Ramai yang sukakan perwatakan manis pelakon cantik, Datin Atikah Suhaime. Biarpun berkahwin dengan ahli perniagaan berjaya dan kehidupannya sangat mewah namun Atikah mempunyai pendekatan berbeza dalam membesarkan anaknya, Lyla Mulan Teh.
Mengakui yang dirinya bernasib baik kerana berjodohan dengan suami yang dilahirkan dalam keluarga mewah, namun Atikah memilih untuk mendidik anaknya dalam kesederhanaan.
Melalui perkongsian di TikTok miliknya, Atikah mengulas tentang pendapat warga net yang mengatakan dia seorang yang humble kerana tidak pernah menunjuk-nunjuk kemewahannya.
Ads
Namun kata Atikah, pembawaan dirinya dan cara dia membesarkan anak lebih kepada mengikut cara ibunya dahulu.
Ads
“Ramai yang tertanya-tanya cara saya jaga anak dan kata saya humble. Sebenarnya tak humble mana pun, tapi saya cuma ikut cara Mama besarkan saya dulu.”
Kata Atikah lagi, dia dilahirkan dalam keluarga yang biasa sahaja jadi sudah terbiasa dengan kehidupan sederhana dan tidak pandai mengenakan barangan mewah.
Ads
“Saya orang biasa, tak pandai nak beli barang mewah. Lainlah kalau lahir dari keluarga macam suami, mungkin saya pandai pakai barangan branded. Cuma saya bernasib baik sebab berkahwin dengan suami saya.”
Melalui perkongsiannya juga, aktres berusia 34 tahun itu juga menitipkan pesanan agar jangan sesekali membandingkan caranya membesarkan anak dengan ibu ayah lain di luar sana.
Menurut isteri kepada Datuk Luqman Teh ini, caranya mungkin berbeza dengan orang lain tapi baginya semua ibu tetap hebat tanpa mengira pakai barangan mewah atau tidak.
Tonton video ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tak buat ujian jantina bayi, nak buat kejutan. Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
MENGAKUI BAHAWA KEHAMILAN KALI INI LEBIH MENCABAR BERBANDING DUA KEHAMILAN SEBELUM INI, KONGSI EZZATY, DIA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK.
UJARNYA LAGI MUNGKIN KERANA KEHAMILAN SEBELUM INI DIA ‘ENJOY’ MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
JELAS EZZATY LAGI, DIA DAN SUAMINYA TIDAK MELAKUKAN UJIAN IMBASAN (PEMERIKSAAN JANTINA) ANAK KETIGA MEREKA KERANA INGINKAN KEJUTAN.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
Cabaran terbesar ibu bapa ialah mendidik anak yang nakal. Setiap ibu bapa ingin mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mengenal penciptaNya dan berbakti kepada ibu bapa.
Namun berdepan dengan kedegilan anak-anak membuatkan mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai tipis.
Tip yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan.
Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak suplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibu bapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibu bapa, dan sebagainya.
Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak Insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Eczema atau ekzema adalah masalah kulit kronik yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak. Kulit mereka menjadi merah, gatal, kering dan mudah luka akibat digaru. Walaupun ia bukan penyakit berjangkit, eczema boleh menjejaskan kualiti hidup anak kerana rasa tidak selesa dan tidur terganggu.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masalah eczema:
Genetik – Jika ibu atau bapa ada sejarah resdung, asma atau alergi, anak lebih berisiko.
Kulit sensitif – Kulit bayi yang nipis dan kurang lembapan lebih mudah kering.
Pencetus (trigger) – Habuk, suhu panas, sabun kuat, makanan tertentu (contoh: telur, susu lembu, kekacang) boleh mencetuskan flare-up.
Sistem imun – Kanak-kanak yang sistem pertahanan badannya lebih reaktif cenderung mengalami keradangan kulit.
Walaupun eczema tidak boleh sembuh sepenuhnya, ibu bapa boleh mengurangkan serangan dengan langkah pencegahan berikut:
Jaga kelembapan kulit
Sapukan pelembap sesuai (fragrance-free, hypoallergenic) setiap kali selepas mandi dan bila kulit nampak kering.
Gunakan losen, krim atau balm yang bertekstur pekat untuk tahan lebih lama.
Pilih sabun dan pencuci yang lembut
Elakkan sabun yang ada pewangi atau bahan kimia keras.
Pilih pencuci baju bayi yang bebas pewangi dan hipoalergenik.
Mandikan anak dengan betul
Jangan mandi terlalu lama, cukup 5–10 minit dengan air suam (bukan panas).
Selepas mandi, keringkan dengan menepuk lembut, bukan menggosok.
Kawal suhu dan persekitaran
Pastikan bilik anak sejuk, tidak terlalu panas dan kering.
Elakkan pendedahan pada habuk, asap rokok, dan bulu haiwan jika anak sensitif.
Pakaian yang sesuai
Pilih fabrik kapas yang lembut dan menyerap peluh.
Elakkan pakaian ketat atau berbulu kasar yang boleh mencetuskan kegatalan.
Kenal pasti dan elak pencetus makanan
Catatkan makanan yang dimakan bila eczema flare-up berlaku.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengelak makanan tertentu.
Rawatan awal bila tanda mula muncul
Jika nampak kulit anak mula merah dan gatal, segera sapu pelembap atau krim yang disarankan doktor.
Elakkan anak menggaru dengan memotong kuku pendek atau pakaikan sarung tangan lembut.
Bawa anak berjumpa doktor sekiranya:
Ruam semakin merebak dan bernanah.
Anak sukar tidur kerana kegatalan teruk.
Pelembap biasa tidak berkesan lagi.
Kesimpulannya, eczema bukan sekadar masalah kulit biasa. Ia memerlukan perhatian berterusan, penjagaan rapi dan kesabaran. Dengan langkah pencegahan yang konsisten, ibu bapa dapat membantu anak mengurangkan rasa tidak selesa dan hidup lebih selesa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!