Jika anda mencari sayur hijau yang paling senang dan murah harganya malah baik untuk kesihatan anak, sayur sawi adalah jawapannya.
Bukan sahaja mudah menyediakannya bahkan sayur sawi juga adalah sayur paling disyorkan untuk masalah kulit. Menurut Dr Mazliana Mazlan, sayur sawi ini juga amat disarankan untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema.
Lengkap dengan segala khasiat dan vitamin, ajarlah anak kecil kita ketika usianya enam bulan lagi.
Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya. Sebenarnya, jus buah boleh dianggap sebagai minuman manis kerana proses penghasilannya menghilangkan serat penting yang terkandung dalam buah.
Bagi bayi yang berusia di bawah satu tahun, tiada keperluan untuk memberikan jus kecuali atas sebab-sebab tertentu yang disarankan oleh pakar. Sebaiknya, elakkan terus memberi jus kepada bayi kerana ia tidak memberikan manfaat yang signifikan.
Memakan buah-buahan segar adalah pilihan terbaik kerana buah dalam bentuk asalnya mengandungi nutrien lengkap, termasuk serat yang penting untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Sebaliknya, jus hanya memberikan gula dan sedikit vitamin tanpa manfaat serat.
Jika ingin menambahkan rasa pada air minuman, air berperisa semula jadi seperti infused water adalah pilihan yang lebih baik. Dengan menambahkan potongan buah ke dalam air, anda boleh menikmati rasa buah tanpa kehilangan serat dan nutrien pentingnya.
Sebagai kesimpulan, makan buah dalam bentuk asal adalah jauh lebih bermanfaat berbanding minum jus. Pilihan ini bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga dapat memastikan anda mendapat serat yang diperlukan oleh tubuh.
Makanan pelengkap ataupun ‘Complementary Feeding’ adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula. Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat, susu ibu sahaja tidak memadai untuk menepati keperluan pemakanan bayi, terutamanya zat besi dan zink.
Bilakah masa yang terbaik untuk memperkenalkan makanan kepada bayi?
Makanan yang terbaik setelah bayi dilahirkan adalah susu ibu. Menurut World Health Organization (WHO) dan juga American Academy of Paediatrics (AAP), setelah bayi mencecah usia 6 bulan, bayi disarankan agar diberi makanan selain daripada susu ibu atau susu formula.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anak saya sudah bersedia untuk diperkenalkan makanan?
Selain daripada umur bayi, kesediaan bayi untuk memulakan makanan pelengkap juga bergantung kepada kematangan sistem percernaan dan aspek perkembangannya untuk menerima makanan selain daripada susu. Setiap anak adalah berbeza dan berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sudah bersedia untuk diberi makanannya yang pertama:
Pada umur 6 bulan atau lebih, bayi juga akan mempunyai perkembangan dari aspek koordinasi di bahagian lidah dan bibirnya. Koordinasi ini adalah penting kerana ia membantu bayi untuk menerima makanan tanpa menolak makanan keluar semula dengan menggunakan lidah dan tiada lagi reflex tujahan lidah atau ‘tongue-thrust reflex’. Jadi, bayi dapat mengumpul makanan di dalam mulut, menggerakkannya di sekeliling mulut dan menghalakan makanan ke bahagian hujung lidah untuk ditelan.
Anak saya yang berumur 4 bulan sudah mula mencapai makanan dan kelihatan lebih lapar dari biasa. Bolehkah saya mula memberi makanan kepadanya walaupun usianya masih belum mencapai 6 bulan?
Pakar-pakar kesihatan dan juga pakar penyusuan ibu seperti WHO, AAP dan UNICEF menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara ekslusif 6 bulan yang pertama dan seterusnya diberi makanan pelengkap setelah umur mencapai 6 bulan. Kebanyakan bayi akan bersedia untuk makan dari aspek perkembangan dan juga fisologi apabila umur mereka di antara 6 hingga 8 bulan.
Di antara sebab-sebab mengapa ibu perlu menunggu sehingga bayi betul-betul bersedia untuk diberi makanan adalah:
Anak saya berumur 6 bulan dan sudah bersedia untuk diberi makanan pelengkap. Berapa kerap saya perlu beri anak saya makan?
Menurut WHO (World Health Organization), bayi diberi makanan pelengkap selepas umur 6 bulan dan penyusuan susu ibu diteruskan. Pada peringkat awal, ibu boleh memberi makanan kepada bayi 2 ke 3 kali sehari semasa umur 6 ke 8 bulan, kemudian dinaikkan ke 3 ke 4 kali sehari pada umur 9 ke 11 bulan, dan seterusnya menambah lagi 1 ke 2 kali sehari snek yang bernutrisi pada umur 12 ke 24 bulan.
Apakah makanan yang digalakkan untuk bayi saya?
Pemakanan yang sihat perlu dimulakan dari awal lagi untuk menggalakan tabiat yang sama sehingga mereka dewasa kelak. Tawarkan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, daging dan tenusu. Buatlah seperti satu pelangi di atas pinggan anak anda yang mempunyai makanan yang bewarna-warni.
Contoh makanan digalakkan adalah seperti:
Apakah makanan yang tidak boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan?
Apakah minuman yang sesuai untuk diberi setelah bayi mula makan?
Anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa. Sekiranya anda masih menyusu badan, susu anda akan melindungi terhadap penyakit-penyakit selagi anda masih meneruskan penyusuan. Semasa diberi makan, bayi boleh diberi sedikit air masak, lebih-lebih lagi apabila diberi makanan protein kerana ia mempunyai beban osmolar. Bayi boleh diberi air masak sebanyak 4 ke 6 oz dalam sehari. Elakkan daripada memberi air seperti teh dan kopi yang boleh mengurangkan jumlah zat besi yang diserap dari makanan. Minuman berkabonat juga adalah dilarang.
Oleh:Dr Tengku Putri Zainab bt Tengku Ab Malek
Pakar Pediatrik
Sunway Specialist Centre Damansara
FB: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Putri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang jika anak ada masalah fokus dan memori, telur antara menu wajib yang kita perlu bagi pada mereka. Yang ada alahan, memang dikecualikan, tapi kalau yang tak ada, jangan tinggalkan menu berasaskan telur, pastikan bagi setiap minggu. Pastikan, tau.
Telur ni sumber protein yang murah harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Nutrisi memang terbaik. Tak mahu sebut tentang jenis telur biasa atau bebas hormon/antibiotik apa semua. Fokus kita tentang khasiat.
Kuning telur mengandungi Choline, yang berfungsi meredakan keradangan pada otak dan meningkatkan fungsinya. Ia membantu komunikasi antara sel-sel otak dan kekalkan memori anak, dalam apa saja yang dipelajari, dilihat, dibuat setiap hari.
Otak kita ni seperti centre, pusat segala aktiviti dan fungsi badan. Ia berperanan untuk bantu jantung berdegup dengan stabil, paru-paru berfungsi dengan baik supaya anak dapat bergerak aktif, bagus derianya dan daya berfikir sentiasa baik.
Sebab itu penting untuk kita jaga otak anak. Makanan yang mereka makan amat membantu kesihatan otak, mereka dapat fokus dalam proses belajar dengan baik, dapat ikuti dan dengar arahan dengan cemerlang.
Jaga bab makanan yang kita beri pada anak sebab ia mempengaruhi fungsi otak.
Paling penting, bila otak mereka dalam keadaan baik, behaviour juga akan tenang, tak mudah tantrum atau bertindak kasar, mudah mengamuk dan sebagainya.
Pernah baca kajian tentang kumpulan kanak-kanak yang diberikan junkfood, tinggi gula/pewarna makanan yang banyak merosakkan sel otak dan kumpulan yang diberikan makanan semulajadi sahaja? Apa hasilnya? Berbeza sangat behaviour kedua-dua kumpulan ini. Satu amat agresif dan sukar mengawal tingkahlaku, satu lagi lebih tenang dan mudah dikawal.
Itu belum sebut tentang kajian bagaimana makanan tinggi gula, MSG, pewarna tiruan, junkfood merosakkan sedikit demi sedikit sel-sel otak anak. Suka atau tak, ia kenyataan.
Vitamin B16, B12 dan folate yang ada dalam telur juga berperanan besar membantu otak anak sihat. Jika B12, ia siap bantu regulatekan paras gula dalam otak. Mood lebih stabil, aktiviti harian anak lebih smooth, Insya Allah.
Oh lupa nak sebut juga, Choline tadi juga dapat bantu otak anak hasilkan neurotransmitter untul bantu stabilkan mood mereka. It’s a type of food which makes kids happy.
Banyak kajian yang kaitkan tentang fungsi Choline ni terhadap memory and mental function. Concentrated sources of Choline paling mudah dapat dalam telur. Anak, mak, ayah, semua bagus makan.
Anak dah bosan makan telur separuh masak? Masya Allah banyak sangat idea masak telur yang kita boleh buat. Kalau search di internet, guna keyword EGG RECIPES IDEAS, cuba tengok semua gambar mengancam.
Possible tau untuk kita sediakan menu macam ni. Telur rebus, telur separuh masak, telur goreng dah bosan, cuba style lain. Kreativiti dan gabungan resipi dengan bahan-bahan sihat yang lain memang dapat bantu kita sediakan menu menarik yang anak tak bosan.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Testis tidak turun atau cryptorchidism sering tidak disedari oleh ibu bapa. Ketahui tanda, risiko terhadap kesuburan, kanser testis serta kepentingan rawatan awal untuk melindungi kesihatan anak lelaki.