Ada sesetengah ibu yang perlu menjalani kaedah bersalin secara pembedahan atau ceasarean. Luka akibat bersalin itu perlulah dijaga dengan rapi supaya ia dapat sembuh sepenuhnya. Tidak semestinya menggunakan petua dengan  bahan tertentu. Cukup menggunakan air mandian biasa dan keringkan sahaja. Tak perlu sapu apa-apa.

Dalam masyarakat kita, banyak petua yang digunakan bagi tujuan kononnya ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka yang ada. Namun harus diingatkan bukan semuanya baik untuk diikut kerana bimbang boleh membawa kemudatan dan jangkitan kuman pada luka yang sedia ada.

Satu situasi dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat tentang seorang wanita yang mengalami jangkitan kuman pada luka caesarean. Menggunakan bahan seperti kunyit dan manjakani menyebabkan lukanya terkena jangkitan kuman sehingga bernanah.

Dr Muhammad Izzat juga turut berkongsi tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan dan juga menyenaraikan siapa yang senang untuk mendapatkan jangkitan kuman pada luka tersebut.

“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”

Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak

“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai takboleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”

IKLAN

Pemeriksaan dilakukan untuk kenalpasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis

“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”

“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”

“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”

*dalam hati… ko ingat nak masak ayam goreng kunyit ke nak sapu kunyit sana sini

Dalam nada berseloroh,

IKLAN

Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh…. serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ? Perah sikit limau nipis dan lumur asam jawa. Make sure ratakan ratakan semua bahan kat luka caesar tu. Baru cepat baik

————————

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :

  • Luka menjadi merah-merah
  • Kadang-kadang ada nanah mula keluar
  • Luka menjadi bengkak dan lebam

Sapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean ?

IKLAN
  • Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif
  • Obesity
  • Ibu ada kencing manis
  • Pernah mengalami pembedahan caesarean sebelum ini

Bila da berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.

Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak

Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.

Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup.

Tak perlu sapu apa apa.

Sumber: Muhammad Izzat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)