Walau dalam bulan Ramadan sekalipun ibu hamil yang tidak berdaya tidak digalakkan untuk berpuasa. Tapi lain halnya dengan Fasha Sandha yang masih gagah berpuasa ketika PKP sedang berlangsung dan usia kandungannya yang sudah mencecah enam bulan ketika ini.
Menurut aktress itu, ramai netizen yang bimbang dengan keputusannya itu, tapi dia bersyukur masih gagah untuk berpuasa walaupun sedang sarat sarat mengandung anak hasil perkongsian hidup bersama suami yang juga pelakon, Aidil Aziz.
Menurut laporan Berita Harian, Fasha berkongsi perkara itu di Instagram (IG) Story miliknya.
“Diakui, ada ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bertanya saya kuat ke berpuasa ketika hamil. Alhamdulilah, saya masih kuat.
“Sudah lima kali saya berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.
Ads
“Saya ambil ruang duduk di rumah untuk berpuasa sunat dan ganti,” katanya.
Menurut Fasha, pada awalnya, doktor tidak mengizinkannya berpuasa ketika ini. Kerana bimbang, kemungkinan berlaku dehidrasi dan dia perlu lebih berhati-hati.
“Saya pula pernah mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Jadi, saya kena lebih berhati-hati. Makan makanan tambahan, ubat dan vitamin semua kena ikut waktu yang ditetapkan,” kongsinya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun bersyukur hasrat berpuasa disokong suami yang turut berpuasa.
Ads
“Suami izinkan saya berpuasa dengan syarat melakukannya secara berselang seli. Ikutkan nak puasa berturut-turut. Tetapi, tak mengapalah saya kena ikut juga nasihat Aidil,” kongsinya lagi.
Menerusi coretan di IG Story itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2017 itu melafazkan janji kepada doktor untuk terus kuat.
Ads
“Maaf doktor. Saya janji akan kuat. Anak perempuan yang dikandung ini pun kuat. Alhamdulillah.
“Seronok dapat berpuasa ketika berkurung di rumah ini. Selain meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dengan keluarga, saya dapat menjaga pemakanan dan mengawal percakapan.
“Nafsu amarah pun dikawal. Alhamdulillah,” kongsinya
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon popular, Niena Baharun yang sedang berbadan dua berkongsi pengalaman mengalami alahan teruk. Pengalaman tersebut dikongsi di laman instagram rasminya dengan sekeping gambar yang sarat hamil.
Menurut perkongsianya, ketika hamil anak pertama Niena langsung tidak mengalami sebarang alahan, namun berbeza dengan kehamilan kedua apabila dia mengalami alahan teruk sehingga berat badan turun mendadak.
Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde.
Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’ , waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.
Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat.
Now mommy dah boleh enjoy!
Dah kurang dgn alahan bau.
Dah boleh start makan banyak.
Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan.
Sampai berat badan turun mendadak.
Niena yang mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Aliff Firdaus, ahli perniagaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adiel Mikael berusia 1 tahun 8 bulan.
Tambah niena lagi, walaupun alahan pertamanya sudah mula hilang namun timbul alahan baru iaitu alah dengan udara sejuk. Namun dia tetap bersyukur atas semua nikmat yang dirasai sepanjang kehamilanya.
Tapi kan satu alahan ni baru timbul.
Alahan dengan udara sejuk.
Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang datang selfish daddy nak buka aircond paling sejuk. Haaa
Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini.
Niena turut mendoakan agar pasangan yang menanti cahaya mata dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.
Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua.
Jangan putus asa.
Sentiasa bersangka baik pada Allah.
Semoga doa kita semua dimakbulkan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, ada jenis kehamilan yang jarang dibincangkan tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan wanita? Ia dikenali sebagai “kehamilan anggur” atau molar pregnancy. Dr. Zubaidi berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kerana ramai yang masih tidak tahu tentang risiko ini.
Kehamilan anggur berlaku apabila proses persenyawaan antara telur dan sperma tidak normal. Selalunya janin dan uri terbentuk dengan normal, tetapi dalam kes ini, tisu di rahim membentuk kantung kecil seperti cyst yang dipanggil hydatidiform mole. Janin tidak berkembang dan rahim dipenuhi tisu abnormal.
Dr. Zubaidi menekankan beberapa faktor yang meningkatkan risiko wanita mengalami kehamilan anggur:
Umur wanita : Risiko meningkat apabila wanita berumur 35 tahun ke atas.
Sejarah kehamilan anggur sebelum ini : Jika pernah berlaku dua kali atau lebih, risiko berulang tinggi.
Keguguran misteri sebelum ini : Wanita yang pernah keguguran tanpa sebab yang jelas berisiko lebih tinggi.
Kehamilan anggur biasanya menunjukkan tanda yang sama seperti kehamilan normal: tidak datang haid, ujian kehamilan positif, loya, muntah, dan perubahan hormon lain. Oleh itu, ultrasound awal sangat penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan.
Rawatan biasanya melalui prosedur D&C atau vacuum aspiration untuk membuang tisu abnormal. Selepas rawatan, wanita tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 hingga 12 bulan bagi memastikan pemulihan rahim dan memantau sebarang risiko baki tisu yang boleh menjadi kanser. Pemeriksaan darah secara berkala amat penting.
Jangan pandang remeh sebarang kehamilan yang tidak normal. Pemeriksaan awal dan berkala amat penting, terutamanya bagi wanita yang mempunyai sejarah risiko.
Kesedaran tentang kehamilan anggur boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.
Bagi ibu yang tidak pernah mengalami kehamilan anggur, pasti akan berasa hairan tentang penyakit ini. Kehamilan jenis ini juga boleh kedengaran agak luar biasa bagi suami. Malah, masih ada pandangan serong dan salah faham dalam masyarakat yang menyatakan bahawa ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin terkena ‘buatan orang’ atau membawa keturunan berpenyakit. Justeru, penting untuk kita memahami penyakit ini dengan tepat.
Kehamilan anggur merupakan satu jenis kehamilan yang tidak berkembang menjadi janin sempurna. Akibat masalah semasa persenyawaan, tisu embrio dan plasenta tidak berkembang dengan normal, sebaliknya menjadi gugusan tisu berbentuk gelembung atau sista yang menyerupai buah anggur.
Dalam perubatan, ia dikenali sebagai Hydatidiform mole dan diklasifikasikan kepada dua jenis: lengkap (complete mole) dan separa (partial mole).
Kehamilan anggur lengkap: berlaku apabila ovum kosong disenyawakan oleh satu atau dua sperma. Tisu persenyawaan ini mengandungi 46 kromosom, tetapi semuanya daripada bapa sahaja. Tiada janin terbentuk, hanya gugusan tisu seperti anggur.
Kehamilan anggur separa: berlaku apabila ovum normal disenyawakan oleh sperma, menghasilkan tisu persenyawaan dengan 69 kromosom (23 dari ibu, 46 dari bapa). Tisu janin boleh terbentuk, tetapi kematian janin biasanya berlaku pada peringkat awal. Tisu plasenta mengandungi komponen normal dan abnormal (gugusan anggur).
-Ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin mengalami:
-Loya dan muntah teruk
-Saiz rahim lebih besar daripada usia kandungan
-Tekanan darah tinggi dan bengkak pada kaki
-Paras hormon hCG lebih tinggi daripada normal, terutamanya pada kehamilan anggur lengkap
-Kehamilan anggur boleh dikesan melalui ultrasound, di mana gugusan tisu berbentuk anggur dapat dilihat dan janin tidak dapat dikesan.
Kebanyakan kehamilan anggur akan menyebabkan keguguran atau kematian janin. Ibu akan mengalami pendarahan dan tisu plasenta akan dihantar ke makmal untuk pengesahan penyakit.
Di bawah mikroskop, gugusan tisu ini terdiri daripada struktur tisu plasenta (villi) yang membengkak dan kumpulan sel plasenta (trophoblasts) yang bercambah. Seluruh tisu plasenta harus dikeluarkan, dan ibu perlu menjalani pemeriksaan berkala sehingga penyakit ini benar-benar tiada.
Terdapat risiko kecil di mana kehamilan anggur boleh merebak ke dinding rahim (invasive mole) atau menjadi kanser (choriocarcinoma). Namun, pemantauan rapi dapat mengesan dan mencegah komplikasi ini.
Secara umum, kehamilan anggur tidak menjejaskan kehamilan seterusnya. Ibu biasanya masih boleh hamil seperti biasa dan memperoleh anak yang normal.
Kehamilan anggur bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi dengan pemantauan awal dan langkah pencegahan, risiko komplikasi boleh dikurangkan. Sebagai pasangan baru, kesedaran tentang perkara ini sangat penting jangan tunggu sehingga terlambat.