eskalator itu, bayi malang itu terlepas daripada dukungan ibunya yang gagal mengawal keseimbangan tubuhnya.
Insiden itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah berkenaan.
Kematian Bayi Disahkan Oleh Ahli Paramedik
Kematian bayi yang tidak diketahui jantina itu disahkan oleh ahli paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan pernafasan.
Berdasarkan laporan media tempatan China, keluarga berkenaan baru selesai makan tengah hari di sebuah restoran sebelum insiden itu berlaku.
Serentak itu, pengurusan pusat beli-belah Zhenxing telah menghentikan operasi eskalator sementara polis menyiasat kes tersebut.
Baru tinggalkan sekejap dua beradik dalam rumah disebabkan ibu turun untuk mengambil juadah berbuka puasa, akhirnya seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kondominium yang terletak di Ampang Utama, Selangor.
Jatuh dari tingkat 12
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang menjumpai mayat kanak-kanak perempuan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, sebaik sahaja menerima laporan tersebut pihak polis segera ke lokasi kejadian.
Tinggalkan dalam bilik bersama adik tujuh bulan
Mangsa ialah anak sulung daripada dua beradik. Ketika kejadian bapanya berusia 51 tahun keluar rumah untuk membeli juadah berbuka puasa, manakala ibunya berusia 27 tahun tinggal di rumah bersama mangsa dan adiknya berusia tujuh bulan pada jam 5.30 petang.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam bilik tanpa berkunci sementara dia mengambil juadah berbuka puasa di tingkat bawah. Tetapi malangnya, setelah ibu mangsa pulang, dia amat terkejut melihat pintu koridor rumah terbuka dan anak perempuannya itu telah terjatuh dari balkoni rumah mereka ke tingkat tiga bangunan tersebut.
Parah di kepala, kecederaan dalaman & luaran
Ibu mangsa kemudian turut dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans. Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkorak pecah disahkan meninggalkan dunia pada jam 7.33 malam. Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami kecederaan luaran dan dalaman kesan jatuh dari tempat tinggi.
Bapa mangsa memang tidak pernah memohon untuk mendapatkan dokumen kelahiran kanak-kanak itu kerana tiada dokumen pernikahan sah kerana mereka yang juga warga tempatan berkahwin di Thailand.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan.
Pelakon, Ozlynn memuatnaik sebuah video di instagramnya dimana Johan Raja Lawak dan anak lelakinya sedang membuli/menyakat anak bongsu mereka, Moleiq yang sedang tidur.
Video abang Moleiq yang sedang menyakat adiknya tersebut mendapat hampir 200ribu tontonan di instagramnya. Ozlynn dan Johan yang berkahwin pada 2009 dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantik dan Moleiq.
Kang ada dua beranak nih aku luku.. korg ingat anak aku tuh drum?? Sian moleiq ayang ma..dorg slalu buat moleiq… i nak anak pompuan di layan mcm princess.. nih mcm ank laki dh dorg layan.. yg pelik ya.. tdo lak tu
Ni x kelakor ye pa.. tdo berbantalkan tapak tgn ko.. kang ko tu yg aku tangan2 kan.. ada x laki sesape mcm nih.. pastu ada back up anak laki pon join sekaki?? Sakit lak ati kita.. NAK TGK VIDEO PENOH G KAT YOUTUBE CHANNEL KAMI JOZLYNNHANANIA.. komen yg menyokong perbuatan dua beranak nih aku nk block korg
Video tersebut menarik perhatian ramai kerana walaupun dibuli oleh abang dan ayahnya, Moleiq tetap tidur dengan lena tanpa terganggu.
Netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua, namun yang mencuit hati apabila Moleiq masih lagi lena walaupun dibuli dan apabila Molieq terjaga barulah mereka berusaha untuk tidurkan Moleiq semula.
Ya Allah Sian Moleiqqq
Goodnyalah Moleiq Ni
Part bangun tu kelakar, Gelabah semua nak bagi tidur balik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, dan masalah jantung. Gaya hidup moden yang kurang aktif, ditambah...