Kebahagiaan bersama tiga anak seolah-olah direntap sekelip mata apabila isteri yang baru sebulan melahirkan anak koma. Apa yang menyedihkan, ibu yang sebelum ini tempat anak-anak menumpang kasih sayang kini umpama seperti anak kecil.

Berkongsi lebih lanjut, Hussain Muddasar, 34, suami kepada Marihah Husin, 35, yang tinggal di Taman Sri Manir, Kuala Terengganu buntu memikirkan cara untuk menguruskan kehidupan setelah isterinya koma selepas sebulan melahirkan cahaya mata ketiga.

“Hanya Terlantar & Minum Susu Melalui Tiub”. Isteri Koma Selepas Sebulan Bersalin 

Tak boleh kerja kerana tiada siapa jaga isteri

Katanya lagi, kini telah masuk tiga bulan Marihah koma dan pernah dirawat selama dua bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Ketika dua bulan isteri saya di hospital, saya ada masa untuk keluar berniaga nasi briyani di tepi jalan bagi mencari sumber rezeki.

“Kini sudah hampir sebulan selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak boleh ke mana-mana kerana perlu menjaganya setiap masa,” katanya kepada Sinar Harian.

Hussain berkata, dia perlu menukarkan lampin pakai buang isterinya bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.

IKLAN

“Sekarang isteri saya hanya diberi minum susu melalui tiub yang dipasang pada saluran hidung manakala bahagian leher pula ditebuk untuk saluran pernafasan.

“Semuanya saya uruskan termasuk menguruskan anak-anak yang masih kecil memandangkan kami tiada siapa-siapa,” katanya.

Menurut Hussain, dia juga buntu memikirkan untuk mencari sumber kewangan malah sewa rumah yang didiaminya dengan kadar bayaran RM450 sebulan juga pernah tertunggak sehingga tiga bulan.

“Hanya Terlantar & Minum Susu Melalui Tiub”. Isteri Koma Selepas Sebulan Bersalin 

Rebah di dapur ketika sediakan susu

IKLAN

Menceritakan keadaan isterinya sebelum koma, Hussain berkata, isterinya rebah di dapur ketika ingin menyediakan susu untuk anak mereka pada November tahun lalu.

“Sekitar jam 3 pagi saya dengar bayi kami yang ketika itu berusia hampir sebulan menangis. Saya segera ke bilik dan melihat bayi keseorangan. Saya bergegas mencari isteri di bahagian dapur dan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri. Ketika di hospital, doktor memberitahu bahagian sebelah kanan badan isteri saya lumpuh manakala terdapat urat pada bahagian kepalanya yang pecah.

“Isteri saya ketika itu ada mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis. Ketika itu bacaan tekanan darah tingginya melebihi 200,” katanya.

Tambah Hussain, sebelum ini dia pernah memohon bantuan namun hampa memandangkan dia bukan warganegara manakala isterinya pula pemegang kad pengenalan Malaysia bagi kategori pemastautin tetap (warga Kemboja).

IKLAN

“Isteri saya dilahirkan di sini (Malaysia) di mana ibunya berketurunan Melayu manakala bapanya orang Kemboja. Kedua orang tuanya sudah meninggal dunia. Saya pula bukan warganegara dan telah 12 tahun menetap di sini,” katanya.

Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan empat bulan.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Hussain di talian 011-37494285 atau melalui akaun Bank Islam (12-289-02-00688-33) atas nama Marihah Husin.

Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI