Farah dan suami, Amirul Yunus telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.
Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu.
Pernah viral ketika Ramadan baru-baru ini, Raudhatus Solehah anak kepada Rashidee Abd Rashid dan Sabariyah Ismail telah dipakaikan baju sedondon bersama dua adiknya sebagai tanda kenangan seandainya Allah ambil dalam masa terdekat.
Ini kerana doktor memberitahu tahap kesihatan kakak semakin merosot dan meminta untuk bersedia bila-bila masa sahaja. Walaupun sudah tahu hayat kakak tak lama, sikap positif suami isteri ini yang cuba memenuhi permintaan anak wajar dipuji.
Menerusi luahan hati Rashidee, hasrat kakak untuk memakai baju warna putih akhirnya dah tertunai jua.
“Kakak meminta baju raya berwarna putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kakak, puteri saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan meninggal dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. Doakan Kami ibu bapanya tabah Dalam ujian ini.
Pengakhiran Kisah Kakak
Terima kepada semua yang follow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak “meletup” beberapa hari yang lalu. Ramai yang pm kami di messanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi.
Alhamdulillah kami ibu bapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kematiannya. Berada disisinya ketika kakak sedang nazak. Melihat nyawanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meninggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.
Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima penyakit dan Meninggal Dunia sebelum umurnya baligh. Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam “Khusnul Khatimah”.
Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.
Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kelahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kematian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim]
Terima kasih kepada semua. Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas.
Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi bantuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, Cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.
“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya”.
Sebelum ini, menurut Puan Sabariyah, perjalanan kisah Raudhatus Solehah yang disahkan kanser otak tahun lalu hanya bermula dengan pening dan muntah. Selepas buat pemeriksaan lanjut barulah semuanya terungkai.
Disebabkan sel kanser telah menyerang saraf tunjang kakak, rawatan agak sukar dan menyebabkan kedua-dua kaki lemah serta telah mengganggu bahagian pembuangan air kecil dan air besar.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang tidak dinafikan, ada sesetengah kanak-kanak ‘liat’ sangat kalau disuruh mandi. Mungkin kerana suhu air yang terlalu sejuk atau anak merasakan waktu mandi membosankan, mereka mencari alasan untuk tidak mandi. Mandi bukanlah sekadar untuk memastikan anak berada dalam keadaan bersih, tetapi ia juga dapat membantu tumbesaran mereka.
Salah satunya adalah melatih mereka tentang pengurusan diri. Anak akan menjadi lebih berdikari kerana mereka boleh mandi sendiri. Bukan sekadar untuk melatih mereka mengurus diri, tetapi sekiranya ibu ayah memandikan anak sebenarnya banyak lagi manfaat lain yang ada. Mungkin ramai yang tak tahu, waktu mandi sebenarnya boleh membuatkan kemahiran komunikasi anak lebih baik! Oleh itu, ibu ayah perlu kreatif mencari cara untuk jadikan waktu mandi lebih menyeronokkan dan anak akan jadi lebih teruja!
Jom, Ajak Anak Mandi!
Antara perkara yang boleh ibu ayah buat untuk galakkan anak suka mandi adalah:
Kebanyakan kanak-kanak suka bermain air, jadi ibu ayah tak perlu terlalu tegas untuk menghalang mereka dari melakukannya. Tak salah pun anak main air, kerana sebenarnya ia boleh merangsang imaginasi dan kreativiti anak.
Ketika anak menghasilkan buih dari gel mandian dan bermain dengannya, ketika itu kemahiran motor halus dan kasarnya dirangsang. Lebih baik lagi, dengan bermain buih atau mainan lain ketika mandi ia dapat melatih sensori anak supaya tidak mudah merasa geli dan sebagainya. Walaupun bermain di dalam bilik air menyeronokkan, pastikan ibu ayah ada untuk mengawasi keselamatan anak.
Dari marahkan anak kerana tak mahu mandi, lebih baik ibu ayah dedahkan kebaikan membersihkan tubuh badan. Dengan cara itu, ia akan memberi idea kepada anak betapa pentingnya untuk kita mandi. Ketika bercerita, ibu ayah juga boleh selitkan sekali akibatnya jika anak-anak tak suka mandi.
Tidak perlu takut-takutkan anak, tetapi lebih kepada menceritakan kebaikan mandi. Bukan hanya untuk membersihkan badan tetapi sebenarnya sebagai perlindungan dari bakteria! Bolehlah ibu ayah bercerita ketika mandi sebenarnya kita sedang melawan bakteria jahat yang menyebabkan penyakit. Dengan pendekatan psikologi begini sebenarnya lebih mudah mengajak anak mandi berbanding dipaksa.
Sebenarnya ketika mandi, anak suka bermain terutamanya kalau dapat buat buih-buih sabun. Sebab itulah, ibu ayah kena pilih produk mandian yang membuatkan anak-anak merasa teruja. Mandian dengan haruman yang best serta berbuih akan buat anak lebih seronok untuk mandi!
Untuk membantu mengatasi masalah ini, mama papa perlu mencari produk yang terbaik untuk mereka.
Jom, mama papa dapatkan Follow Me Anti Bacterial Kids Head To Toe Wash!
Sedikit info tentang Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash, ia telah dilancarkan pada Februari 2021 dan yang bagusnya, ia membantu untuk memberi perlindungan daripada bakteria sehingga 99.9%! Follow Me Anti-Bacterial Body Wash juga diuji secara dermatologi, ia sangat lembut untuk kulit si manja. Terdapat 2 varian iaitu Bursting Melon dan Cutie Peach.
Produk Follow Me Anti-Bacterial Kids Head To Toe Wash melindungi anak-anak dari 99.9% bakteria berbahaya pada masa yang sama lembut pada kulit mereka. Bau buah-buahan, sangat harum dan tidak menyakitkan hidung. Memang best!
Selain itu, produk mandian ini juga mempunyai pH yang seimbang jadi ia membantu melembapkan kulit dan mengelakkan masalah kulit kering. Yang bagusnya, ia bebas dari 5 elemen (Sabun, Triclosan, Paraben, Pewarna serta bahan yang tidak memedihkan mata)!
Produk Follow Me Anti-bacterial Kids boleh didapati di kedai-kedai berhampiran. Bagi yang gemar shopping online, boleh jugak dapatkan dari Follow Me Official Store dari Shopee ataupun Lazada.
Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, klik SINI atau ke media sosial;
Mana Ada Diet Nak Elak Plasenta Previa, Ini Perkara Penting Ibu Hamil Kena Tahu
Placenta previa boleh menyebabkan risiko pendarahan semasa hamil dan juga ketika proses kelahiran. Ada beberapa situasi yang menyebabkan ibu-ibu hamil dengan kes placenta previa perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
Antara faktor risiko placenta previa adalah:
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya.
2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy).
3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat
4. Merokok.
5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung.
6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage).
7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar.
8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang.
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat. Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Doula hanya peneman. Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
*Doula bukan bidan
*Doula bukan doktor
*Doula bukan pakar pemakanan
*Doula juga bukan farmasis.