Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida menggunakan pendekatan memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya, Aisya Humaira.
Umie, 46, atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata, method yang digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak itu turut dipraktikkan untuk Aisya.
“Alhamdulillah, sekarang Aisya sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua.
“Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.
“Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan sudah boleh hafal.
“Jadi, method sama saya buat kepada Aisya yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Umie yang juga pelakon filem Dukun berkata, pendekatan dibuat itu dapat mendidik dirinya menjadi manusia lebih baik.
Ads
“Allah bagi anak ini untuk mendidik kita yang kadang kala alpa dan leka.
“Anak ini mendidik saya menjadi manusia yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita mohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita.
“Apa yang kita buat terbaik untuk anak kita, dalam masa sama untuk diri kita juga,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Umie berkata, kehadiran anak syurga itu dalam hidupnya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah rezeki yang tidak ternilai.
Anak angkatnya yang diambil pada Julai lalu ketika usianya 12 hari adalah hadiah paling berharga dan sangat besar maknanya buat seluruh keluarga Umie Aida.
Umie yang berkahwin dengan Khairuddin Mac 2010 tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25.
Kenali alat penggendong yang amat bermanfaat untuk menggalakkan bonding antara ibu bapa dan bayi. Ia memberikan keselesaan dan menjaga emosi anak yang dikendong dan umpama “tangan ketiga” buat ibu bapa yang menggunakannya.
Berbanding kereta sorong, bayi yang digendong menggunakan alat penggendong lebih mudah dikendalikan. Lebih-lebih lagi jika anda menyusukan dengan susu ibu. Si anak dapat menyusu dengan tenang kerana emosinya adalah lebih stabil apabila berada dekat dengan anda sepanjang masa dia digendong. Malah, keyakinan diri anda sendiri pun dapat dipertingkatkan apabila berasa selesa dan terlindung tatkala menyusukan anak tanpa perlu khuatir dengan khalayak ramai.
1.Baby pouch
Ia merupakan alat penggendong yang diperbuat daripada kain yang dijahit khas bersesuaian dengan saiz ibu atau bapa yang bakal menggunakannya. Baby pouch akan membentuk poket yang besar untuk meletakan bayi. Anda boleh memilih sama ada saiz S, M, L atau XL. Saiz ini berdasarkan kepada saiz bahu hingga ke tulang pinggul si ibu atau bapa.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan alat penggendong jenis ini, adakalanya perlu membeli dua saiz baby pouch terutamanya jika anda dan suami berlainan saiz. Jika tidak, anda dan suami tidak boleh berkongsi baby pouch yang sama, melainkan ia adalah baby pouch boleh laras.
2.Ring sling
Berlainan dengan baby pouch, ring sling dihasilkan daripada kain yang panjang iaitu 68 inci (mengikut kesesuaian pemakai) dan mempunyai ring (gegelang) khas. Penggunaan ring membolehkan ring sling dilaraskan mengikut saiz pemakai. Kebanyakan ring yang terdapat di pasaran telah diuji ketahanannya demi memastikan keselamatan bayi sepanjang ia digunakan. Perlu anda tahu bahawa terdapat dua jenis gegelang yang biasa digunakan iaitu nilon dan aluminium. Sesetengah ring sling dilengkapi dengan span untuk memberikan keselesaan pada ibu dan bayi.
Dalam pada itu, dengan menggunakan ring sling juga, anak anda boleh menggunakannya dalam lima posisi berlainan iaitu berbaring, duduk, kendong di bahagian sisi, kanggaru dan belakang. Kelebihannya, anda dan suami boleh menggunakan ring sling yang sama biarpun berlainan saiz tubuh.
3.Wrap
Alat penggendong jenis ini pula adalah sehelai kain yang panjang yang perlu diikat ke tubuh. Terdapat beberapa cara ikatan yang boleh diguna pakai semasa membawa anak. Wrap boleh dipakai sehingga anak berusia tiga tahun bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan. Fabrik lembut dan meregang selalunya digunakan semasa awal kelahiran dan fabrik yang lebih kukuh digunakan apabila anak semakin besar dan berat. Pastikan anda boleh mencium bayi apabila bayi berada dalam wrap, kedudukan badannya tetap (bukan bebuai seperti hammock) dan pastikan bayi bernafas dengan baik.
Menariknya, apabila menggunakan wrap, berat badan diampu secara serata oleh tubuh iaitu bahu kanan dan kiri serta bahagian belakang si pembawanya. Apa yang pasti, wrap juga sesuai untuk digunakan oleh anda yang gemar melakukan aktiviti luar.
4.Soft structured carrier
Alat penggendong moden ini mempunyai pengancing (buckle) khas. Alat ini yang lebih dikenali sebagai SSC sangat mudah diguna pakai. Apatah lagi, ia amat sesuai untuk membantu anda menggendong bayi sejak umurnya empat bulan sehinggalah berat badannya mencecah 17kg.
Sesetengah SSC mempunyai ciri unik seperti mempunyai tempat khas untuk bayi menempatkan kedua-dua belah tapak kakinya, tempat anda menggantung beg tangan serta terdapat selungkup yang boleh digunakan untuk melindungi kepala si manja ketika diperlukan.
5.Mei tai
Mei tai kebiasaannya mempunyai tali untuk tujuan pelarasan. Empat tali yang ada pada mei tai adalah untuk membantu sokongan pada ibu, di mana dua untuk bahu manakala dua lagi untuk bahagian pinggang. Terdapat juga mei tai yang menggunakan buckle untuk memudahkan pengendalian.
6 PERINGATAN SEMASA MEMAKAI ALAT PENGGENDONG
a)Setiap kali sebelum menggunakan alat penggendong, pastikan ia berada dalam keadaan baik. Jika ada kesan koyak atau kemungkinan akan koyak, hentikan penggunaannya.
b)Hati-hati apabila melalui pintu kawasan yang mempunyai sudut atau bucu mahupun bergerak di persekitaran yang tajam atau panas. Kepala atau kaki anak mungkin boleh terdedah kepada bahaya tersebut.
c)Walaupun kedua belah tangan bebas bergerak, anda masih perlu memegang anak dengan sebelah tangan demi keselamatannya.
d)Sentiasa pegang anak anda ketika membongkok atau bergerak dengan cepat agar dia tidak jatuh atau terkeluar daripada alat penggendong.
e)Jangan pakai alat penggendong semasa memandu, menunggang motosikal atau ketika mengendalikan mesin.
f)Pastikan bahagian pinggul bagi disokong oleh penggendong bagi mengelakkan masalah hip dysplasia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setengah orang kata bayi yang tembam & ‘semangat’ itu comel. Ada pula yang menyindir dengan mengatakan bayi perlu diet dan dikawal pemakanannya. Apa pun, tanya pakar pendapat dulu.
IBU STRES BAYINYA DIKATAKAN OBES
Ramai ibu yang mengadu bayi dilahirkan dengan berat badan yang biasa iaitu 3.1 kg. Seperti kes ibu A, apabila bayinya mencecah usia lima bulan dan berat mencecah 9kg. Ditambah pla dengam mulut-mulut orang sekeliling “ Anak awak ni dah obes memandangkan beratnya naik drastik tidak sesuai dengan usia.” Pertambahan berat badan itu hanya dengan susu ibu sahaja, tanpa tambahan susu formula atau makanan lain.
Pola penyusuan bayi Ibu A juga biasa, tidak terlalu kerap. Susu ibu perahan pula hanya dibekalkan sebanyak 15 oz susu sepanjang 10 jam waktu bekerja. Tidak lama lagi dia akan mencecah enam bulan dan boleh mengambil makanan pejal. Ibu A cukup bimbang dengan keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayinya besar. Ibu A dan suaminya mempunyai berat badan ideal dan bukan daripada baka obes. Dia buntu dan mula mempersoalkan adalah ia berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan bayinya obes.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, bayi Ibu A yang umur 5 bulan dan berat 9kg berada dalam bahagian atas carta berat iatu 95th centile tetapi bukan dikategorikan sebagai obes.
Adalah penting bagi ibu bapa mendapatkan nasihat yang betul dan tepat daripada pakar pediatrik. Ini kerana pakar pediatrik akan menilai tumbesaran daripada segala aspek bukan sahaja berat dan juga trend tumbesaran, lebih penting daripada menilai pada satu jangka masa sahaja.
BABY FAT
Terdapat ramai bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif mempunyai berat yang lebih tetapi lazimnya lemak bayi atau baby fat ini tidak kekal dan berat makin seimbang apabila dimulakan makanan pejal atau pelengkap.
Tambahan pula bila bayi mula lebih aktif bergerak iaitu seperti merangkak dan berjalan, ini akan bantu dalam penyeimbangan tenaga. Tidak digalakkan sama sekali untuk mengurangkan atau mengawal pemakanan bayikerana ini adalah masa perkembangan pesat dalam tumbesran bayi. Ibu bapa perlu mendapatkan pandangan pakar pediatrik terlebih dahulu.
AMALKAN PEMAKANAN NUTRISI TINGGI
Ibu digalakkan untuk memberikan makanan dan minuman bernutrisi tinggi kepada bayi apabila bayi bersedia untuk mengambil makanan pelengkap. Amalan pemakanan sihat dengan elakkan gula dalam makanan. Hindari daripada memberi makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang rendah.
ELAKKAN MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI PENENANG
Selain itu, elakkan menggunakan makanan untuk mendiamkan bayi atau menggunakan makanan sebagai permainan. Ibu bapa perlu faham bahawa bayi menangis tidak semestinya kerana lapar. Ibu bapa juga seharus mengenali dan tahu cue dan masa ketikanya bayi anda sudah kenyang atau bila bayi itu sedang dalam kelaparan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur Bayi baring MELENTANG dan helpless tu. Umur bayi tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja…paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja bayi sendirian.
Menurut Ibu Rose, ibu bapa yang bijak, mereka tahu pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya…ya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak…maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu…bila dia besar sikit…si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah…
mmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda…lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya…bersembang? Ya bersembang…kata nak anak cepat bercakap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.