“Saya Cakap Mandarin, Haris English”. Shila Amzah Berhasrat Ajar Bayinya Lebih Satu Bahasa

Share

Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang hamil memaklumkan dia ingin meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin kerana berhasrat untuk bercakap Mandarin dengan anaknya bila dilahirkan nanti.

Menerusi twitternya, Shila memuat naik status tersebut dengan berkongsi dia mahu bercakap Mandarin sepenuhnya dengan anak dan suaminya pula boleh ajar English.

Hasratnya itu mendapat reaksi positif dari peminat dan menyokong tindakan Shila untuk memperkenalkan lebih dari satu bahasa pada anak.

Cuma ada juga peminat menasihatkannya supaya jangan terus ajar serentak kerana bimbang bayi akan keliru. Perkenalkan secara berperingkat kerana otak bayi lebih cepat belajar.

Pada 17 Februari lalu Shila mengumumkan dia sedang hamil dan mengalami alahan seperti muntah, banyak tidur dan tidak boleh makan banyak.

Sebelum itu, tindakan berdiam diri penyanyi bersuara lunak ini di media sosial terjawab apabila dia mengumumkan sedang hamil di Instagram baru-baru ini. Shila bagaimana pun tidak mendedahkan usia kehamilannya.

Shila mengakui kurang aktif di media sosial ekoran daripada alahan mengandung yang dialaminya dan berterima kasih atas doa dari semua peminatnya.

Sumber: Twitter Shila Amzah

IKLAN