Kesan trauma melalui pengalaman berdepan banjir besar kira-kira 10 bulan yang lalu di Klang dan Shah Alam, Selangor masih meninggalkan kesan yang teramat.
Banjir terburuk yang melanda warga Shah Alam dan menyifatkan sebagai bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun memusnahkan banyak rumah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.
Kini setelah hampir setahun berlalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia akan mengalami banjir hujung tahun ini dan meminta sentiasa alert dengan tanda amaran yang dikeluarkan.
Apa persediaan kita? Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil atau warga tua.
Presiden Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadim), Roslan Ab. Ghani berkata, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Plus, sukar untuk meramalkan sama ada banjir akan berlaku atau tidak kerana cuaca hari ini tidak menentu dan boleh berubah dengan cepat, ia di luar jangkaan menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan di luar musim.
Beliau menggesa rakyat perlu bersiap sedia dan mengingatkan setiap negeri untuk memperkasakan komuniti masing-masing di peringkat daerah dalam soal pengurusan banjir dan memastikan pusat pemindahan berhampiran disediakan apabila diperlukan.
Sementara itu, ini persediaan awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh;
Persediaan sebelum banjir (di rumah);
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang.
Ads
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga korang mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Ads
Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir;
1. Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
2. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
3. Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jaduan rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam banjir.
4. Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, portal bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Selain itu, setiap rumah juga perlulah sediakan 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Antaranya;
Ads
1. Air (Jangan terlalu banyak sebab berat)
2. Sedikit makanan yang tahan lama
3. Tandas segera (ada dijual di Daiso/ kedai online)
4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan
5. Pelitup muka
6. Bagi wanita, tuala wanita
7. Tisu basah, tisu tandas
8. Bekas untuk isi air
9. Plastik wrap
10. Lapik plastik pelbagai guna
11. Baju hujan
12. Selimut kecemasan
13. Sejadah
14. Pisau serba guna
15. Lilin dan mancis
16. Wisel
17. Tape pelekat
18. Tali
19. Sarung tangan
20. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)
21. Radio
22. Lampu suluh (boleh cari yang sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)
23. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)
*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang).
Jadi, orang ramai bolehlah beli siap-siap sebab bencana ini datang di luar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan. Semoga kita sentiasa dilindungi.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Sebuah keluarga dipuji ramai kerana membersihkan jalan sebaik selesai membakar mercun bersempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Rabu lalu.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai ninanino, dia telah memuat naik rakaman sewaktu jiran berdekatan rumahnya bergotong-royong menyapu mercun yang telah dibakar di hadapan rumah.
Tidak hanya seorang bahkan seluruh keluarga dilihat masing-masing bersungguh-sungguh membersihkan kesan-kesan berwarna merah sehingga laluan tersebut kembali bersih seperti sebelum mereka membakar mercun.
Pun begitu lebih mulia lagi bila jiran yang berada di hadapan rumah turut sama membersihkan kawasan jalan berkenaan beramai-ramai.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan berkenaan kerana masih menjaga kebersihan serta keselesaan jiran tetangga.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Pagi tadi ayah kanak-kanak ini telah memuat naik satu lagi posting di laman Facebooknya memberitahu tentang keadaan Fawwaz bertambah baik. Bengkak pada dahi dan matanya mulai surut. Mukanya juga mulai berseri. Pun begitu mereka sekeluarga masih menunggu keputusan ujian imbasan CT dari doktor.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan Fawwaz.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini bangga apabila anaknya cemerlang akademik dan olahraga selepas berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) dalam acara pecut 100 meter.
Menerusi Instagramnya, Rita berkongsi kisah kejayaan anak sulungnya itu kepada semua pengikutnya malah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Tambah Rita lagi, Rayyan telah mencipta rekod baru untuk acara lari 100 meter apabila mencatatkan 11.44 saat sekaligus memadamkan rekod terpantas yang pernah diperoleh pada 20 tahun lalu iaitu 11.58 saat.
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy bangga” tulisnya.
“Tahniah team Subes dan cikgu-cikgu. 1st day MSSD harini,” katanya berkongsi.
Tambah Rita lagi, dia begitu terharu kerana anaknya bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran bahkan dalam sukan dan olahraga.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video dari ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang turut sama mengucapkan tahniah.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.