Masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak-anaknya.
Menurut Faezah, 36, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah jika ada yang melabelkannya dirinya sebagai seorang ibu yang garang.
“Saya akui memang garang dengan anak-anak dan mereka pun dah faham kalau kita pandang semacam tu apa maknanya. Sekarang ni semua dah besar, tak perlu cakap banyak dah!
“Setiap ibu bapa ada cara masing-masing dalam mengajar anak dan apabila tengok keadaan remaja sekarang menyebabkan saya jadi takut.
“Biarlah orang luar nak cakap saya gila menjaga anak asalkan mereka tahu mengenai adab dan apa yang kita buat ini ada sebab,” katanya kepada mStar.
Ads
Beri perhatian dan fokus membesarkan anak
Sementara itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini berkata cara didikan anak masa kini sudah berubah dan tidak sama seperti dahulu.
Ads
Justeru itu, dia perlu memberi perhatian yang lebih dan fokus dalam membesarkan anak-anak.
“Kalau ikutkan bapa-bapa kita dulu mengajar anak lagi garang, silap-silap boleh masuk penjara tau.
“Tapi sekarang dah berubah cara ajar anak pun dah berbeza dan kita tak guna rotan semata-mata tapi ada teknik supaya mereka ingat apa yang dilakukan itu salah.
Ads
“Saya kalau waktu bersama keluarga terutamanya ketika berada di luar, saya memang dah tak pegang telefon, fokus dan tengok anak-anak sepenuhnya. Tak ada masa nak leka main telefon,” katanya.
Terdahulu, Faezah berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6, dan Aurora Heyrinna, 3 tahun.
Usaha memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada anak sememangnya memerlukan usaha yang tinggi. Ada masanya anak suka makan nasi dan adakalanya dia lebih senang memilih roti atau pasta dan aneka makanan lain. Semua ini memerlukan masa dan mood anak itu sendiri. Namun satu hal yang perlu mak ayah kenal pasti adalah dengan istilah picky eater.
Picky eater bukanlah diklafikasikan sebagai anak memilih makanan yang biasa, ia sebenarnya dikaitkan dengan permasalah penyakit seperti austisme. Jadi elakkan melabel anak sebagai picky eater jika belum dikenal pasti.
Perkongsian Dietitian, Pn Fizah Sobri di facebooknya ini, mak ayah boleh jadikan rujukan adakah anak kecil anda makan ikut mood atau picky eater!
MAKAN IKUT MOOD BUKAN PICKY EATER
Jangan di doa anak picky eater. Trait picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood nak makan. Jika benar picky eater, anak anda mungkin autisme.
Picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan sebab masalah bukan physiological tetapi psychological. Jarang disebabkan oleh sesuatu yang fizikal. Picky eater selamanya dan konsisten tidak suka sesuatu.
Ada 4 jenis picky eater yang iaitu
1. SENSORY
Tidak mahu makan makanan yang tekstur tertentu seperti berair ke melekit ke walaupun makanan tersebut boleh diambil dalam tekstur lain. Contoh anak suka makan nasi goreng tetapi bila buat nasi berkuah taknak makan langsung walaupun asasnya adalah nasi.
2. PREFERENTIAL EATERS
Nak makanan tertentu sahaja, taknak makan benda lain. Contoh roti. Roti berkrim, roti chocolate, roti putih, roti cicah milo boleh makan tetapi bila tukar ke nasi atau makanan lain terus akan mengamuk taknak makan. Hanya nak makan roti sahaja.
3. GENERAL PERFECTIONIST
Nak makanan dimasak, disusun mengikut cara mereka, jika tidak tak boleh makan. Contoh telur. Jika telur dimasak dalam bentuk telur mata nak makan tetapi jika telur dimasak dalam bentuk scrambled terus akan tolak. Jika telur mata dimasak nak cara telur mata masih bulat tapi anda masak cara telur mata dah pecah pun akan ditolak ke tepi.
4. BEHAVIORAL RESPONDERS
Apabila diperkenalkan masakan lain terus buat aksi taknak atau aksi muntah walaupun tak mencuba lagi.
Nampak begitu serious keadaan picky eater? Tetapi semua tafsiran tidak termasuk
1. Tolak makanan selepas pernah try
2. Makan sikit harini tapi esok makan banyak (atau sebaliknya)
3. Geleng taknak makan
4. Boleh ambil makanan tersebut harini tetapi taknak pada hari lain
5. Makanan favourite bertukar tukar
Ini bukan picky eater ye mommies. Ini adalah makan ikut mood. Makan ikut mood boleh diubahsuai tetapi picky eater susah untuk diubah.
Jika saya jumpa dan merawat picky eater, kami kena plan menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakkan sudah berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar amik menu yang ada kepelbagaian).
Mommies jangan guna term picky eater ye. Nauzubillah anak betul-betul picky eater. Boleh guna term makan ikut mood.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tak sihat, selain dapatkan rawatan doktor, ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al-Quran juga antara yang boleh membantu.
Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. Jika masih belum baik mintalah bersungguh-sungguh dengannya.
Berikut perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai cara yang dilakukannya merawat batuk anak dengan doa dan ayat-ayat syifa penyembuhan. Moga dapat membantu semua ibu-ibu.
Awal bulan haritu, Fydh kena demam selesema & batuk lagi.. Batuk kali ni jenis yang kering tekak & gatal. Bila tekak terasa kering & gatal, mulalah terbatuk² non stop. Bila minum air masak, kuranglah sikit tapi tak lama lepas tu akan terbatuk² lagi.
Masa tu teruk sangat batuk dak Fydh ni, dalam 5 minit sekali mesti akan terbatuk². Bila kerap sangat batuk, tekak dia jadi luka. Sepanjang hari asyik menangis & meragam. Walaupun dah gi klinik, dah makan ubat, sapu balm & minyak bawang putih, layurkan daun sirih, buat urutan percussion & refleksologi, bagi minum air madu.. batuknya tetap non stop.. Sejak Fydh bayi, tak pernah sekali pun keadaan batuk dia tak kurang lepas gunakan daun sirih & buat urutan. Tapi hari tu, semua cara kurang berkesan.. Mati akal dibuatnya..
Kemudian barulah saya teringat.. Sejak dari awal urut, letak segala ubat sepanjang hari tu.. saya langsung tak baca basmallah..Langsung tak baca doa² & ayat² syifa’ yang saya selalu amalkan sebelum ni.. Sebabkan terlalu kalut, saya terlupa nak berdoa & minta pertolongan Allah! Seolah² saya lupa yang menyembuhkan tu adalah Allah.. Seolah² tak percaya ubat & urutan semua tu berkesan hanyalah dengan izin Allah!
Saya berdoa bersungguh² minta Allah permudahkan urusan & diberi kesembuhan, baca doa² syifa’ & tawakal.. Andainya tak kurang gak, memang nak bawak anak terus ke hospital je (memandangkan dah lewat malam & klinik pun dah tutup). Sebagai percubaan terakhir, saya layurkan daun sirih dalam pan berisi minyak bawang putih (campuran daun salam untuk bantu masalah berkaitan pernafasan). Kemudian urutkan bahagian dada, belakang serta tapak kaki anak sambil berdoa & baca ayat² syifa’ selama urut tu..
Tak lama lepas sapukan minyak & urut, alhamdulillah dengan izin Allah.. Batuk Fydh beransur kurang.. Malam tu dia boleh tidur lena & hanya sekali jer terbatuk ditengah malam. Syukur alhamdulillah, ya Allah..
?DOA?
Doa adalah kekuatan & senjata orang mukmin.. Dalam apapun yang kita lakukan, janganlah lupa berdoa & minta padaNya..
Peringatan ni lebih kepada diri saya sendiri sebenarnya, sebab kadang² kita terlupa & yakin bahawa ubat/kaedah tertentu berkesan menyembuhkan penyakit.. Walau apa pun ubat & kaedah rawatan yang dicuba, kita perlu sentiasa berdoa pada Allah & remind diri sendiri hanya Allah jualah yang berkuasa menyembuhkan setiap penyakit tu. Ubat² ni sekadar asbab jer untuk sembuh..
?USAHA?
Walaupun ubat hanyalah asbab kesembuhan, tu tak bermakna kita perlu tolak perubatan moden ye. Kalau tolak sepenuhnya perubatan moden atau main ambil je sembarangan ubat, bukan jadi asbab kesembuhan, tapi boleh jadi asbab kemudaratan.
Itulah sebabnya kena usaha. Usaha cari penawar. Usaha cari ubat yang tepat. Saya pernah tengok rancangan dimana Ustaz Hanafi sebagai tetamu jemputannya. Tahukah korang, setiap usaha mencari ubat/penawar penyakit ni dikira sebagai jihad.. Mak² kat luar sana, kalau ada yang terpaksa bersengkang mata, menahan penat jaga anak yang sakit agar anak kembali sihat.. ketahuilah korang sebenarnya sedang berjihad.. ?
?Istiqamah & Iktikad?
Andai kita diuji dengan masalah kesihatan, berdoalah & berusahalah cari penawarnya.. Doa & usaha perlu dilakukan secara istiqamah. Istiqamah – melakukan sesuatu dengan tekun, secara berterusan. Contohnya waktu ubat dijaga, makan ubat secara berterusan (habiskan). Bukannya bila teringat, baru nak makan ubat. Ubat pun makan kadang², doa pun jarang², lepas tu mengeluh Allah tak sembuhkan penyakit.. ?
Iktikad – yakin dalam hati kita hanya Allah Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.. Andai tak pernah berhenti berdoa & tak pernah berhenti ikhtiar cari penawar, tapi belum diberi kesembuhan.. Yakinlah mungkin belum masanya lagi.. & Allah nak kita berusaha lagi a.k.a nak bagi lebih banyak pahala berjihad..
?Tawakkal?
Lepas buat sehabis baik, bertawakkal & berserah dirilah kepada Allah..
P/s: Kat sini saya sertakan doa syifa’ & ayat² mudah yang boleh mak² amalkan, bukan setakat untuk anak tapi untuk diri sendiri & keluarga gak.. Ni antara doa & ayat² syifa’ yang selalu saya amalkan.
Zikir bismi/ayat penggerak tu misalnya, sangat elok diamalkan & dibaca sebelum makan/minum oleh mak² yang ada anak kecil & ibu menyusukan anak/mengandung untuk elak keracunan makanan. Masa mengandung 5 bulan dulu, saya pernah ditahan selama 2 hari dalam wad akibat keracunan makanan di kenduri. Lepas kejadian tu saya amalkan zikir bismi ni (boleh terus baca je lepas baca doa sebelum makan). Dalam waktu yang lain, saya & suami berkongsi makanan & air yang sama disebuah kedai makan. Lepas makan suami terus cirit-birit & muntah. Dengan izin Allah, saya tak pulak keracunan walaupun perut saya lebih sensitif dari suami..
Walaupun banyak lagi ayat² syifa’ yang lain, tak semestinya kena hafal banyak² doa terus.. Banyak pun tak guna kalau jarang baca.. Biarlah sikit pun asalkan jadikan amalan.. Tapi kalau dapat amalkan lebih banyak lagi, lagi la bagus?
Bila bercakap soal kehamilan, kelahiran dan anak-anak pastinya ada sahaja perbandingan dari orang-orang sekeliling. Kadang-kadang perbandingan tersebut boleh menyebabkan si ibu ‘stress’ dan ‘down’.
“Baby berapa kilo?” “2.5 kilo.” “Bersalin normal?” “Tak, emergency caesar.” “Ruginya, baby kecil je kena caesar. Tapi tak apa la tak sakit nak bersalin. Saya bersalin normal je, 3.68 kilo. Ya Allah punya la susah.”
Pung pang pung pang. Emh.
Bersalin normal tu nikmat, bersalin caesar tu hikmah.mGeram je dengar, rasa nak tanya juga pernah kena caesar ke yang tahu bersalin caesar ni tak sakit? Huhu.
Rezeki setiap orang berbeza.
Ada yang mudah hamil, mudah bersalin tapi ujian lepas bersalin anak selalu tak sihat, suami pemalas ya ampun minta jauh 80 simpang.
Ada yang mudah hamil, susah bersalin subhanallah tapi lepas bersalin Allah mudahkan proses kesembuhan, bagi suami yang bantu semua urusan rumahtangga dan ibu ayah yang empati bantu sepanjang tempoh berpantang.
Ada yang susah hamil, mudah bersalin dan mudah proses penyembuhan. Ada yang susah hamil, susah bersalin tapi Allah ganti dengan anak yang sihat dan mudah diuruskan sepanjang tempoh berpantang ditambah pula dengan moral support dari keluarga.
Ada yang mudah hamil, mudah bersalin dan mudah semasa berpantang. Ada yang susah hamil, susah bersalin dan susah semasa berpantang. Rezeki pelbagai cara. Datang juga dalam bermacam gaya. Kalau asbab dosa yang buat kita susah, istighfar.
Bila kesulitan demi kesulitan yang Tuhan hantar kepada kita, kita hadapi dengan iman dan taqwa, tiada pun mustahil untuk diberikan kebaikan dan nikmat yang lebih baik.
Allah dah kata dalam al Quran, Allah dah lama bagitahu seorang ibu itu MENGANDUNG DENGAN KESUSAHAN DAN MELAHIRKAN DENGAN KESUSAHAN, dan kemudian menyusu dalam tempoh 24 bulan.
Dah tu apa yang nak hairan sangat kalau ada kesulitan semasa mengandung dan bersalin? Bukankah itu juga tanda arRahim dari Tuhan?
Kalau dikatakan ibu bersalin caesar atau susah bersalin (tempoh sakit yang panjang misalannya) berlambak dosa, dah tu yang beranak dalam tandas hasil suka-suka tanpa suami tu wali Allah ke? Kemon moms…
Kita lebih baik dari tu, tak perlu rasa hebat sebab berjaya bersalin normal dengan anak yang bambam dan rasa orang lain lekeh sangat. Mana tahu, rezeki dia Allah beri sudut lain. Ada suami yang baik, ibubapa yang baik, ibubapa mertua yang baik dan sahabat yang baik-baik. Rezeki dia je jumpa awak yang mulut kurang baik, huhuhu.
Tak rendah pun martabat seorang wanita bila ditakdirkan bersalin caesar. Bahkan ada situasi caesar jadi kaedah terbaik untuk ibu dan anak. Allah sentiasa beri yang terbaik walau nampak tak baik di mata kita.
Ummu Amir. Bangga ada parut caesar. 😊
SUMBER: INSYIRAH SOLEHA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...