Selalunya kalau buat sandwich telur untuk anak-anak, mesti telur asyik terjatuh keluar dari roti. Anak makan pun selalu bersepah.
Kali ini doktor kongsikan resepi sandwich telur yang sangat mudah dan pastinya tak mudah terabur. Jom ikuti perkongsian ini.
Kembali lagi kita dengan siri sandwic telur. Ada orang yang minta saya cadangan macam mana nak buat sandwic yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan. Baiklah!
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Ads
Sandwich ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak). Kena letak penafian siap-siap, kalau tak nanti ada yang pertikaikan. Hehe!
Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.
Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.
Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat. Saya suka gunakan mayonis yang tak berapa manis. Saya dapati di Malaysia ni banyak mayonis yang agak manis. Tak pastilah kenapa.
Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.
Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.
Ads
Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan. Haha!
Lihat warna isi sandwich ni. Menarik, kan? Vibrant, orang putih kata. Tak pucat lesi macam sandwich telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.
Siap! Alamak yang depan tu terpenyek sikit. Buat-buat tak nampaklah eh! Tak berapa sopan kejadiannya sebab kita buat dalam masa 2 minit. Mana ada masa nak make-up cantik-cantik.
Close up! Rasa dia lebih menyerlah daripada sandwich telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.
Donut antara salah satu makanan kegemaran anak-anak. Teksturnya yang lembut dan disalut dengan gula, coklat atau susu tepung menambahkan lagi kesedapan.
Bagaimanapun, yang menjadi masalah adalah kebanyakan daripada kita bila buat donut tak gebu walaupun dah ikut resepi yang betul. Itu yang menyebabkan ibu jadi mudah putus asa nak mencubanya lagi.
Namun untuk resepi donut kali ini, ia sangat mudah dan tak perlu nak uli apa pun. Cuma guna dua bahan sahaja, tak perlu yis dan tak perlu perap. Lagi satu tak perlu juga tunggu sehingga doh kembang.
Bagi ibu yang nak jimat masa dan anak dah merengek lapar, terus boleh goreng. Mudah, cepat dan semestinya sedap! Pasti akan jadi kesukaan anak-anak.
DONAT BALL 2 BAHAN
🍩 1 1/2 cawan tepung naik sendiri Bluekey
🍩 330gm yogurt biasa (110gm x 3 bekas)
Hiasan
🍩 Gula kastor
🍩 Manik warna -optional
🍩 200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*
🍩 1 sudu bsr butter*
(bahan-bahan bertanda * cairkan di atas api)
👉 Satukan tepung dan yogurt. Kacau hingga sebati. Tak perlu perap dan tunggu kembang.
Masukkan adunan terus ke dalam piping bag. Gunting hujungnya sebesar syiling 50 sen
👉 Panaskan minyak. Picit adunan ke dalam minyak panas dan gunting sebesar syiling 50 sen.
Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Biarkan suam.
👉 Gaul separuh donat dengan gula kastor. Separuh lagi salut dengan coklat dan tabur manik warna.
Bila dah siap boleh susun dalam pinggan. Saiznya yang comel sangat sesuai untuk anak-anak. Ni juga dikira menu ekspres jika tiba-tiba anak minta nak makan donut.
Teksturnya yang berongga tu menandakan doh itu menjadi dan gebu.
Selalunya kalau kita hendak buat sate, nak tak nak mesti kita kena bakar. Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa, memang kena cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang diba Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama sahaja. Jadi jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
Kalau musim panas pasti kita terbayang nak minum air yang sejuk dan ada ais, dapat pula minum koktail buah memang puas hati! Jom follow resepi yang dikongsi.
Assalamualaikum. Hari ini saya nak share resepi kuah coctail buah yang saya jual. Permintaan boleh kata hari hari ada. Alhamdulillah.
Kuah jenis creamy bukan jenis cair tau. Memang sedap berlemak.
Resepi kuah cocktail buah cikkin:
(dapat 15 bekas saiz c16)
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan air (sukat guna tin susu pekat)
Setengah kotak full milk cream (500ml)
esen vanila (letak extra utk bg lg sedap)
Garam sikit
Cara penyediaan:
– Masak semua ni dalam periuk. Jangan bagi didih sangat. Bagi panas-panas je
– Bagi kuah sejuk dulu baru tuang dalam buah-buah.
– Buah-buah ikut suka hati. Jika nak berniaga buah mangga dan buah naga tu wajib ada.
dav
Tolong doakan baik-baik untuk saya dan keluarga cukuplah. Saya izinkan share resepi ini. Terima kasih 😊
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...