Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor sebuah klinik kesihatan di sini.
Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani dia begitu kesal apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, 2, tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.
Ads
Ads
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.
Bila fikir sekali macam mana pasangan suami isteri yang ada anak ramai boleh uruskan keperluan keluarga dengan baik. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni yang agak mencabar dan semuanya memerlukan komitmen tinggi.
Bagaimanapun kisah seorang ibu yang dikurniakan anak seramai 10 orang berusia antara 18 hingga setahun sangat mengagumkan walaupun dalam keadaan sekarang ini ramai yang berkira-kira untuk menambah anak.
Bagi Puan Nurshaleena binti Mohammad Nor, 40, anak ramai ini ibarat hadiah yang paling mahal dalam hidupnya dan suami. Ini kerana di awal perkahwinan dia dan suami terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapat zuriat.
“Selepas dua tahun menunggu dan dikurniakan anak sulung pada tahun 2002, rezeki anak tak putus pula walaupun dah cuba merancang sehinggalah yang ke-10 dilahirkan 2019. Walaupun anak ramai, saya dan suami syukur semuanya dipermudahkan bermula sejak lahir hinggalah anak-anak besar.
“Alhamdulillah untuk 10 anak ni pun semuanya dilahirkan secara normal. Beza setiap anak ada yang setahun seorang, dua tahun seorang dan tiga tahun seorang. Bermula dengan yang sulung usianya 18, 17, 14, 11, 10, 8, 7, 5, 3 dan setahun,” ujarnya.
Ada jadual uruskan rumah tangga & anak
Kongsi Shaleena lagi, setakat ini keadaan masih terkawal walaupun sedikit penat. Cuma sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, perlu buat jadual awal untuk menguruskan anak dan rumah tangga. Ni antara tip yang diamalkan sejak anak kecil lagi sehingga sekarang.
“Jadual ni penting untuk kita tahu apa perlu dilakukan dulu dan barulah tak mudah rasa stres dan nak marah anak.
“Macam saya setiap hari dah biasa tidur lambat sikit. Sebab lepas semua anak tidur baru akan uruskan kain baju, kemas rumah, menyapu dan sebagainya. Cara ni memang dah dipraktikkan dari dulu lagi supaya bila bangun keesokan harinya, urusan rumah tangga dah selesai.
“Jadi bila hari siang saya boleh fokus kepada nak memasak dan luangkan masa dengan anak-anak. Sebab ada antara anak-anak yang usia 10 hingga 17 tahun ni mereka suka bercerita.
“Saya ibu, sayalah kawan untuk anak-anak. Contoh saya suka cari masa untuk bacakan cerita seram untuk mereka.. Jadi mereka akan duduk rapat untuk dengar cerita dan ini salah satu bonding selain bawa keluar berjalan-jalan. Bagi anak-anak yang kecil pula, bila ajak main saya dan suami akan main sama-sama dengan mereka,” katanya.
Anak-anak jadi bestfriend
Sementara itu, bercerita mengenai anak-anak ramai ni, Shaleena akui dia dan suami sangat-sangat seronok walaupun pelbagai tanggapan dan soalan sering di tanya apabila membawa anak-anak keluar.
Soalan yang paling biasa orang akan tanya, “betul ke ni semua anak-anak akak?”. Sebab nampak mak masih muda lagi. Bukan itu saja bila jalan beramai-ramai, pasti akan ada mata yang memandang.
Tapi semua itu saya dan suami dah lali kerana yang penting kami gembira. Saya akui bila anak-anak dah besar, mereka ni dah jadi kawan rapat. Bila keluar ke mana-mana, anak-anak yang besar ni masing-masing akan jaga setiap adik-adiknya.
Contohnya kalau pergi mall, abang dan kakak yang besar ada adik-adik yang mereka jaga.. Contohnya kakak jaga yang adik nombor 7, abang jaga yang nombor 8, yang nombor 3 jaga nombor 6, ibu jaga baby.. Yang selebihnya ayah jaga. Tiap kali naik lif org akan kira anak akak ada berapa.
“Mereka dah faham dan tak perlu disuruh pun. Kita tengok pun senang hati sebab anak yang kecil semua ada bodyguard.
“Walaupun 10 anak ada 10 karenah, semua tu momen yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya yang mempunyai 8 anak perempuan dan dua lelaki.
Setiap anak bergilir buat kerja rumah
Sebagai ibu, mengajar anak-anak berdikari antara proses pembelajaran untuk masa depan mereka.
Setiap anak akan ada kerja rumah yang perlu mereka lakukan tapi tak dikhaskan dengan tujuan supaya mereka rasa enjoy buat kerja rumah.
Contohnya.. Hari ni no 1 basuh pinggan, no 2 buang sampah no 3 menyapu.. Esok tukar pulak no 1 menyapu no 3 buang sampah no 2 basuh pinggan dan seterusnya macam tu. Kalau nak kemas rumah sikit-sikit akak ajak sama-sama sampai yang umur 3 tahun tu pun tolong sama.
Difahamkan anak-anak Puan Shaleena ini juga mempunyai bakat dalam lakonan dan mereka adalah pelakon remaja dan kanak-kanak serta banyak membintangi drama tempatan yang popular.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membawa anak kecil semasa umrah bukan mudah, ibu ayah mesti buat persediaan rapi sejak awal. Selain itu, si anak juga perlu memberikan kerjasama dengan ibu ayah supaya setiap rukun dapat dilunaskan.
Pelantun lagu Kisah Kuinginkan ini kini sedang mengerjakan umrah bersama keluarga mendoakan kunjungan anaknya, Siti Aafiyah Datuk Sri Khalid bersama bukan kali terakhir.
Datuk Siti Nurhaliza sempat berkongsi video dia sedang menggendong Aafiyah dengan alat penggendong ketika dalam perjalanan untuk melakukan tawaf sunat.
Aafiyah yang kini berusia 15 bulan kelihatan sangat behave dan comel memakai tudung.
Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..
Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga..
Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke Masjidil Aqsa pula nanti ye..
3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan..
Para peminat mendoakan kesejahteraan keluarga ini dan berharap semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik. Ada juga peminat yang memuji Aafiyah yang sangat baik dan bekerjasama dengan ibu.
@suria_ly Smoga dipermudahkn dato’ ct skluarga mngerjakn tawaf sunat..smoga dato’ ct terus berbahgia dn dikurniakn ank lagi buat teman aafiyah budak comey
@shuhaidaaidaman Moga dipermudahkn segala urusan Aamiin…Aafiyah yg comel?moga sihat selalu .Aamiin
Orang kata anak yang tak duduk diam, selalu buat ibu bapa pening kepala adalah anak yang bijak. Sementara nak menunggu anak betul-betul faham dan tahu apa yang salah atau pun betul, tahap kesabaran ibu bapa kena berada di tahap optimum.
Kadang bila kerap sangat marah-marah anak, lama-lama mereka pun dah tak peduli. Jadi penyelesaiannya ibu bapa kena menggunakan pendekatan psikologi kerana terbukti berkesan dan lekat dalam hati anak kita.
Tegas tetap perlu tapi marah tu kena kawal. Barulah anak sentiasa hormat ibu bapanya dan anggap kita istimewa dihati mereka. Seperti perkongsian ibu ini Fitriyanti di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini, tindakan dua anaknya menconteng muka dengan ink stamp dan marker benar-benar buatnya mengucap panjang selepas tersedar dari tidur.
Buat eksperimen conteng muka dan badan
Menurut Fitriyanti, anaknya berusia 3 tahun dan 1 tahun 7 bulan itu memang suka ‘berkarya’ dengan menconteng tangan dan kakinya. Namun tak adalah seteruk kali ini. Kadang bila diberikan kertas mereka selalu melukis dan menconteng ikut apa terlintas.
Tapi untuk kejadian kali ini saya pun terkejut macam mana si kakak dapat idea untuk menconteng mukanya dan adik. Sebab tu jika mereka berdua ini hilang dari pandangan dan senyap sekejap, saya terus risau. Sebab macam-macam mereka boleh buat dalam tempoh itu.
“Masa kejadian ini mereka sebenarnya berada dalam bilik bersama saya. Cumanya waktu itu saya tidur sekejap selepas pulang dari kerja. Tak sangka niat saya untuk lelapkan mata dan kunci jam dalam tempoh 30 minit adalah waktu ‘merdeka’ buat anak-anak,” katanya.
Selongkar beg kerja ibu
Kongsi Fitriyanti lagi, jika sebelum ini mereka ok je dan main mainan dalam bilik kerana pintu bilik memang di kunci dan plug wayar di cabut. Ini kerana saya tahu anak-anak kecil idea dia tu lebih dari yang kita jangkakan.
“Masa saya lelap tu, tak tahu macam mana saya tiba-tiba terjaga kerana suasana dalam bilik sunyi sangat tanpa suara dua beradik. Biasanya mereka main akan bising. Tengok jam yang saya kunci tak sampai 30 minit pun. Bila bangun nampak mereka di sebalik almari.
“Bila datang dekat mereka, terus urut dada kerana habis muka dan badan berconteg dengan ink stamp dan marker. Sedangkan ink stamp dan marker tu tersimpan dalam beg kerja saya.
“Tak tahulah macam mana mereka boleh selongkar dan buat kerja itu dalam tempoh masa yang sangat singkat. Bila saya marah, mereka hanya tersenyum je. Terus ajak mereka basuh muka. Namun si adik saja yang ikut arahan. Kakak tetap berkeras tak mahu basuh.
“Disebabkan kakak tak mahu basuh, saya bawa dia keluar rumah. Masa tu mak, jiran-jiran semua tegurnya. Masing-masing psiko dan cakap tak mahu kawan sebab mukanya tak cantik. Masa tu barulah si kakak nak basuhnya.
“Agak susah juga nak hilangkan kesan tersebut. Terpaksa di gosok kuat dengan sabun hingga ada kesan macam lebam. Dalam dua hari juga baru hilang sepenuhnya, ujarnya.
Anak oh anak
Bila diingat semula memang rasa nak tergelak tapi kita sebagai ibu bapa yang ada anak kecil tak boleh leka. Patutlah orang kata, anak kecil fasa mereka meneroka tu kadang luar dari kemampuan orang dewasa. Tak cukup dinding, muka dan badan jadi bahan uji kaji.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.