Jika anda mencari sayur hijau yang paling senang dan murah harganya malah baik untuk kesihatan anak, sayur sawi adalah jawapannya.
Bukan sahaja mudah menyediakannya bahkan sayur sawi juga adalah sayur paling disyorkan untuk masalah kulit. Menurut Dr Mazliana Mazlan, sayur sawi ini juga amat disarankan untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema.
Lengkap dengan segala khasiat dan vitamin, ajarlah anak kecil kita ketika usianya enam bulan lagi.
Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Bayi nak mula makan? Bayi tak nak makan? Usia 6 bulan nak perkenalkan makanan macam mana? Tekstur makanan macam mana?
Bagi menjawab persoalan ini, perkongsian Puan Nur Miera boleh memberi panduan buat anda.
Bagi ibu yang nak sediakan bubur anak, tekstur bubur tidak lah terlalu cair. Jika diangkat dengan sudu ianya tidak mudah jatuh. Kenapa tak boleh cair?? Sebab semakin cair bubur nasi semakin rendahlah kalori bubur nasi tu.
Protein + sayur sebaiknya sayur berdaun hijau dan dinasihatkan bayi 6-7 bulan tidak berlebihan dalam menambah lobak/labu/cauliflower/brocoli sebab sayur jenis ini adalah dari kategori karbo dan bayi yang berlebihan karbo amat berisiko untuk mendapat sembelit.
Minyak – ini ramai ibu yang terlepas pandang. Seawal 6 bulan adalah sangat disarankan untuk menambah minyak. Minyak apa? Segala jenis minyak di bolehkan tapi kena tahu minyak zaitun hanya boleh di tambah sewaktu nak beri makan anak bukan masak ya dan sebaik baik minyak, minyak sawit adalah yang baik. Kenapa nak tambah minyak? Boleh rujuk dalam buku anak ya. Sebab minyak ni membantu dalam penyerapan vitamin A,D,E,K..
Air masak – mengikut saranan permulaan boleh beri 2-4oz sehari
Sembelit – najis sembelit ni macam tahi kambing. Kering berketul-ketul. Kalau najis anak liat macam playdoh atau keluar secalit dua itu bukan sembelit ya ibu dan normal baby 6-8 bulan meneran beria-ia menangis tapi keluar najis macam playdoh liat-liat. Anak baru belajar meneran perkara baru dia cuba nak buat. Memang akan menangis. Muka meneran jangan di hairankan sangat, kita yang besar pun time poo poo meneran, ini kan pula si anak kecil.
Normal anak baru mula makan tak berak hari-hari. 2-3 hari tak berak normal janji PANTAU. Perut anak keras berurat dan tak kentut, anak meragam terus ke klinik dapatkan khidmat nasihat doktor. Sembelit dan cirit ni satu penyakit perlu rawatan.
Penting beri finger food
6-8 bulan menu anak dari berpuree tu boleh beransur2 tukar tekstur makanan anak dari puri – lecek dan bila ke usia 8 bulan dah boleh beri separa pejal (boleh rujuk buku di bawah)
7 bulan dah boleh intro finger food jangan risau n takut anak tak ada gigi. Boleh buat pinch test guna jari picit makanan jejari kalau boleh picit bermakna makanan tu boleh di kunyah dengan gusi anak. No worries.
PENTING KE BERI FINGER FOOD?? Ya penting. Saat ini anak sedang melatih pincer grasp anak. Nanti check up 9 bulan nurse KK akan tengok perkembangan anak. Mereka akan tengok anak guna jari telunjuk dan ibu jari dalam mengutip makan.
GAGS REFLEX – normal situasi seolah tercekik tapi tu bukan cekik setiap kali anak di perkenalkan tekstur yang baru. Ianya adalah gags reflex. Mak-mak perlu tenang, biarkan anak belajar. Bagusnya gags ni supaya anak belajar meluahkan semula makanan yang dia tak terkunyah. Boleh cari di youtube tengok beza gags dan cekik..
KAEDAH BERI MAKAN – Jangan terkejut ada baby 6 bulan di beri makan sendiri dengan pemakanan finger food atau nasi ianya di panggil kaedah Baby Lead Weaning atau pun ada ibu termasuk saya sendiri guna kaedah MIX WEANING iaitu gabungan teknik tradisional dan juga baby led weaning...
TAK MAKAN? –baby makan sesuap dua its ok… jangan stress ibu… sabarlah melayani anak-anak. Normal sangat-sangat anak makan sikit-sikit ni sebab usia ni dia sedang meroket membesar mengexplore dunia. Nak tumbuh gigi, nak berjalan, nak merangkak dan upgrade skill. Semua ni adalah 1 proses buat anak dan silibus bab makan tu kira jatuh yang terakhir sekali. Boleh rujuk buku di bawah ada nyatakan kekerapan dalam beri anak makan. Makan sikit tak apa. Anak tutup mulut rapat-rapat tak apa. Ibu tambah kekerapan makan setiap sejam dua. Sikit-sikit lama-lama habis 1 portion kan.
CUCI MULUT ANAK (oral stimulation) – Ini wajib setiap hari ya ibu. Cucilah gigi, lidah, lelangit, belakang pipi dan gusi.
Anak tak nak?? Tak pe buat hari-hari sebab tu cuci mulut ni kita buat sejak dari lahir lagi. Cuci lidah kan? haa macam tu la cuma tambah keliling mulut.
Kredit: Nur Miera
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Durian sebenarnya cukup banyak kelebihannya dan paling mak ayah perlu tahu, durian boleh membantu stabilkan mood anak dan mudahkan anak untuk tidur.
Bukan hanya baik untuk anak-anak kecil, bahkan banyak juga kelebihan untuk ibu menyusu. Baca kelebihan duit buat anak dan ibu menyusu, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Durian boleh bantu stabilkan mood dan mudahkan anak tidur tau. Jomlah kenalkan durian dengan anak-anak.
Dalam durian ada tryptophan. Penting untuk beberapa fungsi utama dalam badan. Waktu proses penghadaman berlaku, tryptophan akan bertukar kepada serotonin, yang mana akan bantu stabilkan mood dan tenangkan perasaan kita.
Tryptophan juga ditukarkan kepada melatonin. Hormon penting untuk kawal tidur dan buatkan kita cepat mengantuk.
Korang perasan tak, kalau ibu menyusu makan durian, mesti meriah kan susu. Sebab terlebih gembira lah tu, hormon serotonin beriya keluar. Ibu happy, susu pun banyak, anak pun seronok.
Durian tinggi dengan lemak baik jugak tau. Lemak tak tepu yang bagus untuk jantung dan saluran darah. Durian takde kolesterol ya, betulkan salah faham kita. Tumbuhan tak pernah ada kolesterol pun.
Durian pun bagus untuk imuniti anak. Ada kandungan vitamin C dan antioksida, bagus untuk lawan radikal bebas dan bantu support imuniti melawan jangkitan bakteria dan virus.
Cuma durian ni, tinggi gula semulajadi. Yang ada kencing manis, stabilkan duli kencing manis sampai dah tak perlu makan ubat, barulah boleh cari durian nanti.
Durian jugak ada kandungan sulfur. Yang mana bukan semua sesuai makan durian.
* Kembung perut. * Muntah. * Serangan asthma. * Sakit kepala. * Gatal-gatal.
Kalau korang ada simptom ni bila makan durian, elakkan dulu durian k. Betulkan perut. Tinggalkan makanan proses, banyakkan ambil real food. Ambil banyak makanan tinggi vitamin C dan antioksida yang lain.
Yang takde masalah macam ni, teruslah makan dengan senang hati. Tak selalu kan dapat nikmat makan durian. Ajar anak makan sekali tau.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dan kurangkan proses food pada anak-anak dan keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang sedang membesar dan masih bersekolah memerlukan makanan yang sihat untuk membantunya mengingati banyak perkara ketika belajar. Bantulah anak kecil kita dengan memberikan makanan yang sihat dan baik.
Sebagai panduan ibu dan ayah, tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah. Jom ikuti perkongsian Pn Hanis Athirah Rusli.
Pastikan 7 makanan ni sentiasa ada di rumah. Sentiasa diberi pada anak sebagai makanan harian.
Penting untuk otak anak, mudah fokus dan tajam ingatan.
1. Kurma
Mengandungi vitamin B6 yang penting untuk metabolisme otak, meningkatkan neurotransmiter yang berhubungan dengan konsentrasi dan fokus.
2. Kismis
Dalam kismis ada kandungan serat dan antioksidan yang juga membantu menjaga kesihatan otak dan memberikan kesan positif pada fokus tumpuan anak.
3. Air nabeez
Air nabeez ni merupakan air dibuat dengan rendaman kurma. Air ini memiliki manfaat yang sama dengan kurma itu sendiri iaitu memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk otak dan menjaga konsentrasi.
4. Madu
Madu membantu memberikan tenaga yang seimbang dan mencegah keletihan yang boleh mengganggu fokus.
5. Habbatussauda’
Dalam habatussauda ni terkandung asam lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak.
6. Minyak zaitun
Minyak zaitun memberikan nutrisi yang cukup kepada otak, memperbaiki konsentrasi dan kemampuan mental anak.
7. Kekacang
Kekacang seperti almond mengandungi lemak omega-3 dan vitamin E yang berguna untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan anak terhadap yang mereka pelajari.
Boleh cuba ya. InsyaAllah hasilnya luar biasa, bila amalkan makanan macam ni.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.