Baru sahaja pulang dari menjaga bayi keenamnya dari hospital akibat jangkitan RSV, Datin Shahida pula perlu menjaga dua anaknya yang dijangkiti HFMD dan demam.
(RSV: Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.)
(HFMD:Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.)
Bila anak ramai, begitulah terpaksa bergilir menjaga mereka kerana mereka sangat mudah menjangkiti sesama mereka. Yang adik baru baik, abang dan kakak pula sakit. Itulah orang kata dugaan anak-anak sedang membesar.
Ads
Ibarat seperti jururawat, itulah yang dirasai oleh Datin Shahida, pengasas kosmetik di bawah jenama Dherbs.
‘Lepas sorang keluar hospital..balik je rumah yusoff lagi pula kena HFMD’
‘Memang musim penyakit…Raudhah pula dah start demam..”
“Bayangkan dah macam nurse saya kat rumah ni..melawat sorang-sorang dalam bilik bagi ubat😅 3 sekali nak kena monitor…”
Ads
Rata-rata wargamaya turut bekongsi pengalaman sama di mana anak-anak mereka turut mengalami gejala HFMD dan asyik sakit sejak kebelakangan ini.
azwa_wanie96’s profile picture Rmai bby kena penyakit ni datin termasuk ank jiran sy 2 org dh.. skrg semua kna kuarantin lpas kluar hsptl…semoga ank datin cpt sembuh..
milazzmokhtar’s profile picture Masak kecik2 anak saya kena penyakit ni.. lepas baik banyak kuku rosak dan tercabut…semoga anak2 datin lekas sembuh
Ads
faradiba.azahar’s profile picture Ank sy pn baru lepas sembuh… 2 org sekali kena.. mmg kesian.. satu bdn penuh.. pedih.. 😭 rajin sapu lotion calamine/mandikan dgn sabun neem… itu yg sy ikhtiar… mudah mudahan serasi dan diberi kesembuhan.. Amiin YRA
Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanya NamaMu, Azmi Saat selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi (27 September).
Menerusi perkongsian di laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin isterinya, Nazirah Muhammad secara pembedahan itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
“Moga saya dapat menjadi ayah yang baik..”
Menurut Azmi, dia berharap dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat yang dinanti-nantikannya selama ini dan berterima kasih atas doa daripada orang ramai buat keluarga kecilnya.
“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya.
Lebih istimewa dan bermakna apabila kelahiran bayi lelaki sama dengan ulang tahun kelahiran Azmi yang ke-34 hari ini, sekali gus berkongsi tarikh hari jadi sama dengan anak sulungnya.
Sebelum ini Azmi dah bersepakat dengan isteri untuk memilih nama Afnan buat bayi lelakinya itu dan berharap dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat serta diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikutnya mengambil peluang mengucapkan tahniah serta bersyukur atas kehadiran cahaya mata berkenaan.
Alhamdulillah.. tahniah
Moga membesar menjadi kebanggaan keluarga
Sebelum ini, Azmi dan isteri yang mempunyai masalah penglihatan berkahwin pada 2011 itu sanggup menggunakan duit simpanan untuk menampung kos bersalin isteri di hospital swasta semata-mata untuk memberi semangat dan menemani Nazirah demi zuriat pertama mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak.
Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu. Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.
Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat.
Apa itu enamel, dentina dan pulpa?
Terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan di antara struktur gigi susu dan gigi kekal. Secara umumnya, jumlah gigi susu yang bakal tumbuh apabila anak anda berusia 1 tahun adalah sebanyak 6 batang. Ketika anak anda berusia 3 tahun, seharusnya kesemua 20 batang gigi susu telah pun tumbuh.
Jika dibuat perbandingan secara fizikal, gigi susu kelihatan lebih kecil dan putih manakala gigi kekal kelihatan lebih besar dan berwarna krim atau putih kekuningan.
Gigi kekal juga mempunyai bilangan yang lebih banyak iaitu sebanyak 32 batang berbanding dengan gigi susu yang hanya sebanyak 20 batang. Pada sudut anatomi, perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada ketebalan lapisan enamel (luar), dentina (tengah) dan pulpa (dalam).
Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang agak nipis berbanding dengan gigi kekal membuatkan karies gigi lebih mudah untuk merebak ke lapisan pulpa.
Oleh sebab itulah karies gigi kelihatan lebih teruk pada gigi kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Lapisan pulpa gigi mengandungi banyak urat saraf dan salur darah yang memberikan nutrisi kepada gigi. Gigi susu mempunyai lapisan pulpa yang agak besar berbanding dengan gigi kekal. Ini meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan urat saraf dalam situasi trauma memandangkan ia juga mempunyai lapisan luar yang nipis.
Memastikan keteraturan gigi kekal
Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda. Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan. Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.
Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal. Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.
Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan. Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.
Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis. Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.
Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis. Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.
Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).
Adakah gigi susu perlu dicabut?
Kebanyakan gigi susu akan tercabut dengan sendirinya apabila tiba masa untuk gigi kekal tumbuh. Proses ini kebiasaannya berlaku pada sekitar usia 6 tahun dan berlanjutan sehingga tumbuhnya gigi geraham kekal pada sekitar usia 13 tahun.
Jadi, adakah anda perlu membawa anak anda ke klinik untuk mencabut gigi? Terdapat beberapa situasi yang membolehkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi:
Apabila anak anda mengalami karies gigi.
Gigi rosak atau berlubang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf yang terletak pada lapisan pulpa gigi. Gigi ini perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang boleh mengganggu selera makan dan tidur anak anda.
Apabila gigi kekal mula tumbuh di bahagian belakang atau hadapan gigi susu.
Situasi ini akan menyebabkan terbentuknya gigi berlapis yang boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah berkaitan dengan kesihatan gigi dan gusi.Gigi susu perlu dicabut untuk memastikan keteraturan gigi kekal seterusnya mengelakkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi.
Apabila gusi kelihatan merah, bengkak dan bernanah.
Ini adalah merupakan komplikasi daripada penyakit karies gigi. Apabila karies gigi telah merebak ke lapisan pulpa, gusi akan bengkak dan bernanah. Ia perlu dicabut untuk mengelakkan kerosakan serius pada saraf gigi.
Apabila gigi kekal tidak tumbuh pada usia 8 tahun ke atas.
Dalam situasi ini, pertumbuhan gigi kekal terbantut kerana ia terletak secara langsung dibawah gigi susu. Ia perlu dicabut untuk memastikan gigi kekal dapat tumbuh dengan sihat.
Jadi sekarang anda sudah faham, bukan?
Adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memastikan dan mengajar anak-anak kita cara untuk menjaga gigi mereka dengan lebih baik. Tabiat ini boleh mengelakkan terjadinya masalah gigi berlapis yang boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi anak-anak anda!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit-sakit badan. Selain pengambilan air kosong yang secukupnya, mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah.
Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya ini baik untuk menaikkan sistem imunisasi badan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Halba
Serai
Kurma merah
Daun pandan
Gula merah/madu
Rebus dengan air seperiuk dan minum hari-hari. Ini yang saya biasa buat. Serai + pandan, rasa dia masya Allah superb. Kesan pun amazing.
Energy boosting tea yang saya selalu buat bila badan letih ada juga yang berasaskan halba dan habbatus sauda. Kedua-duanya ada khasiat yang hampir serupa iaitu bersifat anti radang, anti virus, anti bakteria, anti bengkak dan natural painkille.
Ada banyak versi energy boosting drink ibu. Tak akan nak minum yang sama hari-hari kan? Kita cuba pula resepi lain letak kembang semangkuk.
Bahan-bahan:
½ sudu besar halba
½ sudu besar habbatus sauda
Organic molasses/coconut sugar
2 helai daun pandan
2 batang serai
Secubit garam himalaya
White fungus atau kembang semangkuk
Kurma merah atau kismis
2 liter air
1. Reneh semua bahan di atas menggunakan kaedah slow cook selama 1 jam.
2. Simpan di peti sejuk. Nak minum boleh keluarkan dulu bagi hilang sejuk.
Anak usia 2 tahun ke atas pun boleh minum. Sesuai untuk berpantang juga. Untuk ibu mengandung tak perlu letak habbatus sauda kerana ia sensitif.
Semoga bermanfaat. Kita perlu sihat untuk jaga keluarga.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...