Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru-baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance.
Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak-kanak yang dijangkiti difteria ketika penularan wabak itu pada tahun 2018. Dia yang bertugas di sebuah hospital di selatan tanah air ini menceritakan kesan buruk yang terjadi kepada kanak-kanak dan bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin.
ANGGAPLAH SAYA SEORANG SAKSI, BUKAN DOKTOR
….ATAU PUN KADAR ANTIVAKSIN LEBIH BANYAK, SAYA MAHU BERSANGKA BAIK
Sama seperti menyambut kelahiran adik-adik baru sebelum ini, anak-anak pasangan selebriti Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isteri, Dr Halina tetap teruja bertemu dengan adik baru mereka.
Menerusi Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sekeping gambarnya yang sedang memangku bayi, Sheikh Muhammad namun turut dikerumuni kakak dan abang-abangnya.
“All the kid excited nak tengok baby. Semua nak cium, nak peluk. Seronok pula macam ni,” luahnya terharu.
Gambar kenangan itu diabadikan bapa penyayang itu buat kenangan apabila kesemuanya membesar nanti.
Masing memperlihatkan wajah yang cukup gembira dan teruja untuk bertemu dengan si comel Sheikh Muhammad.
Baby Sheikh Muhammad Jaundis
Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru Dr Sheikh Muszaphar lagi, anak ketujuhnya itu terpaksa tinggal lebih lama di hospital untuk memantau masalah jaundis yang dihadapinya.
“Baby jaundis pulak. Nampaknya masih lagi di Hospital. Semuanya baik-baik saja untuk Dr Halina dan dah boleh discharged tapi Muhammad belum lagi.
“Terpaksa pantau tahap Bilirubinnya dulu. Ia dipanggil jaundis fisiologi. Biasanya berlaku pada hari ke-2 sebab hati belum matang tak dapat keluarkan bilirubin dengan cepat.
“Sayu pulak kena ambik darah setiap hari. Semoga cepat sembuh Muhammad. Kami semua menunggu,” tulisnya sayu.
Tiada seorang ibu bapa pun mahu lihat anak-anaknya sakit. Tapi jika dah ditakdirkan, tiada daya kita untuk menolak melainkan dengan izin Allah dapat sembuh kembali.
Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang bapa yang memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.
Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.
Ikuti perkongsiannya yang cukup menyentuh hati
Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.
Di mana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.
Sebak dan sedih hati bercampur pilu seorang kanak-kanak Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.
Di sini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.
Budaya berpantang selepas bersalin merupakan tradisi turun temurun yang kebiasaannya diamalkan wanita di Asia, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian Eropah dan biasanya melibatkan waktu rehat untuk si ibu selama 30 hari. Kerja-kerja rumah diagihkan kepada keluarga terdekat atau pengurus profesional yang memasak, membersih dan membantu penjagaan bayi.
Fahaman tentang kestabilan ‘panas dan sejuk’ adalah konsep dalam teori kesihatan kuno yang didapati wujud dalam budaya tradisional Latin Amerika, Asia dan Afrika. Dalam perubatan Yunani, teori humoral yang menyebut tentang empat elemen tubuh manusia juga membincangkan kestabilan ‘panas dan sejuk’.
Disebabkan darah dilihat sebagai ‘panas’, wanita yang baru melahirkan dan telah banyak kehilangan darah dianggap sebagai berada dalam keadaan ‘sejuk’. Disebabkan itu, berpantang selepas bersalin dilihat sebagai bertujuan untuk memastikan si ibu dihangatkan dengan mencukupi untuk kestabilan elemen humoral badan.
Di pedalaman Guatemala contohnya, bidan akan mengarahkan ibu yang baru melahirkan mandi dengan air panas untuk menghangatkan badan mereka di samping membantu penyusuan susu badan. Keutamaan makanan panas ini juga dapat dilihat dalam masyarakat Timur Tengah yang beranggapan bahawa makanan sejuk selepas bersalin meningkatkan risiko mendapat artritis atau rehumatisme.
Meskipun terdapat beberapa perbezaan dalam tempoh masa, diet dan pantang-larang yang diamalkan, konsep berpantang antara kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India adalah lebih kurang sama. Pada asasnya berpantang selepas bersalin dalam masyarakat ini dilihat bertujuan untuk mengeluarkan angin daripada badan selepas bersalin, menggalakkan peredaran darah, menguatkan sendi dan menggalakkan susu ibu di samping mengelakkan makanan yang menyejukkan.
Pantang-larang dan makanan yang disarankan sewaktu berpantang tidak disokong dengan kajian saintifik yang menyeluruh. Bahkan terdapat pantang-larang yang sebenarnya boleh memudaratkan si ibu. Pengambilan air yang mencukupi, contohnya, merupakan suatu keperluan penting untuk ibu menyusu.
Terdapat amalan berpantang yang mungkin mempunyai rasional suatu masa dahulu tetapi perkembangan dalam prosuder kelahiran dan teknologi yang digunakan membuatkannya tidak relevan lagi. Sebagai contoh, benang jahitan masa kini tidak lagi menggunakan bahan yang boleh menyebabkan keradangan sehingga para ibu perlu berpantang makanan untuk mengelakkan kegatalan dan berpantang daripada hubungan kelamin untuk tempoh sehingga 100 hari.
Meskipun tidak disokong oleh kajian saintifik, ini tidak bermakna amalan berpantang selepas bersalin adalah karut semata. Salah satu aspek dalam amalan berpantang, iaitu persoalan pemakanan ialah persolan yang sangat mengundang debat walaupun dalam kalangan pakar. Kompleksiti setiap makanan yang bukan sekadar terdiri daripada makronutrien (karbohidrat, protein, lemak) serta perbezaan metabolisme dan mikroorganisme dalam sistem pencernaan manusia bererti terdapat perbezaan luas dalam kesan pengambilan makanan terhadap individu.
Dalam satu perbandingan kajian yang mengkaji kaitan risiko kemurungan dalam wanita Cina yang berpantang, 8 kajian mendapati berpantang membantu mengurangkan risiko manakala 4 kajian mendapati berpantang boleh meningkatkan risiko.
Jelasnya, terdapat aspek amalan berpantang yang mengurangkan tekanan bagi si ibu, manakala aspek lain seperti konflik dengan ibu mertua, pantang-larang yang memudaratkan si ibu boleh memburukkan keadaan.
Oleh itu, jadilah lebih fleksibel dengan membentuk amalan berpantang yang sesuai dengan anda. Kebanyakan ibu baru akan berasa gembira dimanjakan dengan sistem sokongan sosial yang mengambil alih tugas-tugas rumah dan memberikannya peluang untuk menumpukan perhatian kepada bayi yang baru lahir.
Anda berhak untuk berpantang dengan erti kata diberi peluang untuk pulih dan fokus kepada bayi, bukannya berpantang dengan erti kata mengikuti senarai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan secara membuta tuli.