Selalunya kalau buat sandwich telur untuk anak-anak, mesti telur asyik terjatuh keluar dari roti. Anak makan pun selalu bersepah.
Kali ini doktor kongsikan resepi sandwich telur yang sangat mudah dan pastinya tak mudah terabur. Jom ikuti perkongsian ini.
Kembali lagi kita dengan siri sandwic telur. Ada orang yang minta saya cadangan macam mana nak buat sandwic yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan. Baiklah!
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Ads
Sandwich ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak). Kena letak penafian siap-siap, kalau tak nanti ada yang pertikaikan. Hehe!
Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.
Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.
Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat. Saya suka gunakan mayonis yang tak berapa manis. Saya dapati di Malaysia ni banyak mayonis yang agak manis. Tak pastilah kenapa.
Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.
Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.
Ads
Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan. Haha!
Lihat warna isi sandwich ni. Menarik, kan? Vibrant, orang putih kata. Tak pucat lesi macam sandwich telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.
Siap! Alamak yang depan tu terpenyek sikit. Buat-buat tak nampaklah eh! Tak berapa sopan kejadiannya sebab kita buat dalam masa 2 minit. Mana ada masa nak make-up cantik-cantik.
Close up! Rasa dia lebih menyerlah daripada sandwich telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.
Anak tolak nasi memang buatkan mama rasa pening kepala. Tapi sebenarnya tak semestinya nak kena paksa anak makan nasi, ada banyak lagi pilihan karbohidrat yang mama boleh sediakan. Tapi kalau mama tetap nak cuba beri nasi pada anak, mama perlu lebih kreatif.
Jom ikuti resipi ini untuk pikat selera si manja mama!
Berlalu sudah 3 hari fasa anak soleh ibu tak nak makan nasi, makan pon sikit-sikit ja. ibu masak lauk fav dia pon, dia makan 2 mulut je. Ibu buat bebola nasi pon dia tak nak buka mulut.
In the end ibu buat ni supaya anak soleh tetap kenyang dan makan dengan kerap. Alhamdulillah banyak dia makan sampai sendawa.
Breakfast – Murtabak Nasi
Jangan hampa giveup if baby reject nasi, banyak lagi menu yang boleh buat untuk gantikan nasi, as long baby kenyang.
Selamat mencuba mommy! Semoga membantu mommy semua yang ada masalah fasa baby reject nasi
RESEPI MURTABAK NASI
Bahan-bahan:
Ayam cincang
Daun sup
Bawang Besar
Carrot / brokoli
Serbuk vegi
Cara Penyediaan:
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk yang sudah dicampur nasi bersama telur. Kacau sehingga sebati. Nak add on cream cheese pon ok, sedap juga tapi resepi ni ibu tak add on cream cheese sebab dah memang sedap!
Then panaskan sedikit unsalted butter atas non- stick pan. tak nak letak UB pon tak apa, ibu letak sebab lebih wangi, lemak dan sedap. Then masukkan adunan tadi dan goreng sehingga masak / garing
Lepas tu boleh potong dan hidangkan. Murtabak nasi jangan terlalu tebal, jangan terlalu nipis, agak-agak tebal pizza hut tu pon ok dah.
Bila anak makan nasi, secara automatik mama akan merasa lega. Bila anak kenyang perut barulah anak senang nak tidur dan dapat khasiatnya. Begitu tanggapan semua. Namun hakikatnya, karbohidrat boleh digantikan dengan roti serta aneka mi dan pasta. Begitu juga dengan kentang yang mempunyai khasiat tinggi.
Jadi usah paksa bila anak tidak mahu makan nasi sebaliknya cuba berkreatif dengan menyorokkan nasi di dalam makanan lain. Salah satu menu yang boleh diusahakan adalah meletakkan nasi di dalam lempeng, seperti yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ni. Nampak sedap!
Al kisahnya si Lempeng Nasi untuk si manja. Dah dekat seminggu anak reject nasi. Makan tapi dia main luah, tenyeh-tenyeh pulak.
Ye faham tu bagus untuk proses perkembangan psikomotor dia. Mommy tak marah tapi stress jugak. Mommy tetap kata nasi tu lagi kenyang.. so kita main sorok-sorok nasi. Nak try buat lempeng nasi pulak.
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
2 cawan air
Semua ni blend sampai hancur.
Letak sikit air, ikut sukatan dua cawan.
Dah hancur dan sebati.
Ratakan kuali non stick dengan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan ratakan buat macam lempeng. Bagi garing sikit takpe. Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan yang ringkas pun sebenarnya mengenyangkan. Nak dibuat pun mudah, rasa pun sedap. Murtabak mi segera juga sesuai dibuat untuk seisi keluarga. Anak-anak juga pasti akan sukakan rasanya.
Eniza M.Salim telah berkongsi resipi mudah untuk membuat murtabak mi segera dan boleh dimasak di dalam air fryer sahaja.
Murtabak Maggi.. bakar guna AF. Mudah dan cepat
RESEPI MURTABAK MAGGI (Airfryer)
👇 Bahan-bahan: 1 paket maggi perisa kari 4 biji telur 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 batang sosej (rebus skejap) 1 keping daging burger(rebus) Sedikit hirisan kobis Sedikit hirisan cili Sedikit potongan daun bawang Garam jika perlu/maggi secukup rasa 2 keping keju
Cara penyediaan: 1. Pecahkan 4 biji telur kedalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan hirisan sosej, daging burger (yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kobis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam. 2. Rebus mee maggi sampai lembut (toskan airnya). 3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati. 4. Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil 2 keping keju dan dipotong kecil dan letak di atasnya. Kemudian masukkan ke dalam airfryer. 5.Bakar suhu 180 darjah selsius, selama 10 minit atau sehingga masak sekata. **(Bergantung pada airfryer masing-masing).
**Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk. Resepi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan.
Selamat mencuba 👌
Selain menggunakan sosej, boleh digantikan dengan isi ayam yang telah dicincang. Untuk bayi pula, boleh gantikan mi segera dengan makaroni dan perasakan dengan serbuk cendawan. Resipi ini biarpun ringkas, ia tetap mengenyangkan. Bukan saja sedap dimakan dengan jeruk bawang, boleh juga dinikmati dengan sos cili.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.