Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand kini melalui fasa paling indah dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya. Berita gembira ini bukan sahaja mengundang rasa syukur, malah turut mengalirkan kebahagiaan buat keluarga kecilnya.
Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi detik penuh bermakna itu dengan memuat naik foto bersama suami tercinta dan bayi mereka di bilik bersalin. Momen istimewa tersebut segera menjadi perhatian ramai apabila rakan artis serta peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar keluarga ini sentiasa diberkati.
Ads
Perjalanan hidup Sarah penuh warna. Pada Ogos 2024, beliau mendedahkan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Amerika Syarikat. Beberapa bulan kemudian, pada Februari lalu, Sarah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang positif di Instagram sekali gus mengumumkan dirinya bakal bergelar ibu. Kini, doa dan penantian itu akhirnya menjadi kenyataan dengan kelahiran si kecil yang melengkapkan bahagia rumah tangga pasangan ini.
Bagi peminat seni tanah air, nama Sarah Hildebrand tidak asing lagi. Pernah mencipta populariti menerusi drama Pujaan Hati Kanda, Sarah mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia seni pada tahun 2022. Beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) sebelum kini menempuh pengalaman baharu sebagai seorang ibu.
Ads
Setiap kelahiran membawa makna tersendiri. Bagi Sarah, inilah anugerah terindah yang mengubah dunianya. Dari seorang isteri, kini beliau bergelar seorang ibu yang akan melalui detik tanpa tidur malam, tangisan bayi yang menduga kesabaran, namun di sebalik itu tersimpan kasih sayang dan kegembiraan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
Majalah Pa&Ma mengucapkan tahniah buat Sarah Hildebrand dan suami atas kehadiran cahaya mata pertama ini. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi penyejuk hati keluarga dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Selamat datang ke dunia keibubapaan, Sarah – dunia penuh cinta, pengorbanan dan kebahagiaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak adalah anugerah tidak ternilai buat ibu dan ayah. Menerima berita anak dalam kandungan mengalami klef bibir dan lelangit, ibu ini tidak berputus harap.
Wajihah Hassan, ibu kepada Khadeeja Sofia yang mengalami unilateral cleft lips ini wajar dijadikan motivasi kepada ibu-ibu lain. Dia yang sentiasa positif tidak membenarkan rasa ‘down’ berlama-lama terus membuat persediaan mental, fizikal dan terus berdoa tanpa putus asa.
“Dapat gambar first scan deeja masa 26 weeks sebab masa 22 weeks tu dia tutup muka tak nak tunjuk. Tapi doc yang checkup saya tu dia memang specialist. Even 2D dia dah boleh nampak. Siapa ingat saya pernah upload gambar scan ni dulu tapi dikaburkan
MULA-MULA RASA DOWN & MENANGIS
“Masa ni rasa seram sejuk, menangis, down. Saya col umi, col mak mertua. Kalau tengok gambar scan tu memang sampai ke dalam hidung. Dalam hati saya rasa kesian kat dia..tambah2 tahu baby girl. Terus terfikir macam mana lah dia nanti,” kata Wajihah.
IMBASAN KEDUA JELAS BILATERAL CLEFT
Imbasan kali kedua lebih jelas menunjukkan bayi dalam kandungan mengalami klef bibir dan lelangit. Wajihah dan suami mula membuat pembacaan untuk persediaan mental.
“Gambar scan kedua yang lagi jelas masa buat details scan kat **** nak tengok palate. Masa tu dah 32 weeks. Sangat clear menunjukkan Deeja bilateral cleft. Saya redha dah macam mana pun dia keluar. Nak tak nak saya memang kena ready mental fizikal.
“Tiap kali google pasal baby bilateral cleft lips memang saya menangis. Suami siap cari info daripada A sampai Z pasal ni. Persediaan rapi katanya ?.”
DOA DIKIRIM AGAR ADA KEAJAIBAN
Tidak hanya terus berserah dan rasa berputus asa, ibu ini berdoa dan terus meminta kepada Yang Esa agar keajaiban berlaku.
“Sebelum tu memang saya tiap hari solat hajat, doa, kirim doa kepada sesiapa yang g umrah termasuk umi abah saya dengan harapan semoga ada keajaiban baby lahir normal.”
Ibu ini bersyukur atas rahmat Allah dan keberkatan doa. Bayi yang dilahirkan bukanlah bilateral cleft tetapi unilateral cleft lips di mana klef yang wujud pada sebelah sahaja.
“Allah dengar doa saya. Saya nak deeja normal tanpa sebarang cleft tapi Allah beri juga baby unilateral cleft lips. Baiknya Allah, no more bilateral macam gambar scan.
“Palate pun tak full. Masih ada sambungan cuma anak tekak Deeja kena sekali. Terbahagi dua,”kata ibu dua anak ini.
TERINGAT MASA DOKTOR MULA-MULA LETAK ATAS DADA
“Yeah! Ini lah Khadeeja Sofia. Anak yang saya paling tak sabar nak lihat. Anak yang saya paling excited beli itu ini untuk persediaan dia lahir sebab masa si kakak business baru nak berkembang.
Ibu ini juga mengimbau kembai saat kelahiran Khadeeja. Saat dikeluarkan dari rahim, tubuh si kecil ini diletakkan atas dadanya. Tak semena-mena air mata sebak menitis melihat bayinya sedang menghisap jari.
“Teringat bila keluar perut doc letak atas dada, dia dah duk hisap jari. Mengalir air mata saya tengok dia..she is cute enough. Rasa nak peluk jer,” kata usahawan muslimah ini.
UJIAN INI MENGUATKAN
Sesungguhnya setiap ujian terselit hikmah. Allah Maha Berkuasa memberikan ujian kepada insan yang mampu melaluinya. Wajihah mengakui ujian ini tidak melemahkannya malah menguatkan dirinya.
“Yang pasti, ujian tu datang bukan untuk melemahkan tapi menguatkan. Tidak ada benda yang Allah atur ni membawa kemudaratan pada diri selagi mana hati redha dan ikhlas dengan apa yang berlaku.
“I love u sayang. 6 bulan pertama dah nak habis. Struggle pula untuk next phase. Mommy simpan sini semua untuk kenangan selepas operation nanti.
You are so perfect for me ❤️ #IamKhadeejaSofia #babycleftlipandpalate
Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini bersyukur kerana proses melahirkan anak sulungnya, Muhammad Adam Aysar Jun lalu dipermudahkan.
Menceritakan pengalaman pertama kali melahirkan anaknya itu, Ain mengalami kontraksi yang sangat menyakitkan dan tidak dijangka.
Malah anaknya perlu diberikan antibiotik selepas dilahirkan.
“Apa persamaan keychain ni dengan gambar sebelah? Samaaaa! Satu dalam bentuk keychain. Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.
“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir. Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa…rezeki kat situ,” tulisnya.
Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto bayinya saat baru sahaja dilahirkan.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecekalan serta ketabahan Ain melahirkan anaknya ketika sudah menjadi ibu tunggal.
Terdahulu, Ain diceraikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.
Sumber: Gempak & Ig Ain Afini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.