Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan dalam keadaan tragis selepas terdapat kesan torehan pada kaki dan tangan yang diikat serta kepala tersepit pada pokok.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh sebelum ditemui oleh ibunya sendiri di sekitar kawasan semak di Kampung Panji sekitar jam 3 petang semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak, penemuan mayat terbabit diketahui selepas pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan 999.
“Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain. Namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari, Sabtu.
“Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Azmir, orang awam segera meminta pertolongan pihak berkuasa selepas digesa oleh ibu mangsa.
“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa dalam keadaan tangan kanan terikat, kepalanya turut tersepit antara dua belah pokok.
“Selain itu, kepala mangsa juga cedera dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam. Serta kesan torehan pada kedua belah tangan dan kaki kiri,” jelasnya lagi.
Ads
Susulan itu, seorang lelaki warga asing berumur 30-an berjaya ditangkap hasil maklumat daripada orang awam.
“Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa masing-masing berusia 20-an dan 30-an.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan,” kata Azmir dalam kenyatan tersebut.
Ads
Oleh itu, beliau menasihatkan supaya orang awam di daerah berkenaan tidak gusar dan menyampaikan maklumat yang tidak sahih.
Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, yang kehilangan anak kedua, Sharifah Nur Ainul Mardiah, pada 26 November lalu kerana masalah jantung, reda dengan pemergian puterinya itu.
Ali berkata, tiada ibu bapa yang ingin kehilangan anak, namun dia reda Ainul pergi daripada melihat anak kecilnya itu terus menanggung derita.
Ainul menjalani pembedahan membetulkan injap dan menutup tiga lubang pada jantungnya pada 10 November lalu di Hospital Serdang. Sejak itu, arwah terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Selepas 16 hari, doktor yang merawatnya membuat keputusan mencabut mesin itu jam 10 pagi. Ainul menghembuskan nafas terakhir, jam 11.30 pagi.
“Ketika tiba di hospital jam 9 pagi itu, Ainul seolah-olah tahu dia akan pergi. Dia sempat memandang kami dan mengangkat tangan beberapa kali seperti mahu beritahu akan meninggalkan kami.
“Selepas lebih sejam bertarung nyawa, Ainul pergi buat selama-lamanya. Kami hanya mampu menangis apabila doktor memaklumkan, Ainul sudah tiada.
“Ketika jenazah dikafankan, saya beri peluang kepada anak sulung mencium adiknya. Saya beritahu, Ainul sedang tidur dan akan pergi ke syurga.
“Saya dan isteri reda kerana sejak minggu lalu, doktor meminta kami bersedia dengan sebarang kemungkinan, memandangkan keadaan kesihatan Ainul tidak menentu,” katanya.
Biarpun berat menerima berita itu, Ali dan isterinya, Melati Puteri Abdullah, bersyukur sempat menjaga Ainul selama tiga bulan ‘dipinjamkan’ kepada mereka.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kecederaan fizikal didakwa menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya dalam kejadian pada Ahad lalu di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menurut laporan polis dibuat ibu mangsa, lelaki berusia 30 tahun itu memaki hamun, mengurung dan memukul anaknya sehingga terdapat kesan lebam di hampir keseluruhan tubuh badan antara 4 hingga 7 Jun lalu.
“Anak saya seorang yang aktif di dalam rumah. Apabila anak saya membuat bising, teman lelaki saya sering memarahi dan memaki hamun anak saya.
“Dia memukul anak saya menggunakan penyangkut baju dan menamparnya di bahagian muka. Anak saya mengalami kecederaan di bahagian muka, bengkak di bibir, lebam di mata dan seluruh badan.
“Saya cuba menghalang perbuatannya tetapi gagal. Dia kemudian mengambil anak saya dan mengurungnya di dalam bilik sehingga keesokan pagi,” kata ibu berusia 17 tahun itu.
Seorang pengguna laman Facebook, Ainin Sofiya dipercayai kenalan kepada wanita berkenaan memuat naik sebuah hantaran termasuk beberapa keping gambar bukti berhubung kejadian terbabit.
Ainin mendakwa, lelaki yang juga bapa tunggal dua anak berasal dari Johor itu mempunyai rekod memukul seorang wanita dan pernah menjalani hukuman penjara sebelum dibebaskan.
Difahamkan, wanita berbangsa Cina yang dipercayai mualaf dan anaknya itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Ramai individu yang dahulunya perokok tegar kini beralih kepada Vapor ataupun rokok elektronik, dengan alasan kandungan yang terdapat Vapor lebih selamat berbanding rokok.
Malah ramai yang bertukar kepada Vapor atau rokok elektronik sebagai inisiatif untuk berhenti merokok.
Namun kesanya sangat berbahaya kepada pengguna rokok elektronik. Ikuti perkongsian daripada facebook Key Arina apabila suaminya terpaksa menanggung azab setelah 2 minggu menahan sakit akibat kahak berdarah.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.